Thursday, December 31, 2009

PSMA Spring12 di Silat Melayu.com

Hari ini akhirnya saya telah memasukkan Lambang PSMA Spring12 ke Laman SilatMelayu.com agar  PSMA dapat dipekenalkan kepada rakan-rakan kita di Semenanjung. Tujuan utamanya adalah untuk mengembangkan lagi Ilmu mempertahankan diri ini di serata pelusok Alam ciptaan Tuhan. Semoga segala usaha dari Almarhum Pak Bojeng tidak disia-siakan, Insyaallah. Al-Fatihah buat Almarum.

 Laman PSMA di SilatMelayu.com

Technorati Tags:

Lambang PSMA (Spring12)

Ini adalah Lambang yang digunakan oleh PSMA sama ada pada Baju Silat maupun Persuratan secara rasminya.

 

Untitled-1

 

Untitled-1

Technorati Tags:

Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Kampung No6

Sejarah (dpetik dari Profil Dun N8 Satok).

Baca Lanjut Profil Dun N8 Satok

Terdapat dua versi sejarah Kampung Patingan.
i. Pada zaman dahulu, ada seorang tua yang menghuni kawasan tanjung kampung ini
(yang terletak di Sungai Sarawak). Nama orang tua tersebut ialah Pak Tingan. Kerana itulah tanjung itu dinamakan sebagai Tanjung Patingan dan kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.

ii. Ketika pemberontakan pelombong Cina terhadap pemerintahan James Brooke meletus pada 14 Februari 1885, sekumpulan orang Melayu telah bertindak balas. Mereka menyerang pasukan penyerang pelombong Cina yang berperahu di tanjung ini hingga menyebabkan kepala musuh berpelantingan ke dalam sungai. Ini menyebabkan tanjung sungai ini dinamakan Tanjung Patingan dan nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.

Pada pemerintahan Brooke, ketua masyarakat Melayu di kawasan ini diketuai oleh Datu Petinggi Ali. Jalan utamanya dikenali sebagai Datus Road. Untuk memudahkan pentadbiran Brooke dan British kemudiannya, nama-nama kampung di kawasan ini telah ditukar dan Kampung Patingan dikenali sebagai Kampung No. 6 (Enam).

Sejarah membuktikan bahawa kampung ini telah melahirkan begitu banyak pemimpin. Antaranya termasuklah Almarhum Tan Sri Ikhwan Zaini (bekas menteri kabinet negeri serta pemangku Gabenor), Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Haji Daud (bekas menteri pusat), Almarhum Datuk Abdul Kadir Hassan (mantan mufti), Dato Sri Mortadza Haji Daud (mantan mufti) dan Almarhum Dato Sri Abang Haji Gobil (Temenggung Melayu).

Nama lain yang menetap di kampung ini ialah Dato Sri Safri Awang Zaidell (mantan Timbalan SUK Negeri), Tuan Haji Abdillah Abdul Rahim (mantan Ahli Dewan Negara) dan Haji Amin Hassan (mantan Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan). Ia juga menjadi kampung kelahiran beberapa penyanyi terkenal seperti Jamayah Lambet, Drahman Lambet dan Hashimah Hashim.

Suatu ketika dahulu, kampung ini terkenal kerana kehebatan pasukan bolasepaknya yang dikenali sebagai Slpas FC manakala dalam jagat persilatan, nama Almarhum Guru Bojeng bin Sham, gah kerana silat Spring 12.


Dari Laman ini jelas Nama Almarhum Pak Bojeng adalah di antara Guru persilatan yang di hormati di Kuching Sarawak. Ianya juga menjadi salah satu ikon kepada kampung Patingan itu sendiri.

Technorati Tags:

Tuesday, December 29, 2009

Selamat Tahun Baru 2010

my post new years

 

Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru buat semua warga PSMA, rakyat Sarawak dan Malaysia amnya. Semoga Tahun Baru yang bakal menjelma ini akan menambahkan lagi rezeki dan pembangunan buat kita disamping menambah Ilmu di dada. Semoga kita tidak lupa akan kepayahan warga kita yang terdahulu yang berkorban darah untuk memastikan kemerdekaan kita. Diharap kita dapat menjaga diri kita, keluarga kita dan semuanya semoga kita dijauhi dari perkara-perkara yang tidak diingini pada tahun baru nanti. Janganlah kita mudah lupa diri kita sehingga sanggup mengadai maruah kita seperti ahli-ahli poltik murahan yang lupa akan Bangsa Melayu dan Bumiputra Malaysia.

Friday, December 25, 2009

PROSES MENUNTUT ILMU PERSILATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung laman PSMA. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman tentang tradisi menuntut ilmu persilatan PSMA kepada semua pembaca sekalian.

