Saturday, January 9, 2010

PANDUAN SEMBAHYANG

 

 

Bagi menambah Ilmu didada disini saya paparkan Panduan Sembahyang atau Solat  sebagai rujukan Semoga Solat kita terpelihara sejajar dengan Seni silat kita iaitu bertonggakkan Agama Islam.  Semoga apa yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T.

Amatlah diharap agar setiap Ahli PSMA Spring12 dapat menjaga Solat dan sentiasalah berwuduk.

Klik dibawah untuk:

Wuduk

Niat Sembahyang

Panduan Solat

Doa dalam Solat

Kredit kepada:

Baca Lanjut Panduan Solat

Technorati Tags:

PSMA Spring12

Tuesday, January 5, 2010

CARA-CARA UNTUK MENYERTAI PSMA Spring12

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti atau mempelajari Ilmu Silat dari PSMA Spring12 anda hanya perlu Menghubungi Kustadinata dan No Tel 014-6906639.
 
Anda dikehendaki untuk mengisi Borang Kemasukkan dan membayar Yuran Ahli sebanyak RM10.00 (Mendaftar sebagai Ahli PSMA pring12 dibawah badan RSS).
 
 
 
 
Technorati Tags: ,

Monday, January 4, 2010

MAKLUMAN KEPADA PEMBACA (Mesti Baca)

Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua pengunjung laman atau Blog PSMA Spring12. Saya ucapkan terima kasih kerana singgah di Blog yang tidak seberapa ini.

 

Disini saya ingin memaklumkan bahawa apa yang tertulis atau Artikel di dalam Blog ini adalah untuk mengimbau sejarah lampau penubuhan PSMA Spring12. Setelah melebihi 60 tahun PSMA Spring12 telah melalui perubahan dimana amalan-amalan yang dikekalkan dan diguna pakai adalah berdasarkan ajaran Islam dan untuk menguatkan Syiar Islam. Amalan-amalan Kurafat telah ditinggalkan dari amalan pihak PSMA Spring12.

 

Namun demi mengimbau kisah silam di mana suatu ketika dahulu saya tetap akan menerangkan apa yang telah di ajarkan suatu ketika dahulu, walau sekarang telah tidak di amalkan lagi sesuai dengan peredaran zaman.

 

Diharap penerangan saya ini dapat menjelaskan kemuskilan yang mungkin wujud di kalangan pembaca. Sekian terima kasih.

 

Anak Dagang.

Technorati Tags: ,

Saturday, January 2, 2010

Silat Melayu Asli Sarawak

Baca Lanjut Sejarah PSMA di wikipedia

Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie dari Kampung Tupung Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit. Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. Namun demikian ada beberapa lagi tambahan jurus yang tidak di ajar kepada semua Ahli PSMA demi Silat itu sendiri. Contohnya Guru perlu menilai tingkah laku anak murid sebelum memberi semua Ilmu dan Jurus. Ini adalah kerana kita tidak mahu Ilmu yang dia ajarkan ini di salah guna dan untuk tujuan bermegah diri.

Asas Modul Pelajaran PSMA Spring12

Peringkat Pelajaran
Pertama

Belebat-seturut, sumbang, sepak tinggi, sepak bawah, tumbuk serta sepak

Kedua Seni Bunga
Ketiga Mengenal induk pukulan (Cara Pengunaan)
Keempat

Berlapis/berlaga

Kelima Keputusan guru (Penurunan Jurus-Jurus Muktamad)

 

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...