Monday, December 24, 2018

Ilmu dari Pak Alwi


Tunjuk ajar dari Pak Alwi (Guru Keluarga) mengenai anak dan gabungan buah pukulan SPRING12 PSMA. Latihan sebegini diteruskan dari masa ke semasa bagi penurunan buah pukulan kepada setiap ahli keluarga.

Insya Allah 2 minggu lagi, admin akan mengerakkan satu rombongan pelatih terdiri dari anak dan anak buah admin ke rumah Pak Alwi di Seniawan. Kelas akan dijalankan disana bagi memudahkan Pak Alwi mengajar dengan lebih mudah dan dalam suasana keluarga. 

Semoga perancangan yang admin serta jurulatih terlibat usahakan akan dipermudahkan Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin.

Admin

Sunday, December 16, 2018

Anak Angkat Anak Tunggal







Assalamualaikum, Salam sejahtera. Hari ini admin hendak menyatakan serta menegaskan sekali lagi bahawa Nek Bojeng bin Sam tidak ada sebarang anak angkat atau anak tunggal terutama dimana-mana perguruan di Sarawak hingga kini, melainkan hanya Hazemi bin Bojeng (Guru Utama Spring12 PSMA) dan abang-abangnya sahaja. Ini kerana ada diluar sana ada yang cuba menangguk di air yang cetek dengan mengatakan dirinya adalah anak angkat, malahan pada satu ketika beliau pernah mengatakan beliau adalah anak tunggal Bojeng bin Sam.

Saya (admin) selaku cucu sulong Allahyarham tahu, kerana setiap orang, anak murid datang berjumpa dengan beliau pasti admin ada disisi nek jeng. Kerana pada ketika itu, tanya saja sesiapa yang kenal nek jeng, akan kenal admin pada masa itu, kerana satu-satunya budak yang akan selalu berada disisi nek jeng terutama diruang tamu dan gelanggang. (bukan sekarang sebab faktor usia dan perubahan semasa). Semasa orang yang berkata dia adalah anak angkat kepada nek jeng kononnya, admin telah berada ditingkatan satu dan pastinya admin tahu menilai jika seseorang benar-benar diambil sebagai anak angkat. Malahan perkara ini juga ditolak oleh bapa admin, Mazlan bin Bojeng dan juga adiknya Alwi bin Bojeng.

Admin cuma kenal tiga orang sahaja yang pernah diangkat menjadi anak angkat nek jeng iaitu, abang dari sambas (warga indonesia), seorang mualaf dan pasangannya. Mereka tidak memanggil nama nek jeng dengan panggilan perkataan ‘Wa’. Tetapi mereka memanggil beliau dengan gelaran bapak atau pak.

Oleh itu, bagi yang cuba mengaku dia itu anak angkat nek jeng, harus berasa malu kerana admin masih ada untuk kenal dan mengingati perkara-perkara kekeluargaan seperti itu.

Satu lagi, janganlah sesuka hati mengunakan buah atau bunga jika anda dari peguruan lain selain dari Spring12 PSMA kerana amat memalukan anda bersilat tetapi mengunakan hak orang. Adakah anda pernah memohon keizinan keluarga iaitu anak tua pak Bojeng? Iaitu Mazlan bin Bojeng atau Alwi bin Bojeng?

Admin dah berbincang dengan bapak admin iaitu anak tua sekali nek Bojeng, Mazlan Bojeng telah memaklumkan, beliau tidak mengizinkan sama sekali buah atau bunga dingunakan jika digunakan atas nama perguruan lain selain dari Spring12 PSMA.

Senarai guru juga masih ada dalam simpanan keluarga yang mana setiap ahli perguruan ada mandi perguruan dan akan taat kepada perguruan dan keluarga (asalkan tidak melanggar syariat tauhid) maka ahli mesti mengakui ketaatan ini.

Ingat jika melanggar janji ini, hanya untuk kepentingan peribadi maka jawablah nanti disuatu masa dan ketikanya kita bertemu Allah tuhan kita yang Maha Mengetahui segalanya.

Sekali lagi, admin mengingatkan anak-anak lelaki Allahyarham Bojeng bin Sam adalah seperti berikut:

Mazlan bin Bojeng (tua)
Alwi bin Bojeng
Hajran bin Bojeng
Hazemi bin Bojeng (Guru Utama)

Manakala cucu Nek Jeng (Bojeng bin Sam yang aktif)
Mohd Hata bin Mazlan (Guru Muda Kanan)
Kustadinata bin Mazlan (Guru Muda)
Eppy bin Mazlan (Guru Muda)
Suparman bin Mazlan (Guru Muda)

Manakala admin adalah cucu sulong Allahyarham Bojeng bin Sam iaitu anak sulong Mazlan bin Bojeng bernama Rudiman bin Mazlan. Selagi termampu dan terdaya, admin akan berusaha menjaga warisan ini sebagai satu identiti Sarawak yang terkenal dari dahulu hingga pada masa akan datang.

