Sunday, December 29, 2019

Silat Pengantin


Silat pengantin telah dipersembahkan oleh pesilat junior Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman, Kuching Sarawak.

Untuk tempahan silat bagi perkahwinan dan event boleh berhubung terus dengan Guru Muda Eppy 01140550553 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Admin

Latihan Silat


Latihan berjalan seperti biasa setiap hari Jumaat dan Sabtu pada sebelah malamnya, manakala ada sebahagian dilatih disebelah petang untuk latihan persembahan bagi jemputan perkahwinan atau dipanggil sebagai silat pengantin.

Latihan berjalan lancar setakat ini dengan ada pertambahan pelatih baru yang turut serta didalam latihan. Semoga semangat sebegini berterusan. Aamin.

Admin

Monday, December 16, 2019

Persembahan Silat Pengantin 15/12/2019


Silat pengantin yang telah dipersembahkan oleh pesilat junior Spring12 PSMA cawangan Semariang Aman.


Untuk tempahan silat bagi perkahwinan atau event tertentu bolehlah berhubung dengan Guru Muda Eppy  01140550553 atau Guru Muda Kanan Mohd  Hata  0189780419.


Admin

Pakaian dan Peralatan Latihan


Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah diatas kurniaan rezekinya kepada kita, kali ini baju yang direka khas untuk persembahan bagi cawangan Semariang Aman telah siap dengan jumlah 10 helai. Baju ini akan dipakai oleh pesilat cawangan Semariang Aman dalam mana-mana persembahan yang melibatkan mereka. Insya Allah kita akan cuba menanbah dalam beberapa set lagi dengan tema design yang lebih menarik insya Allah.

 Panji panji yang ditenpah juga telah siap, dan akan dipasang batang bendera bagi membolehkannya digunapakai sebagai panji apabila diperlukan nanti.

Turut diterima kali ini adalah padding untuk kicking yang akan digunakan sebagai peralatan tambahan untuk latihan dicawangan Semariang Aman.

Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat berkat dan rahmat Allah s.w.t. Aamin.

Admin

Pertandingan Pencak Silat di Majma Mall


Pertandingan Pencak Silat telah diadakan di Majma Mall pada 14 Disember 2019 yang lalu dengan kerjasama pihak Majma Mall / Baitulmal. Kali ini seramai 128 orang peserta yang terdiri dari 16 perguruan turut serta didalam pertandingan kali ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


Buat kali ini juga, pihak Spring12 PSMA cawangan Semariang Aman telah diberi tugas untuk membuka gelanggang dan persembahan berkumpulan. Semoga dengan ini akan menambahkan lagi semangat ahli-ahli pesilat Spring12 PSMA terutamanya cawangan Semariang Aman agar lebih aktif lagi dimasa hadapan dengan membantu Badan Induk PSMA menjayakan aktiviti yang telah dirancangkan pada masa akan datang.

Admin turut mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan untuk kali ini, kepada yang kurang berjaya, boleh cuba lagi dimasa akan datang.

Akhir kata, majulah silat untuk negara.

Admin

Sunday, December 1, 2019

Persembahan Silat untuk Majlis Perkahwinan


Semalam pihak pesilat junior Spring12 PSMA cawangan Semariang Aman telah mengadakan persembahan menyambut pasangan pengantin di Perumahan Bandar Baru. Persembahan silat dilakukan dengan diiringi oleh mainan musik silat diketuai oleh Guru Muda Eppy.

Alhamdulillah persembahan berjalan dengan lancar dan agak meriah dengan sambutan yang agak baik dan positif.  Insya Allah pihak kami akan pelbagaikan lagi persembahan bagi jemputan yang akan datang.

Untuk tempahan silat bagi perkahwinan atau event tertentu bolehlah berhubung dengan Guru Muda Eppy  01140550553 atau Guru Muda Kanan Mohd  Hata  0189780419.

Admin.

Sunday, November 24, 2019

Latihan Pesilat Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Latihan diteruskan seperti biasa pada hari Jumaat 23 Nov 2019 dengan pertambahan pengunaan alat musikal bagi menambah keasyikan pesilat didalam latihan sambil merangsang semangat kecintaan teehadap seni persilatan.


