Wednesday, October 30, 2019

Latihan Intensif


Latihan Intensif bersama Guru Utama Spring12 PSMA yang dikhaskan untuk Guru Muda dan Jurulatih Senior perguruan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Alhamdulillah setakat ini, latihan anak buah dan lapisnya diteruskan dengan positif. Misi untuk mendapatkan ilmu yang sewajarnya dari segi praktikal diteruskan digelanggang, manakala sesi rohaninya dijalankan dirumah terutama bagi ilmu-ilmu bacaan yang perlu diperhalusi oleh penuntut dan dihafal sebagai pakaian pesilat itu sendiri. Syukur kehadrat ilahi, sesi ini berjalan dengan lancar. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Barik.. permudahkanlah urusan kami dalam menuntut ilmu. Aamin.

Admin

Tuesday, October 29, 2019

Perjumpaan dengan Guru Utama Spring12 PSMA



Perjumpaan dengan Guru Utama Spring12 PSMA telah diadakan di Padi Cave sebentar tadi. Beberapa amanat, misi dan visi telah beliau sampaikan untuk dikongsi bersama Guru Muda, dan ahli yang hadir.

Beberapa pendekatan telah diambil bagi merangka program yang akan disertai oleh pihak perguruan. Semoga ianya dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan. Aamin.

Diharap intipati perjumpaan ini dapat disampaikan sehingga ke akar umbi. Insya Allah.

Admin

Sunday, October 27, 2019

Latihan Pesilat Junior 27/10/2019


Latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan walaupun keadaan cuaca yang kurang mengizinkan akhir-akhir ini  Namun demikian, semangat dan kerjasama yang ditunjukkan oleh pesilat-pesilat ini sangat baik. Kehadiran setiap latihan adalah sangat positif dengan galakkan yang sangat baik juga dari pihak ibubapa dan penjaga mereka.

Admin

Saturday, October 26, 2019

Peralatan Latihan


Tayar terpakai yang diperolehi, dan digunakan sebagai alat latihan di Cawangan Semariang Aman. Insya Allah dalam beberapa tempoh ini juga, pihak admin telah mengusahakan untuk mendapat beberapa lagi peralatan yang akan ditambah dari masa ke semasa. Semoga usaha ini berterusan dan dipermudahkan Allah. Aamin.

Admin

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA 26/10/2019


Syukur Alhamdulillah, walaupun Guru Muda yang ada agak sibuk dengan pelbagai aktiviti muktahir ini, namun latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan. Latihan malam tadi lebih tertumpu kepada latihan bagi Silat Olahraga. Setiap pesilat junior yang ada, pasti akan didedahkan dengan silat olahraga bagi masa depan. Latihan awal ini, diharap dapat lebih memberikan persediaan yang secukupnya bagi pesilat-pesilat ini nanti jika sampai masanya.

Apa yang penting adalah usaha yang berterusan, positif dan kekal komitmennya dalam latihan. Jika tidak digunakan sebagai medium untuk menyertai pertandingan sekali pun, teknik-teknik yang diajar diharap dapat memberi ilmu yang sewajarnya bagi pesilat tersebut dalam bentuk pengalaman dan ilmu praktikal. Semoga ilmu tersebut bermanfaat buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman.

Admin.

Perhimpunan Hadrah Terbesar diiringi Pesilat 2019


Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng turut menghantar pesilat bagi acara Perhimpunan Hadrah Terbesar semalam bersama-sama pesilat-pesilat dari pelbagai Perguruan Persilatan dibawah Rumpun Silat Sarawak (RSS). Semoga aktiviti sebegini akan diteruskan bagi memaparkan budaya melayu dikalangan masyarakat terutama golongan muda.

Admin.

Monday, October 21, 2019

Pemilihan Pesilat SukSak wilayah Kuching


Pesilat Spring12 PSMA Bengkong Biru

Syukur Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman telah menghantar wakil pesilat bagi menyertai pemilihan tersebut di RSS Kuching pada 20 Okt 2019 yang lepas. Walaupun masa untuk persediaan cuma 4 hari, namun latihan telah diberikan oleh Guru Muda Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman telah membantu persediaan yang diperlukan.

Bersyukur ke hadrat ilahi pesilat Spring12 PSMA telah dapat melayakkan diri hingga pemilihan peringkat Akhir bagi kategori E berat 65kg - 70kg. Walaupun beliau tewas pada peringkat akhir tersebut, dengan persembahan dan semangat sukan yang ditunjukkan oleh pesilat Spring12 PSMA, semoga dapat menjadi inspirasi buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman agar terus berlatih dengan lebih bersemangat untuk persediaan pertandingan masa hadapan. Semangat juang yang dipamerkan cukup memberi kebangaan kepada pihak Cawangan Semariang Aman. Tahniah admin ucapkan kepada pesilat dan semua Guru Muda yang terlibat.

Be Positive.

Admin

Saturday, October 19, 2019

Majlis Makan Malam Kejiranan KJM BGS dan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Satu Majlis makan malam bagi meraikan pasca Penganjuran Pertandingan Silat Bandarayaku 2019 telah diadakan di Anjung Damai Warisan Santubong, Jalan Sultan Tgah pada hari Jumaat bertarikh 18 Okt 2019.

Alhamdulillah, majlis ini turut disertai oleh Guru Utama, Guru Muda dan ahli jawatankuasa badan induk Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Pada Majlis tersebut juga, pihak KJM BGS telah menyerahkan sijil kepada Guru Utama bagi pihak ahli-ahli Spring12 PSMA yang terlibat didalam persembahan pada penganjuran pertandingan yang lepas.

