Sunday, March 21, 2010

Persembahan Seni Bunga oleh Cikgu Emy

 

Klik disini untuk video Persembahan Seni Bunga oleh Cikgu Emy

Rakaman tersebut telah dilakukan semasa Aktiviti luar PSMA Spring12 di Pantai Puteri, Santubong, Sarawak.

 

 

Technorati Tags:

Thursday, March 18, 2010

Aktiviti Luar di Pantai Puteri, Santubong bersama Cikgu Emy

Pada pagi Khamis jam 0800pagi sehingga jam 1245 tengahari, pihak PSMA Sprng12 telah menganjurkan aktiviti Luar di Pantai Puteri, Santubong Sarawak.

DSCN1240

Pada program tersebut Cikgu Emy turut menunjukkan tunjuk ajar disamping turut mempersembakan bunga seni kepada semua penuntut.

DSCN1246

Cikgu Emy turut menyatakan selari dengan tekad menyebarkan Pncak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 keserata dunia, setiap pengajaran dan latihan adalah bedasarkan Modul latihan PSMA Spring12 yang telah disahkan oleh beliau dan pihak waris keluarga.

Sebagai contohnya, Jurulatih perlu mempebaharui Lesen Kelayakkan mengajar setiap setahun sekali, jika gagal berbuat demikian jurulatih tersebut dikira telah kehilangan kelayakkan untuk mengajar PSMA Spring12. Ini adalah bagi memastikan tahap Profesionalisma, dan tahap latihan sentiasa di peingkat yang tinggi.

Beliau menyatakan jika ada anak muda yang hendak belajar bolehlah terus berhubung dengan pihak PSMA Spring12 pusat di Lot 5, Lrg Field Force, Jln Astana, Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Beliau menyatakan sebarang maklumat atau info hanya boleh di keluarkan oleh pihak PSMA Spring12 pusat sahaja.

DSCN1261

Mengikut Modul latihan tekini setiap anak murid atau penuntut akan dibei Sijil Latihan mengikut tahap yang telah dicapai oleh seseorang penuntut tersebut.

Semoga pembaharuan yang dibawa ini akan lebih meninggkatkan tahap profesionalisma persilat-pesilat  PSMA Spring12.

Wednesday, March 17, 2010

UNTUK SIARAN

Hari ini pihak Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 akan menganjurkan Aktiviti Luar bersama Guru Utama Cikgu Emy di Pantai Puteri, Santubong, Kuching Sarawak.

Program bermula pada jam 09.30 Pagi dan dihadiri oleh wakil media dari Borneo Post untuk Utusan Borneo.

Sekian Terima kasih.

Guru Utama PSMA Spring12 Guru Hazemi Bin Bojeng (Cikgu Emy)

 

17.03.2010

Nama: Hazemi Bin Bojeng (Cikgu Emy)

Jawatan: 1.  Guru Utama PSMA SPring12

                   2. Timbalan Setiausaha Rumpun Silat Sarawak (RSS)

Beliau merupakan anak bongsu kepada Arwah Pak Bojeng Bin Sam.

Beliau juga didedahkan dengan alam persilatan melalui pengamatan dan penglihatan sejak berumur 10 tahun. Oleh kerana minat, beliau selalu mengikut Arwah ayahnya semasa megajar anak murid. Namun tidaklah beliau terlibat secara serius pada waktu tersebut sehinggalah apabila beliau berusia 17 tahun. Pada usia ini beliau mula menceburkan diri secara serius didalam ilmu persilatan PSMA Spring12. Namun demikian kebanyakkan ilmu diperolehi beliau sewaktu makan dimana ayahnya akan bertanya soalan jika diserang bergini bergitu apakah tindakan beliau. Pada waktu inilah banyak buah pukulan diperturunkan kepada beliau.

Setelah Arwah Pak Bojeng meninggal dunia pihak keluarga iaitu anak sulong arwah bersetuju dengan pilihan Jemaah Guru RSS melantik Cikgu Emy menjadi Guru Utama PSMA Spring12. Perlantikan ini turut disahkan oleh Ketua Menteri Sarawak di Dewan Bina.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Technician Telekom Malaysia Berhad (Sarawak). Kini beliau berniaga di Kpg Gersik, Gerai No12.