Latihan pada hari sabtu berjalan dengan lancar dengan penumpuan kepada latihan silat olahraga kepada setiap ahli pesilat Junior sebagai salah satu checklist didalam syllabus yang perlu diikuti dan dikuasai oleh pesilat junior.


Seterusnya pada petang Ahad pula latihan Musikal dan alunan gendang perang diteruskan bagi memantapkan lagi kemahiran disamping melatih generasi baru terutama pesilat junior agar menguasai kemahiran bermain lagu gendang perang Spring12 PSMA. Lagu-lagu Gendang perang ada beberapa alunan musik yang masih disimpan didalam keluarga waris, namun telah mulai diajar kepada pesilat junior sebagai salah satu modul didalam syllabus pembelajaran Spring12 PSMA bagi Cawangan Semariang Aman. 

Admin

Saturday, November 16, 2019

Latihan Pesilat Junior 15/11/2019


Latihan pada hari jumaat telah berjalan seperti biasa dan jumlah pelatih semakin meningkat dengan positif. Namun latihan diteruskan dengan pelbagai kaedah dimana pelatih baru diasingkan dan diberi tumpuan yang lebih bagi memastikan mereka dapat mengikuti pelatih yang lama.

Semoga semangat yang positif ini berterusan. Aamin.

Admin

Friday, November 15, 2019

Latihan Junior Spring12 PSMA


Latihan untuk persembahan dijalankan secara berjadual dan dijalankan pada sebelah petang pada setiap sabtu dan ahad. Latihan sebelah malam iaitu pada hari jumaat dan sabtu adalah seperti yang telah dijadualkan.

Admin.

Saturday, November 9, 2019

Sambutan Maulidur Rasul 2019


Pihak Perguruan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng telah menerima jemputan dari RSS untuk mengikuti perarakkan Maulidur Rasul anjuran Jabatan Agama Islam sarawak. Pihak perguruan telah mendapat restu dari Guru Utama untuk menghantar sebanyak 30 orang pesilat bagi manjayakan program tersebut. Pihak perguruan telah menyertai kontigen Rumpun Silat sarawak (RSS) di kedudukan perbarisan E28.



Alhamdulillah, semuanya telah berlangsung dengan baik, dan semua pesilat dari perguruan telah selamat pergi dan kembali kerumah masing-masing. Oleh kerana pada kali ini, perguruan turut menghantar persilat junior maka sistem senior dan buddy sistem telah diguna pakai bagi memastikan setiap pesilat terjaga dan diawasi sebaiknya. Syukur Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar atas izin Allah.

Semoga pendedahan bergini akan menambahkan lagi semangat bagi pesilat junior untuk terlibat dalam aktiviti lain yang bakal diadakan.

Admin

Friday, November 8, 2019

Latihan Musik Gendang Perang Spring12 PSMA


Latihan Gendang Perang diadakan pada petang ini bagi mendapatkan pelapis muda yang diperlukan bagi persembahan dimasa akan datang. Persediaan sebegini diteruskan bagi memenuhi permintaan kenduri kahwin yang akan menjadi antara pengisian sepanjang cuti sekolah nanti.

Admin

Wednesday, November 6, 2019

Latihan Intensif 6/11/2019


Latihan untuk senior telah diteruskan di Cawangan Semariang Aman dengan diajar sendiri oleh Guru Utama Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng iaitu Cikgu Hazemi bin Bojeng atau Cikgu Emy. Latihan ini telah diteruskan sejak awal tahun lepas dan berterusan hingga kini.

Semoga usaha yang diluangkan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pandangan yang positif.

Admin

Tuesday, November 5, 2019

Taklimat dari Guru Utama



Taklimat malam tadi telah diadakan dirumah Guru Utama di Kampung Sourabaya, Petra Jaya dengan dihadiri Guru Muda dan beberapa pelatih dari cawangan Semariang Aman. Taklimat kali ini adalah tertumpu kepada perancangan bagi bulan November 2019 dimana akan ada beberapa perkara yang akan dijalankan yang berkaitan dengan perguruan.