Semoga penganjuran ini akan berterusan setiap tahun dan menjadi satu aktiviti dan tarikan bagi warga tempatan dan juga menarik minat pelancong asing yang datang melawat kawasan kejiranan terbabit.

Admin

Sunday, October 13, 2019

Pengambilan Pelajar Baru


Pengambilan Pesilat Baru

Terbuka kepada pesilat Junior (bawah 12 tahun) dan Pesilat (13 Tahun keatas)

Beragama Islam

Berminat boleh hubungi  nombor telefon yang dipaparkan.

Guru Muda Mohd Hata 013-5546145

Guru Muda Eppy 011-40550553

Guru Muda Suparman 019-8588400

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Admin.

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA


Latihan bagi pesilat Junior berjalan seperti biasa dengan lancar dengan pertambahan beberapa ahli pesilat baru yang turut serta. Syukur Alhamdulillah, semakin banyak pesilat Junior yang berminat mengikuti latihan di Cawangan Semariang Aman.


Latihan adalah dibawah seliaan Guru Muda Mohd Hata dan dibantu oleh Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman, segala latihan yang dijalankan adalah mengikut syllabus perguruan yang telah dibenarkan oleh Guru Utama.

Semoga latihan ini berterusan dan dapat menarik minat lebih ramai anak-anak kepada seni silat warisan melayu bagi warga Sarawak.

Admin.

Wednesday, October 9, 2019

Latihan bersama Guru Emy 9/10/2019


Syukur Alhamdulillah, latihan untuk Guru Muda badan induk PSMA Spring12 dan pelatih senior  Cawangan Semariang Aman diteruskan lagi kesatu tahap yang baru. Segalanya berjalan dengan lancar, disamping juga penyampaian nasihat oleh Cikgu Emy kepada semua Guru Muda yang hadir bagi menyeragamkan modul dalam melatih pelatih-pelatih baru.

Pada sesi latihan ini juga, Guru Emy menunjukkan lapisan buah dan buah mati disamping juga ada buah hidup dalam mainan yang diteruskan hingga ke anak buah yang terakhir. Pada pendangan admin, dengan adanya latihan komprehensif sebegini, para peserta latihan akan mudah menerima dan mengingati latihan yang diajarkan. Insya Allah pada masa depan, admin akan mempelbagaikan lagi menu semasa latihan agar peserta latihan lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang latihan dijalankan.

Admin

Friday, October 4, 2019

Peralatan latihan


Alhamdulillah, penambahan peralatan untuk latihan pesilat semakin positif. Hari ini dengan penambahan barang seperti dalam gambar diatas dan juga sebilah pedang untuk latihan.


Semoga dengan penambahan ini, latihan yang dijadualkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Minggu ini juga, pihak perguruan menerima lagi beberapa penambahan anak-anak pelatih junior yang akan mula mengikuti latihan pada malam ini, insya Allah.

Apa yang penting adalah warisan persilatan melayu Sarawak ini terus diperturunkan kepada generasi baru yang berminat. Semoga mereka menjadi pesilat yang taat kepada perguruan, menghormati orang tua, berbudi bahasa dan menjaga adap melayu sebaiknya.

Admin

Wednesday, October 2, 2019

Tanjak Pesilat Wanita


Alhamdulillah, beberapa Tanjak Pesilat Wanita telah mula admin terima bagi persediaan persembahan perkahwinan yang akan disertai oleh SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman. Beberapa aksesori lagi yang telah ditempah juga masih dalam proses penghantaran.

Semoga semua aksesori yang diperlukan sampai seperti yang telah dirancangkan dan dipermudahkan Allah s.w.t Aamin.

Admin

Latihan Intensif Buah Lapisan PSMA Spring12


Alhamdulillah latihan Intensif untuk jurulatih telah dijayakan seperti biasa iaitu pada setiap hari rabu selepas isyak. Latihan malam ini turut disertai oleh ayah admin sendiri iaitu Mazlan Bojeng bersama-sama adik beliau selaku Guru Utama iaitu Cikgu Emy.

Latihan malam ini berjalan selama 3 jam dengan memberi fokus kepada mainan buah lapisan keluarga yang diperturunkan untuk semua jurulatih yang menghadiri latihan pada setiap hari rabu.

Dalam tempoh terdekat ini juga, jurulatih-jurulatih yang telah menguasai silibus yang diajar cikgu Emy akan diberi peluang dan ruang bagi memajukan diri untuk melalui proses latihan bagi pemilihan sebagai tonggak pelapis PSMA Spring12.

Admin

Tuesday, October 1, 2019

Melawat Pak Awi


Pada sebelah pagi tadi, Admin dan ayah iaitu Wa Lan (Mazlan Bojeng) telah ke Hospital Umum Sarawak, Kuching bagi melawat Pak Awi (Alwi bin Bojeng) yang telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit kencing manisnya yang agak tidak terkawal. Alhamdulillah semasa admin dan ayah admin ke sana pagi tadi, kesihatan Pak Awi telah nampak beransur baik. Semoga Allah beri kesembuhan kepada Pak Awi dan dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

Pak Awi ini antara guru-guru yang turut mengajar jurulatih diSemariang Aman sebelum ini. Semoga jasa yang beliau curahkan akan menjadi kenangan teeindah buat semua anak-anak muridmya. Sesungguhnya setiap ilmu itu pasti ada gunanya apabila diperlukan pada suatu masa nanti. Tiada yang lama, maka tiada yang baru.

Admin.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...