Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan, saya dengan ini mewakili PSMA Spring12 Pusat, Guru, Waris Keluarga mengucapkan selamat menyambut Tahun 2011 kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12 dan pengunjung laman ini.

Harapan saya adalah semoga ahli-ahli kita dapat menjaga tata susila semasa menyambutnya tahun baru yang akan menjelma ini kerana kita mesti ingat bahawa sebagai ahli PSMA Spring12 kita semestinya menjauhkan diri kita dari lingkungan maksiat. Sambutlah Tahun 2011 ini dengan penuh tertib sebagai seorang persilat.

Menyingkap kembali Tahun 2010 kita berjaya dalam melakukan beberapa usaha diantaranya dengan tertubuhnya Cawangan Jln Astana, Cawangan PTPL dan terbaru Cawangan Masjid Tmn Husin. Diharap perkembangan positif ini akan berterusan buat kita semua.

Persediaan untuk silat olahraga juga telah bermula dan saya dapati kita juga telah mula terlibat kembali didalam persembahan jemputan seperti Majlis Perkahwinan, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif buat PSMA Spring12. Semoga kita akan terus cemerlang pada tahun 2011 nanti.

Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi selamat menyambut Tahun 2011 dan selamat bercuti. Sekian dan salam pendekar buat semua.

Friday, December 24, 2010

Persembahan PSMA Spring12 di Majlis Perkahwinan

persembahan majlis kahwin

Pada cuti sekolah sepanjang bulan Disember 2010 pihak PSMA Spring12 telah diundang untuk melakukan beberapa persembahan di Majlis Perkawinan di sekitar Kuching Sarawak. Tahniah buat ahli yang terlibat, teruskan lagi usaha anda.

Klik disini untuk video persembahan tersebut.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...