Maklumat dari taklimat tersebut akan disampaikan kepada semua pesilat cawangan semariang aman pada jumaat nanti.

Admin

Monday, November 4, 2019

Meeting Cawangan Semariang Aman


Meeting peringkat cawangan telah dijalankan untuk bulan November 2019. Perjumpaan kali ini adalah tertumpu kepada persediaan untuk Maulidur Rasul 2019, iaitu kepada logistik dan man power. Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik dengab kerjasama semua AJK dan ahli yang hadir.

Senarai wakil bagi menghadiri mesyuarat dengan guru utama pada 5/11/2019 turut disenarai pendek bagi melancarkan pergerakan pada esok hari. Semoga segala usaha dan perancangan yang telah dirancang dapat dicapai dan diperhalusi sebaik mungkin.

Admin

Saturday, November 2, 2019

Latihan Pesilat Junior 1/11/2019


Latihan untuk Pesilat Junior tetap diteruskan semalam, biarpun keadaan cuaca yang hujan rintis. Namun semangat dan kesungguhan anak-anak ini telah memberi satu momentum yang amat positif kepada tenaga pengajar.

Semoga latihan-latihan ini dapat memberi lebih banyak impak positif kepada anak-anak junior ini, semoga mereka menjadi anak-anak yang sholeh dan taat kepada orang tuanya. Insya Allah dengan keperibadian yang baik akan dapat membentuk sahsiah diri mereka menjadi seorang pesilat atau bakal tenaga pengajar yang baik pada satu masa nanti.

Admin

Wednesday, October 30, 2019

Latihan Intensif


Latihan Intensif bersama Guru Utama Spring12 PSMA yang dikhaskan untuk Guru Muda dan Jurulatih Senior perguruan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Alhamdulillah setakat ini, latihan anak buah dan lapisnya diteruskan dengan positif. Misi untuk mendapatkan ilmu yang sewajarnya dari segi praktikal diteruskan digelanggang, manakala sesi rohaninya dijalankan dirumah terutama bagi ilmu-ilmu bacaan yang perlu diperhalusi oleh penuntut dan dihafal sebagai pakaian pesilat itu sendiri. Syukur kehadrat ilahi, sesi ini berjalan dengan lancar. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Barik.. permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu. Aamin.

Admin

Tuesday, October 29, 2019

Perjumpaan dengan Guru Utama Spring12 PSMA



Perjumpaan dengan Guru Utama Spring12 PSMA telah diadakan di Padi Cave sebentar tadi. Beberapa amanat, misi dan visi telah beliau sampaikan untuk dikongsi bersama Guru Muda, dan ahli yang hadir.

Beberapa pendekatan telah diambil bagi merangka program yang akan disertai oleh pihak perguruan. Semoga ianya dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Aamin.

Diharap intipati perjumpaan ini dapat disampaikan sehingga ke akar umbi. Insya Allah.

Admin

Sunday, October 27, 2019

Latihan Pesilat Junior 27/10/2019


Latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan walaupun keadaan cuaca yang kurang mengizinkan akhir-akhir ini  Namun demikian, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat ini sangat baik. Kehadiran setiap latihan adalah sangat positif dengan galakkan yang sangat baik juga dari pihak ibubapa dan penjaga mereka.

Admin

Saturday, October 26, 2019

Peralatan Latihan


Tayar terpakai yang diperolehi, dan digunakan sebagai alat latihan di Cawangan Semariang Aman. Insya Allah dalam beberapa tempoh ini juga, pihak admin telah mengusahakan untuk mendapat beberapa lagi peralatan yang akan ditambah dari masa ke semasa. Semoga usaha ini berterusan dan dipermudahkan Allah. Aamin.

Admin

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA 26/10/2019


Syukur Alhamdulillah, walaupun Guru Muda yang ada agak sibuk dengan pelbagai aktiviti muktahir ini, namun latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan. Latihan malam tadi lebih tertumpu kepada latihan bagi Silat Olahraga. Setiap pesilat junior yang ada, pasti akan didedahkan dengan silat olahraga bagi masa depan. Latihan awal ini, diharap dapat lebih memberikan persediaan yang secukupnya bagi pesilat-pesilat ini nanti jika sampai masanya.