 

Adakah anda biasa mendengar malam penerimaan murid? Pada malam ini murid atau penuntut ilmu persilatan akan diberi Mandi dengan bunga bagi membersihkan murid dan memudahkan murid menerima ajaran dari Guru. Saya sendiri pernah melalui upacara penerimaan ini. Disyaratkan murid hendaklah hanya berkain pelikat dan mandi dengan campuran 7 jenis bunga manakala bagi murid perempuan hendaklah berbaju dan memakai kain batik.

 

Setelah habis upacara mandi menerima murid atau penuntut maka kain pelikat atau batik tadi akan deberikan kepada Guru sebagai tanda terima kasih murid.   Setelah upacara ini barulah anak murid akan diajar Ilmu persilatan secara Praktikal, Lisan dan rohani. PSMA adalah antara Persatuan Silat yang mengunakan cara ini dari mula ditubuhkan sehinggalah sekarang.

 

Pelajaran akan diteruskan sehingga anak murid tadi dapat menguasai teknik-teknik dan jurus yang diajar. Apa yang dimaksudkan disini ialah kecepatan pemikiran murid itu tadi dalam mengasimilasikan atau menterjemahkan jurus yang diajar mengikut suasana dan masa tertentu terutama di dalam sesuatu pertarungan. Kekadang walaupun mahir dalam teknik tapi pemikiran yang lembab dan semangat yang lemah akan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan dan gagal menangkis serangan lawan. Oleh yang demikian tindakan bukan sahaja dalam posisi menyerang yang memerlukan akal tetapi menangkis serangan pun memerlukan akal yang tajam. Selain akal tubuh yang sihat juga amatlah menyumbang kepada ketangkasan setiap murid atau persilat.

 

Selepas guru menilai dan telah memastikan anak murid menguasai teknik dan membuat keputusan barulah anak murid tersebut di kira berjaya. Untuk meraikan murid-murid yang berjaya menamatkan ilmu persilatan Suatu Majlis akan dianjurkan iaitu Majlis malam penamat (diraikan dalam satu Majlis). Pada malam ini juga Gendang Perang akan di mainkan bagi memberi semangat kepada anak-anak murid dan Ahli yang hadir.

 

Pada Malam inilah murid-murid ini akan mempersembahkan segala apa yang diajar iaitu dari jurus, ilmu pertarungan perseorangan, berdua, dan berkumpulan. Di malam ini juga anak murid akan menunjukkan bakat mengunakan keris, lembing, batang buluh(Tembong) dan sebagainya.

 

Tetapi yang paling utama macammana kita tahu anak murid kita tersebut kuat dibahagian mana? ampuhnya dimana? adakah ini rahsia?

 

Sebenarnya sebelum malam penamat, anak murid hendaklah menyediakan seekor ayam Jantan kepada guru, iaitu ayam yang terkuat atau tergagah pada pandangan murid tadi. Ayam yang dipilih oleh murid-murid tadi akan dipersembahkan kepada guru. Guru akan memilih ayam-ayam mana yang dirasakan sesuai, akan di sembelih dan dipotong kepada beberapa bahagian. Setelah itu ayam tersebut akan di balut dengan daun pisang dan diberi makan kepada anak murid setelah habis persembahan pada malam pernamat bersama-sama nasi.

 

Ayam yang didimakan oleh anak murid inilah yang menentukan kekuatannya,  setiap potongan ayam tadi adalah secara rawak dan mengikut nasib anak murid tersebut. Sebagai contohnya jika mendapat dari bahagian kepala (termasuk leher) Boleh jadi ketua yang baik, kaki dan sayap ialah tangkas dan sebagainya. Ini adalah adat lama yang masih diperaktikan sehingga kini. Manakala anak murid hendaklah menyimpan teguh didalam hati setelah tahu bahagian mana yang dia perolehi. Insyaallah itulah kekuatannya. Cuma yang penting janganlah menyombong diri sesungguhnya sombong dan takbur adalah teman syaitan. Suka diingatkan juga supaya anak murid dapat menjaga solat sebaik-baiknya. Inilah ilmu yang di ajar oleh Arwah datuk saya sejak dari dahulu sehingga kini.

Friday, December 18, 2009

Tahniah Pasukan Bolasepak Negara

PSMA ingin mengucapkan Tahniah kepada pasukan Bolasepak Negara kerana berjaya mempamirkan semangat juang yang tinggi dan tidak mudah mengalah.  Semoga kita akan dapat mengekalkan kejuaraan ini, Cuma harapan saya agar akan ada anak muda dari Sarawak yang akan mewakili Negara di pentas Bolasepak Dunia.

