Friday, February 26, 2010

PENJELASAN MENGENAI PENCAK SILAT MELAYU ASLI (PSMA) Spring12 di SARAWAK

 

Assalamualaikum saudara-saudara pembaca Blog PSMA Spring12 dan ahli-ahli sekalian. Hari ini saya mengambil kesempatan untuk membuat penjelasan mengenai nama Seni Persilatan yang mengunakan perkataan “Spring”, “Spring 12” mahupun dengan nombor “12”.

Ini adalah kerana terlalu banyak pihak telah mengunakan perkataan ini yang mungkin menyamai PSMA  Spring12, tetapi setelah dikaji didapati jurus-jurus persembahan yang ditunjukkan adalah berbeza sama sekali. Di Internet saya telah mendapati Kumpulan dari Sabah telah mengunakan perkataan SILAT SPRING. Namun saya dapati tiada pergerakannya mahupun jurus persembahan yang sama, semuanya adalah berbeza. Oleh yang demikian disini kami warga PSMASpring12 menolak sebarang persamaan dengan kumpulan tersebut.

Di Kuching Sarawak juga ada kumpulan yang bergelar “12”, “hulubalang12”, “pukulan12” dan “tempur12”. Sekali lagi setelah diperhalusi saya menyatakan disini Warga PSMA menolak sebarang persamaan dan kaitan dengan kumpulan tersebut. Kami warga PSMA masih bergelar Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 yang berdaftar di bawah Rumpun Silat Sarawak (RSS). Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Guru Utama iaitu Hazemi Bin Bojeng (Pak Imei). Sebarang latihan mahupun gelanggang adalah dibawah kebenaran dari Guru Utama dan pihak RSS.

Merujuk kepada persamaan saya hanya boleh katakan yang PSMA Spring12, Sendeng Spring dan Pukulan 7 adalah hampir sama walaupun memang berbeza jika diamati. Jika bergitu apa yang sama? yang sama adalah Ketiga-tiga silat ini adalah dari asal Guru yang sama iaitu dari Hj jeraei dan ketiga-tiga silat ini diperturunkan pada anak saudaranya yang membuka 3 cabang silat ini.

Setelah Laman PSMA Spring12 ini diwujudkan, didapati ada pihak yang berniat tidak baik dengan menduga atau mencabar Guru atau Jurulatih yang dipaparkan di Laman ini. Kami mendapati perkara ini adalah kurang sihat dan lari dari tujuan asal penubuhan laman ni sendiri. Disini saya nyatakan Laman Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 adalah bertujuan untuk menyebarkan Ilmu Mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk menjadi jagoh tempatan. Harapan saya kepada pihak yang betul-betul hendak belajar bolehlah meneruskan niatnya manakala bagi yang berniat tidak baik, sebaiknya batalkanlah niat anda. Sesungguhnya Allah S.w.t adalah lebih berkuasa dari kita semua. Wallah hu allam.

Sebarang pembukaan Gelanggang silat dengan nama PSMA Spring12  perlulah mendapat kebenaran dari Pak Imei dan pihak RSS. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Sesungguhnya niat untuk melebarkan sayap ke serata pelusok Malaysia masih diteruskan cuma diharap berpadanan dengan gayanya dari segi prosedur dan ketetapan yang sedia ada.

Sekian terima kasih.

PSMA Spring12

Saturday, February 20, 2010

Join PSMA Spring12 di Facebook

 

image

 

Assalamualaikum, saudara dan saudari adalah digalakkan untuk menjadi rakan PSMA Spring12 di Facebook. Insyaallah kita boleh mengembangkan lagi Pencak Silat Melayu Asli Spring12 ini ke serata tempat.

Jika di izinkan Allah kita akan berusaha gigih untuk membuka lebih banyak cawangan dan lebih aktif. Semoga Ilmu Persilatan ini boleh menjadi satu wadah dan tempat untuk kita menambah Ilmu di samping dapat mengisi masa lapang supaya menjadi seorang insan yang berguna untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Kata kunci adalah psma spring.

image

Berikut adalah anatara Rakan PSMA pring12 di Laman Sosial Facebook. Diharap saudara dan pembaca mahupun ahli PSMA yang ada akaun Facebook bolehlah menjadi Rakan PSMA.

Semoga kita dapat menyebarkan Pencak Silat Melayu Asli (PSMA)  Spring12.

 

Technorati Tags:

 

ciligreen@gmail.com

Friday, February 12, 2010

Perbezaan Spring12 dan Pukulan12

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung PSMA Spring12. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikannya.

Oleh kerana ramai bertanya tentang perbezaan Spring12 dan Pukulan 12. Maka saya rasa eloklah saya menerangkan perbezaannya agar kita dapat lebih memahami dan mendapat ilmu untuk kebaikan kita bersama.

Terlebih dahulu disini saya ingin memaklumkan bahawa Spring12 dan Pukulan 12 adalah berbeza kerana dipelopori oleh dua Guru yang berbeza.

Pukulan 12 diterajui oleh seorang Guru yang bernama Cikgu Jeny manakala PSMA Spring12 atau Pencak Silat Melayu Asli Spring12 dipelopori oleh Arwah Tok Jeraei dan di wariskan kepada Arwah Guru Pak Bojeng Bin Sham yang berasal di Kpg No.6, Jln tanjung Selatan, Kuching Sarawak.

Saya di fahamkan pukulan dan bunga ke dua-dua perguruan ini adalah berbeza sama sekali, ditambah dengan falsafah dan perjuangan yang saya rasa juga berbeza.

Jika hendak mencari persamaan dari segi asal perguruan PSMA spring 12 ialah ianya ada mempunyai 3 cabang asal yang dibawa oleh Arwah Hj Jeraei iaitu pertama PSMA Spring12, kedua Sendeng Spring dan ketiga Pukulan 7. Tetapi cara pengajaran dan buah pukulan juga adalah berbeza tetapi ada persamaan dari beberapa segi.

Saya amat berharap agar penerangan ini dapat menjelaskan segala kemusykilan yang timbul pada setiap pengunjung laman PSMA. Kami Waris dan Ahli PSMA menegaskan dengan ini bahawa PSMA Spring12 dan Pukulan 12 adalah berbeza dan tidak tergolong dalam satu perguruan.

Saturday, February 6, 2010

Untuk Siaran

 

Esok insyaallah pihak PSMA akan mula merakamkan gambar dan video mengenai jurus-jurus dan teknik asal PSMA.

 

Esok segala persembahan bakal diterajui sendiri oleh Guru Utama iaitu Pak Hazemi sendiri dengan dibantu oleh Kustadinata dan semua ahli PSMA.  Diharap esok cuaca akan mengizinkan agar pengambaran dapat dilakukan, insyaallah.  Semoga segalanya diberkati Allah S.W.T.

 

Tempat pengambaran adalah disekitar pantai Santubong kuching Sarawak.

Technorati Tags:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...