Apa yang penting adalah usaha yang berterusan, positif dan kekal komitmennya dalam latihan. Jika tidak digunakan sebagai medium untuk menyertai pertandingan sekali pun, teknik-teknik yang diajar diharap dapat memberi ilmu yang sewajarnya bagi pesilat tersebut dalam bentuk pengalaman dan ilmu praktikal. Semoga ilmu tersebut bermanfaat buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman.

Admin.

Perhimpunan Hadrah Terbesar diiringi Pesilat 2019


Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng turut menghantar pesilat bagi acara Perhimpunan Hadrah Terbesar semalam bersama-sama pesilat-pesilat dari pelbagai Perguruan Persilatan dibawah Rumpun Silat Sarawak (RSS). Semoga aktiviti sebegini akan diteruskan bagi memaparkan budaya melayu dikalangan masyarakat terutama golongan muda.

Admin.

Monday, October 21, 2019

Pemilihan Pesilat SukSak wilayah Kuching


Pesilat Spring12 PSMA Bengkong Biru

Syukur Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman telah menghantar wakil pesilat bagi menyertai pemilihan tersebut di RSS Kuching pada 20 Okt 2019 yang lepas. Walaupun masa untuk persediaan cuma 4 hari, namun latihan telah diberikan oleh Guru Muda Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman telah membantu persediaan yang diperlukan.

Bersyukur ke hadrat ilahi pesilat Spring12 PSMA telah dapat melayakkan diri hingga pemilihan peringkat Akhir bagi kategori E berat 65kg - 70kg. Walaupun beliau tewas pada peringkat akhir tersebut, dengan persembahan dan semangat sukan yang ditunjukkan oleh pesilat Spring12 PSMA, semoga dapat menjadi inspirasi buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman agar terus berlatih dengan lebih bersemangat untuk persediaan pertandingan masa hadapan. Semangat juang yang dipamerkan cukup memberi kebangaan kepada pihak Cawangan Semariang Aman. Tahniah admin ucapkan kepada pesilat dan semua Guru Muda yang terlibat.

Be Positive.

Admin

Saturday, October 19, 2019

Majlis Makan Malam Kejiranan KJM BGS dan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Satu Majlis makan malam bagi meraikan pasca Penganjuran Pertandingan Silat Bandarayaku 2019 telah diadakan di Anjung Damai Warisan Santubong, Jalan Sultan Tgah pada hari Jumaat bertarikh 18 Okt 2019.

Alhamdulillah, majlis ini turut disertai oleh Guru Utama, Guru Muda dan ahli jawatankuasa badan induk Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Pada Majlis tersebut juga, pihak KJM BGS telah menyerahkan sijil kepada Guru Utama bagi pihak ahli-ahli Spring12 PSMA yang terlibat didalam persembahan pada penganjuran pertandingan yang lepas.

Semoga penganjuran ini akan berterusan setiap tahun dan menjadi satu aktiviti dan tarikan bagi warga tempatan dan juga menarik minat pelancong asing yang datang melawat kawasan kejiranan terbabit.

Admin

Sunday, October 13, 2019

Pengambilan Pelajar Baru


Pengambilan Pesilat Baru

Terbuka kepada pesilat Junior (bawah 12 tahun) dan Pesilat (13 Tahun keatas)

Beragama Islam

Berminat boleh hubungi  nombor telefon yang dipaparkan.

Guru Muda Mohd Hata 013-5546145

Guru Muda Eppy 011-40550553

Guru Muda Suparman 019-8588400

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Admin.

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA


Latihan bagi pesilat Junior berjalan seperti biasa dengan lancar dengan pertambahan beberapa ahli pesilat baru yang turut serta. Syukur Alhamdulillah, semakin banyak pesilat Junior yang berminat mengikuti latihan di Cawangan Semariang Aman.


Latihan adalah dibawah seliaan Guru Muda Mohd Hata dan dibantu oleh Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman, segala latihan yang dijalankan adalah mengikut syllabus perguruan yang telah dibenarkan oleh Guru Utama.

