Saturday, January 29, 2011

Bunga PSMA Spring12

Seperti yang telah saya janjikan pada hari ini saya telah uploadkan Video Bunga PSMA spring12 sebagai rujukan dan pengenalan diri PSMA Spring12.

Persembahan Bunga-bunga ini telah dilakukan oleh Jurulatih PSMA Spring12 iaitu Jurulatih PSMA Pusat Suparman Mazlan di beberapa lokasi sekitar Petra Jaya. Alhamdulillah segala yang dirancang telah berjalan dengan baik seperti yang dirancang.

Terdapat 4 Bunga diketengahkan untuk kali ini iaitu

1. Bunga 1 Perguruan

2. Bunga 2 Tembong

3. Bunga 3 Mahkota

4. Bunga Mayang Murai Pecah 4

Semoga dengan Bunga ini didokumentasikan akan dapat menjaga keaslian dan standard Bunga didalam latihan dan persembahan agar terpelihara dari segala eksploitasi oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Walaupun pihak PSMA spring12 pusat telah bersetuju untuk menunjukkan 4 Bunga ini buat permulaannya, tetapi pengunaan bunga ini tanpa kebenaran dari pihak PSMA Spring12 pusat, Guru Utama dan Waris keluarga adalah tidak di izinkan sama sekali. Tujuan ianya dipertunjukkan adalah sebagai satu cara kita untuk mendokumentasikan Bunga dan buah pukulan ini sebagai Hak PSMA Spring12.

Penggunaan Bunga mahupun buah pukulan adalah untuk ahli PSMA spring12 sahaja dan mendapatkan keizinan dari Guru Utama atau Guru Muda Waris. Selain dari itu Latihan adalah masih tertakluk kepada silibus yang telah disahkan oleh PSMA spring12 pusat.

Friday, January 28, 2011

Bunga PSMA Spring12 (Bunga Mayang Murai Pecah 4)

dipersembahkan oleh Jurulatih PSMA spring12 Suparman Mazlan.

Bunga PSMA Spring12

Persembahan Buah Pukulan PSMA Spring12

Buah pukulan ini dipersembahkan oleh Jurulatih PSMA Spring12 Suparman Mazlan. Tujuan buah pukulan ini diuploadkan adalah sebagai dokumentasi untuk generasi akan datang bahawa inilah buah pukulan PSMA Spring12 yang asli.

Namun banyak lagi buah pukulan yang disimpan rapat hanya pada ahli kanan dan keluarga PSMA Spring12 yang akan diajarkan kepada sesiapa yang berminat mnyertai PSMA Spring12. Namun yang penting adalah niat untuk belajar adalah yang paling utama sebab betul niatnya maka hajatnya dijalan yang benar.

Untuk Video buah pukulan Mode I

buah pukulan Mode II

 

Pengambilan Ahli dan Murid PSMA Spring12

Logo PSMA PUSAT 1

Tempat: SMK DATUK PATINGGI HAJI GAPOR

                LORONG STAMPIN 23,

                JALAN STAMPIN,

                93350 KUCHING.

 

Masa Latihan: Sebelah Pagi setiap Selasa (9 – 10.30 pagi)

                          Terbuka untuk Tingkatan 1 & 2

 

                         Sebelah Petang setiap Selasa (3 – 4.30 ptg)

                         Terbuka untuk Tingkatan 3 hingga 6.

 

Muat Turun Borang disini

Saturday, January 22, 2011

Latar belakang Arwah Bojeng bin Sham

40851_141123999254922_100000719690365_244072_7027471_n

Arwah Pak Bojeng Bin Sham mula menuntut ilmu persilatan dengan bapa saudaranya Arwah Hj Jeraei pada tahun 1930.

edit picure nek jeraie 1

Disini saya senaraikan rakan seperguruan Arwah Bojeng Bin Sham semasa belajar dengan Arwah HJ jeraie atau dengan kata lain, anak murid Arwah HJ Jeraei pada waktu itu ialah:

1. Arwah Bojeng Bin Sham38621_122189907826909_100001077019944_116187_8017691_n_300x240

 

 

 

 

 

2. Ngah Nawi

3. Nek Den

4. Nek Rostam

5. Pak Kamin (PSMA Spring12 Cawangan Bau)

6. Pakcik Liu (PSMA Spring12 Cawangan Bau)

ada beberapa lagi penuntut yang telah meninggal dunia tetapi tidak dapat diingati nama mereka.

 

Namun perjuangan yang akan dikenang selamanya adalah perjuangan arwah Pak Bojeng dengan rakan-rakannya iaitu dari 12 perguruan yang berusaha memertabatkan seni persilatan agar dapat bertapak dengan kukuh di Sarawak.

img-Y13150357-0001

Mereka inilah tonggak penubuhan Rumpun Silat Sarawak atau singkatannya dikenali sebagai RSS.