Tahniah sekali lagi.

 

cilired@gmail.com800px-Flag_of_Malaysia.svg

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum dan salam sejahtera, disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah buat semua warga PSMA dan pembaca sekalian. Diharap ahun mendatang akan menjadi satu arah yang baik buat diri, PSMA, dan Malaysia akan maju jaya. Sesungguhnya kuasa Allah S.W.T adalah sangat besar. Kita sebagai umat Nabi Muhammad akan menjaga Islam hingga ke akhir hayat kita. Semoga PSMA akan tetap kukuh bersama-sama Islam.

Tuesday, December 15, 2009

PSMA juga adalah tulang belakang Politik Sarawak


Arwah no 2 dari kanan.

Arwah juga adalah penyokong kuat BN di Sarawak, dan beliau juga berdiri kukuh di belakang Ketua Menteri Sarawak semasa baru mengambil alih jawatan tersebut dari Pakcik beliau.

Sebagai orang bawahan Arwah dan PSMA sehingga sekarang merupakan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional. Sesungguhnya Sarawak adalah kepunyaan Rakyat Sarawak dan bukan kepunyaan Parti serpihan dari semenanjung yang sesungguhnya sanggup menjual maruah Melayu, Sultan dan Malaysia. Sorry beb Emosional sikit. Hidup Sarawak dibawah Barisan Nasional dan Malaysia Boleh!!!

gambar Arwah


Gambar Arwah adalah ang disebelah kiri sekali.

Perbincangan antara guru-guru seni persilatan di seluruh Sarawak.

Gambar lama Arwah Pengasas PSMA



Gambar Arwah Pengasas PSMA adalah disebelah kanan sekali manakala gambar disebelah kiri sekali adalah gambar Tun Abd Rahman juga ahli silat Helang putih.




Perjumpaan untuk mula-mula penubuhan Persatuan Seni Silat Sarawak, yang kini dikenali sebagai RSS.

Gambar lama persembahan PSMA di Padang Merdeka Kuching Sarawak





Ini adalah gambar lama persembahan PSMA di Padang Merdeka Kuching Sarawak.

Sunday, December 13, 2009

TANAH JAGOI




Inilah tanah Jagoi atau kawasan Kiren (Pangilan penduduk Bidayuh Bau yang bermaksud Melayu atau kawasan orang Melayu), Inilah adalah kerana Kiren itu bermaksud 'melayu'. Jadi jagoi ini adalah hak golongan melayu di Bau.Kebanyakan tuan tanah disini adalah warga kampung Tupong, kampung Sg Bedil dan sekitar Petra Jaya. Kawasan ini adalah berhampiran dengan Serikin. Disinilah juga tempat untuk masyarakat melayu Kuching melarikan diri untuk berselindung semasa kekejaman pemerintahan Jepun semasa era perang Dunia ke II.

Tanah Arwah di Jagoi masih menjadi hak milik keluarga Arwah dan Surat Tanahnya masih disimpan oleh saya. Harapan saya agar Tanah ini tetap kekal menjadi hak milik keluarga Arwah semoga setiap penuntut PSMA dapat ke kawasan ini dan bolehlah ke Kebun yang telah ditinggalkan. Insyaallah kita akan mewujudkan Gelanggang tetap disitu dimana kita akan menganjurkan setiap majlis tamat latihan disitu. Dapatlah merasa suasana Hutan dan kawasan Kebun atau sawah disitu disamping dapat mengeratkan semangat berkumpulan kepada penuntut.

Insyaallah setiap kali saya balik ke Kuching saya akan anjurkan expidisi ke Jagoi bersama-sama penuntut PSMA yang sedia ada.

TAPAK ASAL PENUBUHAN PSMA




Di tapak inilah PSMA ditubuhkan iaitu didepan rumah Arwah Pak Bojeng bin Sham. Padang dihadapan rumah ini asalnya tanah kemudian telah disimenkan bagi tujuan mengajar anak-anak murid beliau dalam mendalami jurus-jurus persilatan. Rumah ini dinamakan sebagai Sri Anak Dagang yang mengambil nama tempat asal Kampung Dagang di Sambas kalimantan yang merupakan asal tempat silat ini dipelajari.

Latar belakang PSMA (Up-Date)

Asal-usul Spring 12(PSMA)

Mainan Spring 12 berasal dari sebuah kampung iaitu Kampung Desa Dagang Lubuk Kecamatan di daerah Sambas Kalimantan Barat Indonesia.Guru asal Spring 12 ini ialah seorang perempuan. Walaubagaimanapun,namanya tidaklah sempat diberitahu oleh arwah nenek saya, Guru Bojeng Bin Sham. Saya sebagai cucu beliau ingin berkongsi cerita tentang spring 12 ini dengan lebih lanjut lagi,Insyaallah sekiranya saya berkesempatan. Seperti yang diceritakan oleh nenek saya(Guru Bojeng Bin Sham) kepada saya memandangkan saya cucu yang paling sulung sekali.