Semoga latihan ini berterusan dan dapat menarik minat lebih ramai anak-anak kepada seni silat warisan melayu bagi warga Sarawak.

Admin.

Wednesday, October 9, 2019

Latihan bersama Guru Emy 9/10/2019


Syukur Alhamdulillah, latihan untuk Guru Muda badan induk PSMA Spring12 dan pelatih senior  Cawangan Semariang Aman diteruskan lagi kesatu tahap yang baru. Segalanya berjalan dengan lancar, disamping juga penyampaian nasihat oleh Cikgu Emy kepada semua Guru Muda yang hadir bagi menyeragamkan modul dalam melatih pelatih-pelatih baru.

Pada sesi latihan ini juga, Guru Emy menunjukkan lapisan buah dan buah mati disamping juga ada buah hidup dalam mainan yang diteruskan hingga ke anak buah yang terakhir. Pada pendangan admin, dengan adanya latihan komprehensif sebegini, para peserta latihan akan mudah menerima dan mengingati latihan yang diajarkan. Insya Allah pada masa depan, admin akan mempelbagaikan lagi menu semasa latihan agar peserta latihan lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang latihan dijalankan.

Admin

Friday, October 4, 2019

Peralatan latihan


Alhamdulillah, penambahan peralatan untuk latihan pesilat semakin positif. Hari ini dengan penambahan barang seperti dalam gambar diatas dan juga sebilah pedang untuk latihan.


Semoga dengan penambahan ini, latihan yang dijadualkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Minggu ini juga, pihak perguruan menerima lagi beberapa penambahan anak-anak pelatih junior yang akan mula mengikuti latihan pada malam ini, insya Allah.

Apa yang penting adalah warisan persilatan melayu Sarawak ini terus diperturunkan kepada generasi baru yang berminat. Semoga mereka menjadi pesilat yang taat kepada perguruan, menghormati orang tua, berbudi bahasa dan menjaga adap melayu sebaiknya.

Admin

Wednesday, October 2, 2019

Tanjak Pesilat Wanita


Alhamdulillah, beberapa Tanjak Pesilat Wanita telah mula admin terima bagi persediaan persembahan perkahwinan yang akan disertai oleh SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman. Beberapa aksesori lagi yang telah ditempah juga masih dalam proses penghantaran.

Semoga semua aksesori yang diperlukan sampai seperti yang telah dirancangkan dan dipermudahkan Allah s.w.t Aamin.

Admin

Latihan Intensif Buah Lapisan PSMA Spring12


Alhamdulillah latihan Intensif untuk jurulatih telah dijayakan seperti biasa iaitu pada setiap hari rabu selepas isyak. Latihan malam ini turut disertai oleh ayah admin sendiri iaitu Mazlan Bojeng bersama-sama adik beliau selaku Guru Utama iaitu Cikgu Emy.

Latihan malam ini berjalan selama 3 jam dengan memberi fokus kepada mainan buah lapisan keluarga yang diperturunkan untuk semua jurulatih yang menghadiri latihan pada setiap hari rabu.

Dalam tempoh terdekat ini juga, jurulatih-jurulatih yang telah menguasai silibus yang diajar cikgu Emy akan diberi peluang dan ruang bagi memajukan diri untuk melalui proses latihan bagi pemilihan sebagai tonggak pelapis PSMA Spring12.

Admin

Tuesday, October 1, 2019

Melawat Pak Awi


Pada sebelah pagi tadi, Admin dan ayah iaitu Wa Lan (Mazlan Bojeng) telah ke Hospital Umum Sarawak, Kuching bagi melawat Pak Awi (Alwi bin Bojeng) yang telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kencing manisnya yang agak tidak terkawal. Alhamdulillah semasa admin dan ayah admin ke sana pagi tadi, kesihatan Pak Awi telah nampak beransur baik. Semoga Allah beri kesembuhan kepada Pak Awi dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

Pak Awi ini antara guru-guru yang turut mengajar jurulatih diSemariang Aman sebelum ini. Semoga jasa yang beliau curahkan akan menjadi kenangan teeindah buat semua anak-anak muridmya. Sesungguhnya setiap ilmu itu pasti ada gunanya apabila diperlukan pada suatu masa nanti. Tiada yang lama, maka tiada yang baru.

