Saturday, March 14, 2020

Sekitar Konvensyen Silat Sarawak 2020



Pihak cawangan Semariang Aman turut menghantar wakil ke Konvensyen Silat 2020 melalui Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Mewakili cawangan semariang aman ialah Guru Muda Kanan Mohammad Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman.


Beberapa Foto yang sempat diambil semasa program tersebut telah divideo pendekkan seperti apa yang dipaparkan diatas. Semoga dengan adanya kovensyen sebegini akan lebih menambah ilmu, serta kematangan kepada para Guru dan Jurulatih yang terlibat. Terima kasih kepada pihak RSS atas jemputan kali ini. 

Admin


Latihan Pada 11/3/2020


Latihan pada minggu ini, diawalkan sebagai ganti kepada hari Jumaat, iaitu diawalkan pada hari Rabu. Pertukaran hari latihan adalah disebabkan oleh Guru Muda Cawangan Semariang Aman yang terlibat dengan Konvensyen Silat Sarawak 2020. 

Latihan berjalan dengan lancar dan latihan seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu 14/3/2020 seperti jadual biasa.

Admin

Sunday, March 8, 2020

Kursus Kejurulatihan Silat Peringkat negeri Sarawak 2020


Alhamdulillah kali ini pihak Spring12 PSMA dapat menyenaraikan calon untuk mengikuti kursus anjuran RSS. Bagi Cawangan Semariang Aman, pihak kami telah mencalonkan Jurulatih Wanita Nurnabila untuk mengikuti kursus tersebut manakala bagi Pihak Spring12 PSMA Pusat saudara Faizal telah dicalonkan. Kedua-dua calon telah mendapat keizinan dari pihak perguruan iaitu Guru Utama Hazemi bin Bojeng.

Kursus tersebut dijalankan di KBS Kuching pada 6hb hingga 8hb Mac 2020. Syukur kepada Allah s.w.t mereka berdua telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Insya Allah pihak cawangan Semariang Aman akan menghantar lagi calon-calon yang sesuai dimasa akan datang bagi menambahkan ilmu dan pengalaman kepada semua ahli pesilatnya. 

Semoga penyertaan ini akan menjadi penambah semangat untuk setiap ahli maju kehadapan didalam dunia persilatan di Malaysia.

Admin

Latihan Silat Spring12 PSMA di Semariang Aman, Kuching


Latihan telah pada minggu ini dijalankan pada 6hb sehingga 8hb 2020 di Gelanggang Spring12 PSMA. Antara gambar yang sempat dirakamkan semasa latihan adalah seperti video pendek berikut.





Semoga latihan yang dijalankan minggu ini dapat menambah kecekapan kepada pesilat  yang ada untuk lebih semangat menjalani latihan.

Admin

Wednesday, March 4, 2020

Pak Alwi bin Bojeng


Pak Alwi bin Bojeng telah meninggal dunia pada jam 5 lebih hari ini dikediamannya di Kampung Sungai Pinang Seniawan. Allahyarham akan dikebumikan pada esok pagi Khamis
5 Februari 2020 jam 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang.

Beliau antara anak Allahyarham Bojeng bin Sam yang meminati dunia persilatan dan merupakan Guru Silat bagi Cawangan Seniawan.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

Admin

Sunday, March 1, 2020

Latihan Pesilat Junior 28 & 29 Februari 2020


Latihan diteruskan seperti biasa iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 8 Malam. Latihan adalah dibawah pengawasan Guru Muda Eppy dan Guru Muda Kanan Hata yang bertanggungjawab dalam soal latihan dan pengurusan pelajar.

Setakat ini, pelatih telah banyak menunjukkan perkembangan dari segi kemahiran dan juga sahsiah diri disamping semakin baik penampilannya sesuai dengan kehendak islam. Semoga perkembangan yang positif ini terus kehadapan dengan jayanya.

Admin

Latihan silat di SMK St Joseph


Latihan di SMK St Joseph diteruskan seperti biasa dengan ada penambahan dari segi jumlah penyertaan. Alhamdulillah semoga usaha ini terus positif untuk masa-masa yang akan datang.

Admin

Bacaan Yasin


Pada 15 dan 16 Februari 2020, sesi ringkas bacaan Yasin diadakan digelanggang Semariang Aman sebelum latihan dimulakan. Sedikit jamuan juga diadakan bagi sesi tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sesuai dengan tujuannya.  Admin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Admin.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...