Untuk dimulakan cerita, cerita berkaitan dengan penubuhan awal Pencak Silat Melayu Asli(spring 12) atau lebih dikenali sebagai PSMA ini sebenarnya adalah berdasarkan cerita yang telah diceritakan oleh datuk saya iaitu Datuk Jeraie,bapa saudara kepada Guru Bojeng Bin Sham. Datuk Jeraie telah bergurukan dan mempelajari seni mempertahankan diri iaitu seni silat melalui seorang guru perempuan.Datuk Jeraie telah mempejari seni silat ini sewaktu beliau masih keanak-anakkan lagi sehinggalah beliau dewasa. Sewaktu tamat perguruan, guru perempuan tersebut telah mengadakan pertandingan di antara anak muridnya dengan beliau sendiri untuk bertarung. Sewaktu itu, guru perempuan tersebut telah menguji kesemua anak muridnya dalam versi tarian ronggeng yang pada masa itu agak terkenal di Kalimantan, Indonesia.

Ketika itu,kesemua anak muridnya,telah bertungkus-lumus untuk mengalahkan guru mereka iaitu dengan menerkam buah dada guru perempuan tersebut. Apabila bermulanya tarian ronggeng,guru perempuan mereka telah mencabar anak muridnya di depan khalayak ramai.Dan dia(guru perempuan) menegaskan ,barang siapa anak muridnya yang berjaya menerkam buah dada beliau(guru perempuan) maka beliaulah yang akan menggantikan guru perempuan tersebut. Kesemua anak murid beliau menunjukkan kebolehan masing-masing.Dan kerana ketangkasan dan kecekapan Datuk Jeraie,akhirnya beliau telah dipilih menjadi pengganti guru perempuan tersebut.

Selepas beberapa ketika,sesudahnya tamat pengajian beliau(Datuk Jeraie) dalam mendalami ilmu seni silat tersebut,sekembalinya beliau ke negeri asal iaitu Kuching,Sarawak beliau terus mengajar ilmu seni silat ini kepada anak saudaranya,termasuklah Guru Bojeng Bin Sham. Beliau yang pada masa itu menetap di Kampung Jagoi telah mewariskan sepenuhnya seni silat ini kepada Guru Bojeng Bin Sham memandangkan beliau amat taat dan tekun mempelajari seni silat ini. Datuk Jeraie telah memberi 12 pukulan induk iaitu spring 12 kepada Guru Bojeng Bin Sham pada masa itu. Manakala Spring Sendeng kepada sepupu Pak Bojeng Guru Hamden dan Pukulan 7 kepada seorang lagi saudaranya yang lain yang pukulannya hampir sama tetapi berbeza sedikit jika diamati. Maka disitulah tercipta Pencak Silat Melayu Asli(PSMA) Spring 12 yang dibawa oleh Guru Bojeng Bin Sham.Oleh yang demikian bolehlah dirakumkan bahawa PSMA Spring12, Sendeng Spring dan Pukulan 7 adalah dari asal yang sama iaitu dari Hj Jeraie Kampung Tupong.

Dengan ini, saya sebagai cucu beliau, ingin memberitahu dan memperbetulkan kesemua cerita yang ditokok tambah oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini amatlah dikesali dan berharap dapat memperkembangkan lagi seni silat ini kepada kesemua yang berminat. Wassalam….

Saturday, December 12, 2009

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BELAJAR SILAT PSMA

Assalamualaikum, kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari seni silat PSMA adalah dianjurkan supaya menghubungi KUSTADINATA atau email saya di cilired@gmail.com. Insyaallah segalanya akan cuba kami bantu.

Untuk belajar silat SPRING 12 PSMA sekarang ada 2 lokasi iaitu berdekatan Masja iaitu di Lot 5, Lorong Field Force, Jalan Astana dan di kampung Sourabaya. Lot 5, Lorong Field Force akan diajar oleh Saudara Guru Muda Kustadinata sendiri atau beliau lebih dikenali dengan panggilan Apek. Manakala di kampung Sourabaya akan diajar oleh Pak Su Imei atau Cikgu Emy sendiri insyaallah jika kesihatan beliau baik.

Suka diingatkan jika hendak belajar sila hubungi terus pada saudara Kustadinata kerana kita tidak mahu ada sebarang penyelewengan dan sebagainya.

Sebarang maklumbalas sila majukan:
cilired@gmail.com

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...