Admin.

Friday, September 27, 2019

persediaan Peralatan untuk Latihan





Persediaan peralatan untuk latihan telah disiapkan bagi latihan malam ini, ditambah dengan senjata seperti tombak juga pastinya akan dapat membantu didalam latihan mengikut syllabus yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman.



Penambahan peralatan akan dilakukan dengan berperingkat sesuai dengan kehendak semasa. Semoga segala usaha dan perancangan yang dirancang akan dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan pada mesyuarat yang lepas.

Admin.

latihan PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman


Latihan diteruskan setiap hari jumaat dan sabtu bermula pada jam 8 malam atau selepas sholat isyak, jika waktu sholat isyak melebihi jam 8 malam.

Alhamdulillah latihan semakin baik dengan beralih mengikut pelajar dan syllabus pencapaian masing-masing bagi pesilat.


Tumpuan juga diberikan kepada pesilat cilik dengan lebih memfokuskan kepada permainan buah dan seni yang digabungkan atas nasihat Ketua Jurulatih iaitu Cijgu Hata dan dibantu oleh Jurulatih-Jurulatih cawangan Semariang Aman. Semoga usaha isi terus semakin positif dan momentum latihannya dapat diteruskan dengan lebih baik lagi dimasa akan datang.

Admin

Sunday, August 25, 2019

PSMA Spring12 History


Video ini sebenarnya dibuatkan khas untuk malam penutup persembahan bersama-sama program Pertandingan Silat Bandarayaku 2019. Namun, atas beberapa perubahan atucara malam tersebut, maka video ini tidak diteruskan untuk editing.

Insya Allah jika ada masa terluang, admin akan menambah baik video sejarah PSMA Spring12 ini dengan lebih padat dan berinformasi. Insya Allah.

Kredit Cikgu Sopi SK Gersik

Admin

Silat Bandarayaku 2019

Assalamualaikum, lama admin tidak update mengenai perkembangan terkini PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng, terutamanya bagi aktiviti cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman.Sejak dari 3 minggu yang lalu, pihak cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman telah melakukan latihan yang dikhususkan bagi "Persembahan Buka Gelanggang" yang dijadualkan pada 24hb Ogos 2019.



Arahan untuk melakukan pembukaan gelanggang datang dari Guru Utama sendiri iaitu Pak Emy kepada Instructor cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman. Oleh itu latihan dijalankan dengan agak kerap dan diikuti dengan irama Gendang Perang PSMA Spring12. 

Atucara lainnya pula akan dilaksanakan oleh cawangan PSMA Spring12 BGS dan PSMA Spring12 Sungei Bedaun.

Cawangan PSMA Spring12 akan lebih menitikberatkan instrumen atau alatan musik klasik asal melayu Sarawak dalam latihan dan mainannya berbanding hanya bergantung kepada irama dari MP3. Tujuan utamanya adalah agar teknik ini dapat diperturunkan dari generasi ke generasi. Alhamdulillah kemahiran ini telah diperturunkan sehingga generasi ke empat. 


Latihan Bunga Satu - Instructor cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman
Suparman bin Mazlan

Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan dengan lancar, tugas yang diberikan kepada cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman turut selesai dengan baik atas izin Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah.

Instructor Silat, PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman - Suparman bin Mazlan

Berikut adalah beberapa rakaman video persembahan PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng dan rakaman pertandingan disepanjang program Silat Bandarayaku 2019.

Persembahan PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng

Persembahan Penutup Gelanggang - Guru Muda Kustadinata Mazlan

Semoga anjuran ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun yang mendatang, pastinya dengan lebih baik lagi, Insya Allah.


Thursday, April 18, 2019

Latihan Jurulatih PSMA Spring12 (Ulangkaji)



Ulangkaji latihan telah dijalankan secara komprehensif dengan setiap kelas diperuntukkan masa selama 4 Jam setiap sesi latihan. Insya Allah dengan adanya ulangkaji ini telah meningkatkan lagi kemahiran dan dapat memantapkan pengajaran seterusnya kepada ahli-ahli baru.