Admin

Gelanggang Keluarga di Samariang Aman



Beberapa Minggu yang lepas admin telah membuka gelanggang latihan untuk keluarga di Semariang Aman. Gelanggang ini dikhaskan untuk melatih ahli keluarga dan keturunan Bojeng bin Sam. Admin telah mendapat kebenaran dari bapak admin Mazlan bin Bojeng dan Pak Awie (Alwi bin Bojeng) dan Guru Utama Hazemi bin Bojeng.


Insya Allah gelanggang ini akan menumpukan kepada latihan dan aturcara mengikut asalnya pengurusan Spring12 PSMA di kampung Patinggan (Kampung No6) satu ketika dahulu. Admin  akan berusaha mengembalikan warisan persilatan ini kearah keaslian asalnya dan menjuruskan kepada keaslian seperti asalnya. Setiap perkembangan akan dimaklumkan secara info berperingkat diblog ini.


Semoga gelanggang ini akan terus berfungsi dengan baik, disamping dapat melahirkan pesilat-pesilat yang berpewatakan melayu Sarawak yang baik dalam tingkahlaku dan akhlaknya. Aamin.

Admin.

Sunday, October 28, 2018

Jemputan Majlis Makan Malam anjuran RSS

Admin telah menerima panggilan telefon dari puan Dayang katanya dari Badan Induk RSS, beliau memaklumkan pihak Lembaga Amanah RSS menjemput Guru Emy bagi menghadiri Majlis Makan malam "Jasa Mu Dikenang" Wan Ali dan memerlukan jawapan kehadiran secepat yang mungkin.



Bertempat di Waterfront Hotel
Tingkat 4, Bilik Keranggas
Tarikh : 30 Oktober 2018
Hari : Selasa
Jam : 7.30 Malam
Pakaian : Baju Melayu

Jemputan telah admin maklumkan kepada Pak Emy dan beliau menyatakan akan hadir dan telah admin maklumkan kepada puan Dayang untuk makluman pihak RSS selanjutnya.

# surat pertukaran logo telah diterima pihak pemgurusan Badan Induk RSS (PN Dayang)

Admin

Mesyuarat untuk Penyertaan Pertandingan Silat & Persiapan Malam Pendekar



Tarikh : 29 Oktober 2018

Hari : Isnin

Jam : 7.30 malam

Lokasi :SK Gersik

untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan EN Jordan Iskandar (Setiausaha) 01131812085

admin

Mesyuarat RSS Kuching






Semalam admin telah hadir bersama-sama Pak Emy , Hata (Bendahari), Suparman (Jurulatih BBS) ke Mesyuarat peringkat RSS Kuching. 


Mengimbau kembali menghadiri mesyuarat diperingkat RSS bersama Almarhum nek Bojeng yang lepas rasanya, hampir 30 tahun. Inilah kali pertama selepas Almarhum meninggal, admin kembali hadir ke mesyuarat peringkat RSS tetapi kali ini sebagai peneman kepada Pak Emy pula.

Point untuk mesyuarat ini adalah untuk mengedarkan borang pertandingan anjuran RSS Kuching untuk silat Tanding serta perancangan bagi persembahan malam Pendekar yang bakal dijalankan di Kuching.

Bagi melibatkan perguruan SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG dalam program tersebut, satu mesyuarat akan dijalankan pada malam ini iaitu hari Isnin jam 7.30 malam di SK Gersik.

Admin.



Sunday, October 21, 2018

Ikan Sungai (part 2)

Setibanya ikan yang diperolehi dibawa ke pondok kebun, ikan tersebut pun diserahkan Almarhum nek Bojeng kepada man seliah iaitu menantu beliau untuk disiang. Setelah disiang, ikan itu diberikan kepada almarhum untuk dimasak.

Sebelum memasak, almarhum member tahu pak awie dan mak seliah ikan tersebut tidal boleh dimakan oleh budak, orang berkahwin terutama sekali yang ada penyakit lelah.  Maka, dimasaklah ikan tersebut dengan lempah rebus (singgang).

