Friday, December 25, 2020

Majlis Malam Busana Spring12 PSMA Cawangan Samariang Aman

 

Majlis Malam Busana telah berjaya dijayakan hasil kerjasama semua pesilat dan pihak pengurusan Spring12 PSMA cawangan Samariang Aman semalam. Ini adalah event pertama yang dilakukan sejak Covid-19 melanda negara. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit yang merebak ini, semoga juga Allah menghapuskan penyakit ini dari terus merebak. Aamin. 

Admin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis ringkas ini termasuk para hadirin yang turut hadir bagi memeriahkannya. Insya Allah, cawangan ini akan menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti di masa akan datang. 

Admin

Persembahan Silat Majlis Perkahwinan di Bandar Baru Samariang


 Persembahan Silat oleh pesilat Spring12 PSMA Cawangan Samariang Aman. 

admin

Monday, May 25, 2020

Allahyarham Pak Alwi bin Bojeng


Alhamdulillah, hari ini admin telah berkesempatan membuat sebuah video dan memuat naik ke akaun Youtube Spring12 PSMA berkenaan Allahyarham Pak Alwi bin Bojeng iaitu pakcik admin. Semoga dengan adanya video ini dapat memberi satu tanda sejarah dan kenangan dimasa akan datang bagi generasi pesilat Spring12 PSMA dimasa akan datang. 
 
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

Admin.

Wednesday, May 20, 2020

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Admin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pesilat Spring12 PSMA dengan ingatan kasih sayang, maaf zahir dan batin. Sebagai ingatan bersama, admin menyarankan agar semua pesilat patuh kepada arahan semasa kerajaan semasa situasi Covid-19 bagi memutuskan rantaian penyakit ini dari menular tanpa kawalan. 

Insya Allah, jika segalanya kembali normal, maka setelah itu barulah gelanggang Semariang Aman akan dibuka semula untuk mengadakan latihan dan sebagainya. Semoga kita semua dilindungi Allah dari penyakit yang menular sekarang ini. Aamin. 

Salam kasih sayang dari Admin, Stay Home and Stay Safe.

Admin

Saturday, March 14, 2020

Sekitar Konvensyen Silat Sarawak 2020



Pihak cawangan Semariang Aman turut menghantar wakil ke Konvensyen Silat 2020 melalui Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Mewakili cawangan semariang aman ialah Guru Muda Kanan Mohammad Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman.


Beberapa Foto yang sempat diambil semasa program tersebut telah divideo pendekkan seperti apa yang dipaparkan diatas. Semoga dengan adanya kovensyen sebegini akan lebih menambah ilmu, serta kematangan kepada para Guru dan Jurulatih yang terlibat. Terima kasih kepada pihak RSS atas jemputan kali ini. 

Admin


Latihan Pada 11/3/2020


Latihan pada minggu ini, diawalkan sebagai ganti kepada hari Jumaat, iaitu diawalkan pada hari Rabu. Pertukaran hari latihan adalah disebabkan oleh Guru Muda Cawangan Semariang Aman yang terlibat dengan Konvensyen Silat Sarawak 2020. 

Latihan berjalan dengan lancar dan latihan seterusnya akan diadakan pada hari Sabtu 14/3/2020 seperti jadual biasa.

Admin

Sunday, March 8, 2020

Kursus Kejurulatihan Silat Peringkat negeri Sarawak 2020


Alhamdulillah kali ini pihak Spring12 PSMA dapat menyenaraikan calon untuk mengikuti kursus anjuran RSS. Bagi Cawangan Semariang Aman, pihak kami telah mencalonkan Jurulatih Wanita Nurnabila untuk mengikuti kursus tersebut manakala bagi Pihak Spring12 PSMA Pusat saudara Faizal telah dicalonkan. Kedua-dua calon telah mendapat keizinan dari pihak perguruan iaitu Guru Utama Hazemi bin Bojeng.

Kursus tersebut dijalankan di KBS Kuching pada 6hb hingga 8hb Mac 2020. Syukur kepada Allah s.w.t mereka berdua telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Insya Allah pihak cawangan Semariang Aman akan menghantar lagi calon-calon yang sesuai dimasa akan datang bagi menambahkan ilmu dan pengalaman kepada semua ahli pesilatnya. 

Semoga penyertaan ini akan menjadi penambah semangat untuk setiap ahli maju kehadapan didalam dunia persilatan di Malaysia.

Admin

Latihan Silat Spring12 PSMA di Semariang Aman, Kuching


Latihan telah pada minggu ini dijalankan pada 6hb sehingga 8hb 2020 di Gelanggang Spring12 PSMA. Antara gambar yang sempat dirakamkan semasa latihan adalah seperti video pendek berikut.