Beliau boleh di hubungi di alamat 146 Kg Sourabaya Ulu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Gambat jemaah Guru RSS

Tuesday, March 16, 2010

Gambar Arwak Datuk Jeraie dan Arwah Nek Bojeng (Anak saudara Datuk Jeraie)

 

Assalamualaikum saudara pengunjung laman PSMA, Ahli-ahli PSMA dan semua yang mengenali asal usul Ilmu persilatan Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12. Hari ini adalah hari yang agak bertuah dimana buat kali pertamanya di Laman ini saya dapat memaparkan gambar Arwah Datuk Jeraei dan Arwak Pak Boejeng semasa  mempersembahkan buah pukulan.

edit picure nek jeraie 1

Gambar dari kiri: Arwah Datuk Jeraei dan Arwah Pak Bojeng

Persembahan ini dilakukan di hadapan sekolah Rakyat Tupong semasa Majlis keraian di sekolah tersebut. Diharap gambar ini dapat mengembalikan keaslian sebenar Pencak Silat Melayu Asli(PSMA) Spring12 di serata tempat ini bahawasanya kami sememangnya keturunan 2 legasi utama tokoh persilatan rakyat kuching Sarawak ini.  Sesunguhnya kepada yang mengaku permainan SPRING tak kira lah berapa nombornya adalah meniru semata-mata.

Dengan adanya gambar ini diingatkan segala penglibatan pihak yang menyatakan ahli kepada PSMA Spring12 hendaklah mengetahui bahawa setelah sekian lamanya pihak PSMA sedang meningkatkan tahap pengurusanan berusaha menepis segala dakyah pihak luar yang tidak betul tentang PSMA Spring12.

Kami keturunan dan waris asal PSMA spring12 tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama, Jurus, Bunga dan sebagainya tanpa kebenaran dari pihak pengurusan PSMA SPring12. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan di email Laman ini.

 

PSMA Spring12

Monday, March 15, 2010

Lawatan kekeluargaan dengan Guru Pak Gudip (Kampung Bogak, Jagoi Bau.)

DSC00192

(Barisan tengah- Pak Awi(anak Arwah Nek Bojeng), pakcik liew dan pak gudip.

Di atas kesempatan balik ke Kuching kami berpeluang melawat rakan sepeguruan Arwah Nek Bojeng di Kampung Bogak, Jagoi di daerah Bau. Perjalanan dari Kuching ke Kampung tersebut mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Alhamdulillah, Pak Gudip masih sihat walaupun telah berumur dalam lingkungan 80 tahun. Beliau semasa muda adalah rakan karib Arwah Nek Bojeng dan bersama-sama menuntut Ilmu persilatan dengan Arwah Nek Jeraei di kawasan kebun di Tanah Kiren (kawasan Melayu) di Jagoi.

Walaupun sudah agak berumur, saya mendapati beliau masih cergas dan mampu menunjukkan buah pukulan kepada pihak kami sebagai tunjuk ajar. Walaupun katanya buah yang diperolehinya cuma 11 manakala arwah Nek bojeng ada 12, nasihatnya janganlah kita cemburu dengan rakan karib kita. kita perlu taat kepada pilihan Guru kerana itulah pilihan dari kacamata hati dan firasat Guru tersebut. Sesunguhnya apabila sudah berusia ini baru beliau menyedari sememangnya pilihan Guru dahulu adalah tepat kerana orang dahulu bijak dan amat pandai menilai anak murid.

Di Kampung Bogak silat ini masih di ajar dan di sebarkan dengan baik sekali. Harapam saya sekeluarga agar Ilmu Persilatan ini akan terus diamalkan dan dapat menjadi riadah pada generasi muda semoga dapat menghindarkan golongan muda dari terbabit dalam aktiviti kurang sihat. Sesuatu yang menarik apabila mendengar bunyi peralatan Asli gendang Perang yang agak sukar didapati di Malaysia ketika ini.

Technorati Tags:

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...