Setibanya masa untuk makan tengahari, hidangan pun dihidangkan dan kami semua pun makan. Tiadalah yang menyentuh ikan lempah rebus, melainkan almarhum nek Bojeng seorang. Admin pula paling suka makan tauhu dicampur ikan bilis, bawang Putin, sayur lobak masin Dan digaul bersama sedikit Gula. Makanan tersebut adalah menu asli almarhum nek Bojeng kalau dikebun.

Selepas selesai makan, admin dan mak seliah pun membawa pinggan mangkuk ke tepi sungai untuk dibasuh. Tiba-tiba mak seliah mendapati ada sedikit baki isi ikan dalam periuk tadi. Maka dirasa olehnya, didepan admin.

Mak seliah menjerit.. "Yah nyaman mena juak ikan tok.. Sik pernah Ku rasa ikan nyaman gitok.. Berlemak sekali jak rasanya."

 Maka didengarla oleh almarhum nek Bojeng. Beliau dengan tak semena-mena ketawa Dan berkata.

"Nyaman nak ikan ya?"

Kata make seliah "nak ikan ya sik boleh dimakan kamek orang?"

"Boleh dimakan, tapi mun kitak orang makan, nak sikit jak dimakan bapak Katanya".

Disambung ketawa oleh mak seliah dan admin..

Cerita yang dilalui admin sendiri.

Admin.

Friday, October 19, 2018

Ikan sungai



Kenangan admin bersama Almarhum nek Bojeng dikebun iaitu di Jagoi, Bau merupakan kenangan dan pengalaman yang sukar admin lupakan.

Satu ketika semasa mengikuti Almarhum nek Bojeng ke kebun untuk melihat perkembagan anak koko dan itik dikebun, kami telah bermalam dipondok kebun yang pada masa itu dihuni oleh pak awie dan isterinya mak seliah.

Maka timbullah pengalaman dan ilmu yang diperturunkan Almarhum tentang kehidupan disungai jagoi. Kata Almarhum kalau sesat dalam hutan kita mestilah cari punca sungai. Ini kerana sungai merupakan sumber kebanyakkan kehidupan yang dapat membantu kita bertahan lama jika untuk hidup dihutan.

Kali Ini, ilmu yang dikongsi Almarhum adalah cara untuk mendapatkan Sumber ikan dengan mudah. Almarhum nek Bojeng memberi tahu admin, semasa berjalan ditepi sungai, carilah tempat pohon buluh jika ada, jika tiada cari buluh yang hanyut atau lekat ditebing sungai yang redup.

Cuba lihat didalam lubang buluh yang telah hampir reput tersebut, jika bernasib baik pasti ada rezeki jika diizinkan Allah. Kebiasaannya, ikan akan menjadikan lubang pada batang buluh sebagai tempat perlindungan. Maka jika ada rezeki kita, pastinya ikan tersebut boleh menjadi hidangan pelapik perut buat sementara.

Tempat sungai yang berpokok buluh biasanya redup dan juga mudah untuk kita mencari tekoyong atau siput sebagai hidangan.

Nanti admin akan sambung cerita ikan ini jika ada masa terluang, kerana ada satu kisah lucu yang dialami admin bersama Almarhum nek Bojeng, mak seliah dan pak awie setelah Almarhum nek Bojeng berjaya mendapat seekor ikan dalam batang buluh ditepi sungai dikebun jagoi.

Admin
posted from Bloggeroid

Jadual latihan



TARIKH/MASA LATIHAN TERBAHARU :

1.PUSAT(SK GERSIK)

Hari : Selasa & Rabu
Jam : 7:30 malam
Kehadiran : Semua ahli

2.SG.BERDAUN

Hari : Jumaat
Jam : 8:30 malam
Kehadiran : Semua ahli

posted from Bloggeroid

Wednesday, October 17, 2018

Kunjungan Ke Rumah Sarawak


Petang tadi admin menemani Guru Emy,  Jordan (Setiausaha) dan Mohd Hata (Bendahari) ke Rumah Sarawak bagi bersua muka dengan Tuan Sharkawi bin Hj Amit, Pengarah Majlis Seni Sarawak.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan masing-masing menyumbang lontaran idea bagi kedua belah pihak. Secara amnya, admin amat berpuas hati atas perjumpaan ini kerana ianya dapat membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada SPRING 12 PSMA WA BOJENG dalam mengetengahkan lagi kesenian dan budaya melayu terutamanya silat.

