Monday, December 24, 2018

Ilmu dari Pak Alwi


Tunjuk ajar dari Pak Alwi (Guru Keluarga) mengenai anak dan gabungan buah pukulan SPRING12 PSMA. Latihan sebegini diteruskan dari masa ke semasa bagi penurunan buah pukulan kepada setiap ahli keluarga.

Insya Allah 2 minggu lagi, admin akan mengerakkan satu rombongan pelatih terdiri dari anak dan anak buah admin ke rumah Pak Alwi di Seniawan. Kelas akan dijalankan disana bagi memudahkan Pak Alwi mengajar dengan lebih mudah dan dalam suasana keluarga. 

Semoga perancangan yang admin serta jurulatih terlibat usahakan akan dipermudahkan Allah. Aamin Ya Rabbal Alamin.

Admin

Sunday, December 16, 2018

Anak Angkat Anak Tunggal







Assalamualaikum, Salam sejahtera. Hari ini admin hendak menyatakan serta menegaskan sekali lagi bahawa Nek Bojeng bin Sam tidak ada sebarang anak angkat atau anak tunggal terutama dimana-mana perguruan di Sarawak hingga kini, melainkan hanya Hazemi bin Bojeng (Guru Utama Spring12 PSMA) dan abang-abangnya sahaja. Ini kerana ada diluar sana ada yang cuba menangguk di air yang cetek dengan mengatakan dirinya adalah anak angkat, malahan pada satu ketika beliau pernah mengatakan beliau adalah anak tunggal Bojeng bin Sam.

Saya (admin) selaku cucu sulong Allahyarham tahu, kerana setiap orang, anak murid datang berjumpa dengan beliau pasti admin ada disisi nek jeng. Kerana pada ketika itu, tanya saja sesiapa yang kenal nek jeng, akan kenal admin pada masa itu, kerana satu-satunya budak yang akan selalu berada disisi nek jeng terutama diruang tamu dan gelanggang. (bukan sekarang sebab faktor usia dan perubahan semasa). Semasa orang yang berkata dia adalah anak angkat kepada nek jeng kononnya, admin telah berada ditingkatan satu dan pastinya admin tahu menilai jika seseorang benar-benar diambil sebagai anak angkat. Malahan perkara ini juga ditolak oleh bapa admin, Mazlan bin Bojeng dan juga adiknya Alwi bin Bojeng.

Admin cuma kenal tiga orang sahaja yang pernah diangkat menjadi anak angkat nek jeng iaitu, abang dari sambas (warga indonesia), seorang mualaf dan pasangannya. Mereka tidak memanggil nama nek jeng dengan panggilan perkataan ‘Wa’. Tetapi mereka memanggil beliau dengan gelaran bapak atau pak.

Oleh itu, bagi yang cuba mengaku dia itu anak angkat nek jeng, harus berasa malu kerana admin masih ada untuk kenal dan mengingati perkara-perkara kekeluargaan seperti itu.

Satu lagi, janganlah sesuka hati mengunakan buah atau bunga jika anda dari peguruan lain selain dari Spring12 PSMA kerana amat memalukan anda bersilat tetapi mengunakan hak orang. Adakah anda pernah memohon keizinan keluarga iaitu anak tua pak Bojeng? Iaitu Mazlan bin Bojeng atau Alwi bin Bojeng?

Admin dah berbincang dengan bapak admin iaitu anak tua sekali nek Bojeng, Mazlan Bojeng telah memaklumkan, beliau tidak mengizinkan sama sekali buah atau bunga dingunakan jika digunakan atas nama perguruan lain selain dari Spring12 PSMA.

Senarai guru juga masih ada dalam simpanan keluarga yang mana setiap ahli perguruan ada mandi perguruan dan akan taat kepada perguruan dan keluarga (asalkan tidak melanggar syariat tauhid) maka ahli mesti mengakui ketaatan ini.

Ingat jika melanggar janji ini, hanya untuk kepentingan peribadi maka jawablah nanti disuatu masa dan ketikanya kita bertemu Allah tuhan kita yang Maha Mengetahui segalanya.

Sekali lagi, admin mengingatkan anak-anak lelaki Allahyarham Bojeng bin Sam adalah seperti berikut:

Mazlan bin Bojeng (tua)
Alwi bin Bojeng
Hajran bin Bojeng
Hazemi bin Bojeng (Guru Utama)

Manakala cucu Nek Jeng (Bojeng bin Sam yang aktif)
Mohd Hata bin Mazlan (Guru Muda Kanan)
Kustadinata bin Mazlan (Guru Muda)
Eppy bin Mazlan (Guru Muda)
Suparman bin Mazlan (Guru Muda)

Manakala admin adalah cucu sulong Allahyarham Bojeng bin Sam iaitu anak sulong Mazlan bin Bojeng bernama Rudiman bin Mazlan. Selagi termampu dan terdaya, admin akan berusaha menjaga warisan ini sebagai satu identiti Sarawak yang terkenal dari dahulu hingga pada masa akan datang.

Admin

Gelanggang Keluarga di Samariang Aman



Beberapa Minggu yang lepas admin telah membuka gelanggang latihan untuk keluarga di Semariang Aman. Gelanggang ini dikhaskan untuk melatih ahli keluarga dan keturunan Bojeng bin Sam. Admin telah mendapat kebenaran dari bapak admin Mazlan bin Bojeng dan Pak Awie (Alwi bin Bojeng) dan Guru Utama Hazemi bin Bojeng.


Insya Allah gelanggang ini akan menumpukan kepada latihan dan aturcara mengikut asalnya pengurusan Spring12 PSMA di kampung Patinggan (Kampung No6) satu ketika dahulu. Admin  akan berusaha mengembalikan warisan persilatan ini kearah keaslian asalnya dan menjuruskan kepada keaslian seperti asalnya. Setiap perkembangan akan dimaklumkan secara info berperingkat diblog ini.


Semoga gelanggang ini akan terus berfungsi dengan baik, disamping dapat melahirkan pesilat-pesilat yang berpewatakan melayu Sarawak yang baik dalam tingkahlaku dan akhlaknya. Aamin.

Admin.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...