Setakat ini segala kelas yang dijalankan telah berjalan dengan baik sekali dan mengikut perancangan dan mile stone yang telah ditetapkan.

Admin

Latihan Buah Spring12


Latihan diteruskan seperti dijadualkan dengan latihan secara intensif. Prestasi Jurulatih dicatatkan didalam rekod kejurulatihan dan selari dengan kehendak syllabus yang telah dibangunkan bagi program khas di Cawangan Semariang Aman.

Admin




Latihan untuk pelatih PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman adalah pada malam Ahad selepas Isyak setiap minggu. Alhamdulillah setakat ini segala latihan diteruskan dengan jayanya.

Admin

Mandi Perguruan


Pada 28 Mac 2019 yang lepas, Pak Emy telah memberi mandi perguruan kepada beberapa pelatih bagi cawangan Semariang Aman secara berperingkat.


Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, Admin telah merekodkan tatacara Memberi Mandi ini dan imasukkan kedalam Syllabus pengajaran PSMA Spring12.

Admin

Friday, March 22, 2019

Latihan dengan Bapak Lan


Alhamdulillah bapa admin masih bertenaga dan bersemangat untuk mengajar pelatih pada setiap malam minggu di gelanggang Semariang Aman.

 tiba giliran bapa admin untuk mengajar cucunya mengenai silat Spring 12 PSMA


Gelanggan ini diselia oleh admin dengan dibantu oleh dua orang jurulatih keluarga iaitu JL Eppy dan JL Manja. Semoga urusan pembelajaran pelatih ini berterusan sehingga ke malam penamatnya nanti, Aamin Ya Rabbal Alamin.


Admin

Tuesday, February 19, 2019

Latihan



Latihan telah dijalankan seperti biasa bagi cawangan Semariang Aman, proses pembelajaran dijalankan dengan 2 sesi latihan seminggu. Bagi cawangan ni, sesi latihan terbahagi kepada dua iaitu latihan asas permainan alat musikal silat melayu Sarawak dan sesi Persilatan. 

Setakat ini, semuanya berjalan dengan lancar dan diteruskan dengan momentum yang sangat baik sekali apabila mengambilkira penerimaan pelajar-pelajar yang ada sekarang. Insya Allah jika tiada halangan admin akan menyiapkan kelemgkapan pakaian pelajar ini bagi menambahkan lagi semangat dan keseronokan mereka untuk belajar. 

Admin, turut mengucapkan terima kasih kepada adik admin iaitu Suparman dan Eppy yang telah mengajar pelajar yang ada sekarang ini bagi cawangan Semariang Aman. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat menguatkan peribadi dan watak kendiri disamping mengekalkan ciri-ciri kemelayuan melayu Sarawak.

Admin

Amin

Tuesday, January 8, 2019

Cawangan SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng




Alhamdulillah, selepas berbincang dengan semua induk bapak dan keluarga PSMA termasuk di PetraJaya, Semariang, Kampung Nombor, dan Seniawan, maka dengan ini disahkan SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng telah menambah satu lagi cawangan. Oleh itu, cawangan latihan adalah seperti berikut :

     a) Gelanggang SK Gersik (Guru Utama Hazemi Bojeng / Jurulatih Cikgu Jelani /  Jurulatih KK Nazri )
     b) Gelanggang SG Bedaun ( Guru Muda Kus / Jurulatih Mohd Hata)
     c) Gelanggang Keluarga Semariang Aman (Jurulatih Aman Apm / Jurulatih Eppy)
     d) Gelanggang Seniawan (Guru Pak Wek) 

Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dipersetujui dan dipermudahkan. Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin.

Admin

Persembahan Guru Utama Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Persembahan buka gelanggang dari Guru Utama,Hazemi Bojeng, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng, sempena acara tanding silat olahraga akhir dan untuk penutupan acara olahraga anjuran RSS di Stadium Perpaduan ,Petrajaya Kuching Sarawak.

Admin

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...