Admin

Monday, October 15, 2018

Mesyuarat Persembahan Silat Bagi Pesta Warisan Melayu 2018


Admin baru balik dari Mesyuarat Persembahan Silat bagi Pesta Warisan Melayu 2018 di rumah Guru Utama bersama-sama dengan beberapa AJK bagi merancang perjalanan latihan dan persiapan. Beberapa ketetapan telah ditentukan oleh Guru Emy selaku Guru Utama antara lainnya ialah latihan bagi persembahan ini akan bermula seperti berikut : 

Tarikh : 16 Oktober 2018 (setiap malam)
Masa : 7.30 Malam
Tempat : SK Gersik




Persembahan sebenar akan diadakan pada 27 & 28 Oktober 2018 di Perkarangan Komplek Sukan Satok, Padang SLPAS Kpg No6.

Admin

Mimpi Speaking In English






Almarhum Nek Bojeng suka berkongsi cerita pengalaman dan kenangan kepada admin, dan cerita ini admin dengar sendiri dari mulut Almarhum dibilik beliau. (Cerita ini sebelum ini ada dikongsi oleh Almarhum bersama-sama anak beliau semasa anak beliau meningkat remaja). 

Cerita ini bermula bergini, 

Ada satu malam sedang tidur setelah penat bekerja disiang hari (Almarhum bekerja di WaterBoard ketika itu), beliau telah bermimpi dan tanpa sedar telah bercakap didalam mimpinya.

Almarhum Nek Bojeng " What? You wanna speak english with me?"

Maka didengarlah ucapan tersebut oleh Almarhumah Nek Siti dan beliau pun menjawab dengan yakinnya, kerana diingatkannya suaminya masih belum tidur.

Almarhumah Nek Siti "Yes, licence for ever you know".

Maka terjagalah Almarhum Nek Bojeng setelah mendengar ucapan tersebut dan bertanya, kenapa bercakap english cerita bab lesen malam-malam? Maka tertawalah kedua mereka kerana Almarhum Nek Bojeng terkejut akan isterinya boleh berbicara dalam bahasa English. 

Masa cerita in diceritakan semula oleh Almarhum Nek Bojeng kepada admin, Almarhumah Nek Siti ada dialam bilik (kerana uzur susah nak bergerak akibat penyakit bonkok yang dialaminya) turut tersenyum.

Ya Allah, engkau ampunilah dosa Nek Bojeng dan Nek Sitiku, jauhkanlah mereka dari siksa kubur, berilah ketenangan kepada roh keduanya, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Masukkanlah mereka kedalam syurga mu Ya Allah. Aamin Ya Rabbal Allamin.

Admin

Sejarah SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG


SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG diasaskan di kampung No 6, Kuching Sarawak. Ianya beroperasi di alamat 485, Jalan Tanjung Selatan, Kampung No 6, 93050 Kuching, Sarawak. Rumah milik Nek Bojeng dan isteri beliau nek Siti ini lah telah menyaksikan banyaknya anak murid beliau disekitar Kuching khasnya dan Sarawak amnya. 

Mengimbau sejarah dan kenangan bersama Almarhum merupakan sesuatu yang istimewa, kerana admin pada masa kecil memang merupakan anak kelahiran kampung no6 dan membesar sehingga tingkatan 5 disana. Maka dengan itu, bermula dari hari ini, disamping admin update pembaca dan follower semua berkenaan status atau aktiviti persilatan, admin juga akan turut berkongsi cerita dan pengalaman yang admin ada bersama Almarhum nek Bojeng.

Sebagai  permulaaan perkongsian hari ini, admin akan berkongsi bagaimanakah nama Kampung Patingan atau kini lebih dikenali sebagai kampung no6 mendapat namanya. 

Terdapat dua versi sejarah Kampung Patingan. 

i. Pada zaman dahulu, ada seorang tua yang menghuni kawasan tanjung kampung ini
(yang terletak di Sungai Sarawak). Nama orang tua tersebut ialah Pak Tingan. Kerana itulah tanjung itu dinamakan sebagai Tanjung Patingan dan kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.

ii. Ketika pemberontakan pelombong Cina terhadap pemerintahan James Brooke meletus pada 14 Februari 1885, sekumpulan orang Melayu telah bertindak balas. Mereka menyerang pasukan penyerang pelombong Cina yang berperahu di tanjung ini hingga menyebabkan kepala musuh berpelantingan ke dalam sungai. Ini menyebabkan tanjung sungai ini dinamakan Tanjung Patingan dan nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan. 