12 Perguruan asal keramat tersebut adalah:

1. Pencak Silat Melayu asli (PSMA Spring12)

Guru: Arwah Bojeng Bin Sham

2. Betawi

Guru: Pak Jambak

3. Sanggar Bunuh

Guru: Bojeng Drahman

4. Seribu Satu

Guru: Jony Kok

5. Hailam Laut

Guru: Cik Bako

6. Hidayah Melayu

Guru: Pak Dahlan

7. Merifat

Guru: Dayang Meriam

8. Pukulan 12

Guru: Hj Yaman

9. Pukulan 7

Guru: Pak Nawi

10: Pak Untah

11. Usop Jol

12. Pak Tahir

Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Windows Live Tags: Latar,Arwah,Bojeng,Sham,Jeraei,Disini,Ngah,Nawi,Rostam,Kamin,PSMA,Cawangan,Pakcik,Namun,Sarawak,Mereka,Rumpun,Silat,Perguruan,Pencak,Melayu,Guru,Betawi,Jambak,Sanggar,Bunuh,Drahman,Seribu,Satu,Jony,Hailam,Laut,Bako,Hidayah,Dahlan,Merifat,Dayang,Meriam,Pukulan,Yaman,Untah,Usop,Tahir,persilatan,dengan,pada,rakan,atau,yang,dapat,perjuangan,adalah
WordPress Tags: Latar,Arwah,Bojeng,Sham,Jeraei,Disini,Ngah,Nawi,Rostam,Kamin,PSMA,Cawangan,Pakcik,Namun,Sarawak,Mereka,Rumpun,Silat,Perguruan,Pencak,Melayu,Guru,Betawi,Jambak,Sanggar,Bunuh,Drahman,Seribu,Satu,Jony,Hailam,Laut,Bako,Hidayah,Dahlan,Merifat,Dayang,Meriam,Pukulan,Yaman,Untah,Usop,Tahir,persilatan,dengan,pada,rakan,atau,yang,dapat,perjuangan,adalah
Blogger Labels: Latar,Arwah,Bojeng,Sham,Jeraei,Disini,Ngah,Nawi,Rostam,Kamin,PSMA,Cawangan,Pakcik,Namun,Sarawak,Mereka,Rumpun,Silat,Perguruan,Pencak,Melayu,Guru,Betawi,Jambak,Sanggar,Bunuh,Drahman,Seribu,Satu,Jony,Hailam,Laut,Bako,Hidayah,Dahlan,Merifat,Dayang,Meriam,Pukulan,Yaman,Untah,Usop,Tahir,persilatan,dengan,pada,rakan,atau,yang,dapat,perjuangan,adalah

Friday, January 21, 2011

Pengambilan anak murid PSMA Spring12

 

Logo PSMA PUSAT 1

 

 

Tempat SK R.P.R Astana

Terbuka untuk Darjah 1-6

Hari Jumaat

Latihan 3 ptg – hingga 5 ptg.

 

 

1. Muat turun Borang Penyertaan disini

2. Muat Turun borang ahli disini dengan 4Share

 

Video Bunga PSMA Spring12

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli-ahli PSMA Spring12, pengunjung Blog yang saya hormati sekalian. Insyaallah minggu hadapan saya akan uploadkan video  bunga PSMA Spring12 asal untuk rujukan dan sebagai bahan yang bakal menjadi arkib supaya persembahan bunga ini sentiasa standard dan asli tanpa sebarang ubah suai. Dimaklumkan juga sebarang pengunaan bunga PSMA Spring12 adalah dilarang sama-sekali melainkan dipersembahkan oleh ahli PSMA Spring12 sahaja.

Namun demikian video bunga-bunga yang bakal dipertontonkan adalah jarang sekali dipertontonkan kepada ahli-ahli dan rakan-rakan terdekat melainkan hanya kepada ahli keluarga. Tujuan video bunga ini dipertontonkan adalah sebagai pelontar pengenalan diri bahawa inilah dia PSMA Spring12 yang asli. Jika terdapat persamaan barang sedikit cuma kami pihak keluarga PSMA Spring12 boleh menerima jika ianya dari “pukulan 7” atau “sendeng spring” iaitu dari keluarga Tok Den dan keluarga Tok Ngah Nawi. Diulangi PSMA Spring12, Pukulan 7 dan Sendeng Spring adalah warisan dari HJ Jeraei iaitu bapa saudara Arwah Bojeng Bin Sham. Tetapi persamaan adalah kebanyakkannya dari buah-buah pukulan manakala pelampas atau drill adalah ciptaan Arwah Pak Bojeng bin Sham. Setelah video ini dipertontonkan insyaallah saya akan upload lebih banyak buah pukulan sebagai perkenalan PSMA Spring12.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...