Semoga latihan yang dijalankan minggu ini dapat menambah kecekapan kepada pesilat  yang ada untuk lebih semangat menjalani latihan.

Admin

Wednesday, March 4, 2020

Pak Alwi bin Bojeng


Pak Alwi bin Bojeng telah meninggal dunia pada jam 5 lebih hari ini dikediamannya di Kampung Sungai Pinang Seniawan. Allahyarham akan dikebumikan pada esok pagi Khamis
5 Februari 2020 jam 9 pagi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang.

Beliau antara anak Allahyarham Bojeng bin Sam yang meminati dunia persilatan dan merupakan Guru Silat bagi Cawangan Seniawan.

Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

Admin

Sunday, March 1, 2020

Latihan Pesilat Junior 28 & 29 Februari 2020


Latihan diteruskan seperti biasa iaitu pada setiap hari Jumaat dan Sabtu pada jam 8 Malam. Latihan adalah dibawah pengawasan Guru Muda Eppy dan Guru Muda Kanan Hata yang bertanggungjawab dalam soal latihan dan pengurusan pelajar.

Setakat ini, pelatih telah banyak menunjukkan perkembangan dari segi kemahiran dan juga sahsiah diri disamping semakin baik penampilannya sesuai dengan kehendak islam. Semoga perkembangan yang positif ini terus kehadapan dengan jayanya.

Admin

Latihan silat di SMK St Joseph


Latihan di SMK St Joseph diteruskan seperti biasa dengan ada penambahan dari segi jumlah penyertaan. Alhamdulillah semoga usaha ini terus positif untuk masa-masa yang akan datang.

Admin

Bacaan Yasin


Pada 15 dan 16 Februari 2020, sesi ringkas bacaan Yasin diadakan digelanggang Semariang Aman sebelum latihan dimulakan. Sedikit jamuan juga diadakan bagi sesi tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sesuai dengan tujuannya.  Admin mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Admin.

Saturday, February 8, 2020

Latihan Pesilat Junior 7 & 8 Feb 2020


Latihan berjalan seperti biasa pada minggu ini. Latihan ini dijalankan pada 7 dan 8 Feb 2020 dan dengan diuruskan oleh Guru Muda Kanan Mohd Hata bersama-sama Guru Muda Eppy.  Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan dengan izin Allah.

Admin

Sunday, January 26, 2020

Rangkuman Seminggu Latihan


Latihan yang telah dijalankan pada 17hb sehingga 26 Januari 2020 yang diadakan di SMK St Joseph pada setiap Jumaat dan juga di Gelanggang Utama Spring12 PSMA iaitu di Semariang Aman.

Semua latihan adalah dibawah penyeliaan Guru Muda Kanan Mohammad Hata dan Guru Muda Eppy, pada setiap sesi latihan dimana pada malam Ahad akan turut dibantu oleh Guru Muda Suparman untuk latihan bunga perguruan.

Admin

Monday, January 6, 2020

Pembukaan Gelanggang Latihan di SMK St Joseph Kuching


Syukur kehadrat ilahi kerana bermula petang semalam Spring12 PSMA telah membuka buku baru tahun 2020 dengan pertambahan gelanggang latihan. Gelanggang baru ini adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph Kuching, Jalan Tun Abang Hj Openg. Gelanggang ini adalah dibawah seliaan Cawangan Semariang Aman dengan diuruskan terus oleh Guru Muda Kanan Hata dan Guru Muda Eppy.

Latihan adalah pada Hari Isnin sebelah petang. Jadual latihan adalah tertakluk kepada pengurusan pihak sekolah. Semoga dengan bermulanya tahun baru ini terus memberi laluan yang positif untuk silat legasi melayu Sarawak ini terus relevan dimasa akan datang. Aamin.

Admin

Latihan Pesilat Junior


Latihan bagi pesilat Junior diteruskan setiap minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu (sebelah malam). Latihan dan pelajaran adalah diajar oleh Guru Muda Kanan Muhammad Hata dan Guru Muda Eppy pada setiap malam latihan. Manakala Guru Muda Suparman akan mengajar seni bunga pada hari sabtu (malam).

Latihan untuk persembahan dan alatan musik silat akan dijalankan pada petang jumaat selepas Sholat Asar seperti biasa dibawah seliaan Guru Muda Eppy.

Bagi yang berminat untuk belajar di Gelanggang Cawangan Semariang Aman boleh menghubungi Guru Muda Kanan Hata 0189780419 atau Guru Muda Eppy 011-4055 0553

Admin.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...