Pada pemerintahan Brooke, ketua masyarakat Melayu di kawasan ini diketuai oleh Datu Petinggi Ali. Jalan utamanya dikenali sebagai Datus Road. Untuk memudahkan pentadbiran Brooke dan British kemudiannya, nama-nama kampung di kawasan ini telah ditukar dan Kampung Patingan dikenali sebagai Kampung No. 6 (Enam).

Sejarah membuktikan bahawa kampung ini telah melahirkan begitu banyak pemimpin. Antaranya termasuklah Almarhum Tan Sri Ikhwan Zaini (bekas menteri kabinet negeri serta pemangku Gabenor), Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Haji Daud (bekas menteri pusat), Almarhum Datuk Abdul Kadir Hassan (mantan mufti), Dato Sri Mortadza Haji Daud (mantan mufti) dan Almarhum Dato Sri Abang Haji Gobil (Temenggung Melayu).

Nama lain yang menetap di kampung ini ialah Dato Sri Safri Awang Zaidell (mantan Timbalan SUK Negeri), Tuan Haji Abdillah Abdul Rahim (mantan Ahli Dewan Negara) dan Haji Amin Hassan (mantan Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan). Ia juga menjadi kampung kelahiran beberapa penyanyi terkenal seperti Jamayah Lambet, Drahman Lambet dan Hashimah Hashim.

Suatu ketika dahulu, kampung ini terkenal kerana kehebatan pasukan bolasepaknya yang dikenali sebagai Slpas FC manakala dalam jagat persilatan, nama Almarhum Guru Bojeng bin Sham, gah kerana silat Spring 12.

admin 

Thursday, October 11, 2018

Misi Pagi ini


Pagi ini admin sekali lagi membantu AJK iaitu saudara Jordan, setiausaha SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG untuk satu lagi misi bagi meneruskan usaha yang telah datuk admin perjuangkan satu masa dahulu. Usaha yang telah beliau curahkan  sejak 1930an dengan menyebarkan dan memperkenalkan mainan Spring 12 PSMA ke serata tanah Sarawak, bersama-sama dengan moyang ku Nek Jeraie,  iaitu sekitar era 1840an.

Tarikh hari ini 12 Oktober 2018 akan kekal menjadi satu sejarah baru buat SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG dengan satu lembaran baru kearah yang lebih baik.

Insya Allah akan admin bantu usaha ini semampu admin dengan izin Allah, semoga menemui kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya.

Lahaula Wala Quwata illa Billahil Aliyil Adzim


..Admin tidak mengharapkan balasan, cuma harapan admin Silat ini terpelihara dan tegaklah warisan keluarga.. demi bangsa dan Sarawak tercinta. Itu sahaja harapan admin.





Aamin.





Tuesday, October 9, 2018

Badan Induk





Maklumat dari mesyuarat yang telah diadakan pada malam semalam, pihak AJK dengan keizinan dari Pengerusi iaitu Guru Utama Cikgu Emy telah membuat beberapa ketetapan seperti berikut :

1. Berkuatkuasa dari semalam, pihak perguruan ini akan mengunakan nama "Perguruan SPRING 12 PSMA Warisan Wa Bojeng" dan mengunakan Logo baru seperti diatas.

2. Cawangan yang dibuka untuk menerima pelatih adalah seperti berikut : 
             a) Cawangan BGS di Kampung Gersik Kuching
             b) Cawangan Sungei Berdaun Kuching
             c) Cawangan SK Gersik Kuching (Murid Sekolah)

3. Latihan intensif bagi Jurulatih adalah pada setiap selasa selepas sholat Magrib bertempat di SK Gersik Kuching.

4. Bagi mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu persilatan SPRING 12 PSMA Warisan Wa Bojeng, boleh berhubung terus dengan Guru Muda atau Jurulatih cawangan bagi hasrat tersebut. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan :
            a) Setiausaha 01131812085
            b) Bendahari 0138192370
            c) Guru Muda Cawangan Sungei Bedaun 0198859077
            d) Jurulatih Cawangan Kampung Gersik Mohd Jelani 0109695576

5. Sebarang pertanyaan atau sebagainya boleh juga berhubung dengan Admin 0137706010 (Whatapps) / Email : cilired@gmail.com

Sekian, Harap Maklum.



Monday, October 8, 2018

Mesyuarat AJK Spring12 PSMA

Mesyuarat siri 2/2018 akan diadakan bertempat seperti berikut :



Tempat : SK Gersik, Kuching Sarawak
Tarikh : 9 Oktober 2018
Jam : 7.30 Malam
Harap Maklum

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...