Friday, December 31, 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan, saya dengan ini mewakili PSMA Spring12 Pusat, Guru, Waris Keluarga mengucapkan selamat menyambut Tahun 2011 kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12 dan pengunjung laman ini.

Harapan saya adalah semoga ahli-ahli kita dapat menjaga tata susila semasa menyambutnya tahun baru yang akan menjelma ini kerana kita mesti ingat bahawa sebagai ahli PSMA Spring12 kita semestinya menjauhkan diri kita dari lingkungan maksiat. Sambutlah Tahun 2011 ini dengan penuh tertib sebagai seorang persilat.

Menyingkap kembali Tahun 2010 kita berjaya dalam melakukan beberapa usaha diantaranya dengan tertubuhnya Cawangan Jln Astana, Cawangan PTPL dan terbaru Cawangan Masjid Tmn Husin. Diharap perkembangan positif ini akan berterusan buat kita semua.

Persediaan untuk silat olahraga juga telah bermula dan saya dapati kita juga telah mula terlibat kembali didalam persembahan jemputan seperti Majlis Perkahwinan, saya melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif buat PSMA Spring12. Semoga kita akan terus cemerlang pada tahun 2011 nanti.

Akhir kata, saya ucapkan sekali lagi selamat menyambut Tahun 2011 dan selamat bercuti. Sekian dan salam pendekar buat semua.

Friday, December 24, 2010

Persembahan PSMA Spring12 di Majlis Perkahwinan

persembahan majlis kahwin

Pada cuti sekolah sepanjang bulan Disember 2010 pihak PSMA Spring12 telah diundang untuk melakukan beberapa persembahan di Majlis Perkawinan di sekitar Kuching Sarawak. Tahniah buat ahli yang terlibat, teruskan lagi usaha anda.

Klik disini untuk video persembahan tersebut.

Monday, November 22, 2010

Cawangan PTPL

DSC01632

Cawangan ini adalah satu cawangan yang semakin meningkat dengan penglibatan peserta yang memuaskan. Apa yang kita harapkan semoga kita dapat melahirkan lebih ramai persilat PSMA Spring12 dari cawangan ini.

Semoga ada lagi penyertaan dari pelajar-pelajar baru insyaallah..

Syabas kita ucapkan pada cawangan PTPL PSMA Spring12.

Majlis Ibadah Korban ke 13 anjuran Silat Helang Putih Perkasa

DSC03022

Pada hari Raya Korban ini pihak PSMA Spring12 turut terlibat dan membantu didalam Majlis Korban yang di anjurkan oleh pihak Helang Putih Perkasa.

Semoga acara seperti ini dapat diteruskan bagi mengeratkan perpaduan diantara seluruh silat gabungan di dalam Rumpun Silat Sarawak.

DSC03031

Monday, November 8, 2010

Bertafakurlah

10092010192

Al-Fatihah buat Arwah Guru Bojeng bin Sham

Kadang-kadang walau sebagai mana baiknya manusia ianya tetap melakukan kesilapan, didalam mana-mana organisasi termasuklah perguruan silat perkara ini tetap berlaku. Adakah kerana tidak taat dan mengasihi Guru? Walaupun berjanji akan setia pada Guru, Agama, Bangsa, Negara dan perguruan? Selagi Guru tidak melakukan sebarang perkara yang diluar syariat islam seperti janji kita padanya dengan mandi pengambilan anak murid antara murid dan Guru..


Berjanji? atau niat masa itu tidak betul? maka kita menjadi insan yang gagal? Solat yang patut ditegakkan tidak dilangsungkan kah? Apakah? atau nilai melayu telah terhakis kerana tamak dan haloba?


Kenapakah perkara ini sering terjadi? Adakah setelah berlajar dan mengajar selama ini melayakkan kita derhaka pada perguruan dan mementingkan nama sendiri atau hendakkan sangat jawatan sebagai Guru? Jika jawatan itu yang dikejar, ambillah semoga berpuas hati didunia yang sementara. Ingat ilmu yang tidak direlakan tak akan kemana..


Semua mengatakan masing-masing adalah anak murid si anu ini si anu itu, tetapi adakah kubur arwah pernah dijejaki selama ini? mana doa anak murid untuk Gurunya yang diibaratkan sebagai bapa? Lilin hancur lebur dimakan api tetapi api telah lupa diri maka dengan izin Allah.. kemarakkan api akan padam jua.. yang tinggal nanti cuma sisa lilin tapi Api entah kemana..


bertafakurlah.. fikirkan apa yang telah anda lakukan untuk perguruan anda.


buka alam, buka dada dan perhalusi dengan iman. semoga perkara ini menjadi panduan buat saya dan diri kita semua.

Tuesday, October 26, 2010

Pertandingan Silat di waterfront Kuching

 

UNTUK SIARAN

 

Semalam saya telah dimaklumkan oleh Guru Muda Karim Cawangan PSMA Spring12 Semariang akan mengadakan pertandingan Silat Seni di Waterfront Kuching.

Saya juga dimaklumkan persilat-persilat dari sekitar Kuching dan Rumpun Silat Sarawak adalah dijemput pada pertandingan ini untuk disertai. Segala maklumbalas bolehlah menghubungi Guru Muda Karim kampung Semariang untuk maklumat berhubung pertandingan tersebut.

Semoga Pertandingan yang bakal diadakan berjalan dengan jayanya.

Sekian.

Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Windows Live Tags: Pertandingan,Silat,waterfront,Semalam,Guru,Muda,Karim,Cawangan,PSMA,Semariang,Seni,Saya,Rumpun,Sarawak,Segala,Semoga,Sekian,dimaklumkan,persilat,untuk
WordPress Tags: Pertandingan,Silat,waterfront,Semalam,Guru,Muda,Karim,Cawangan,PSMA,Semariang,Seni,Saya,Rumpun,Sarawak,Segala,Semoga,Sekian,dimaklumkan,persilat,untuk
Blogger Labels: Pertandingan,Silat,waterfront,Semalam,Guru,Muda,Karim,Cawangan,PSMA,Semariang,Seni,Saya,Rumpun,Sarawak,Segala,Semoga,Sekian,dimaklumkan,persilat,untuk

Friday, October 15, 2010

Cawangan Masjid Darul Husni Tmn Husin

Logo PSMA PUSAT 1

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dan Rasul junjungan Nabi Allah Muhammad S.A.W segalanya berjalan dengan lancar.

Dengan persembahan pembukaan pada malam tadi maka sahlah Cawangan Masjid Darul Husni telah diiktiraf sebagai salah satu cawangan baru PSMA Spring12. Harapan pihak Psma Spring12 Pusat agar kita akan dapat menurukan ilmu kepada anak-anak kariah masjid tersebut dengan baik. Jika diizinkan kita juga boleh memilih pelajar yang berpotensi dari cawangan ini untuk menyertai Silat Olahraga. Insyaallah..

Cawangan ini adalah dibawah Guru Muda Waris Kustadinata dan dibantu oleh 2 Jurulatih iaitu Jurulatih Silat Eppy dan Jurulatih Silat Suparman. Oleh kerana cawangan ini terus dibawah PSMA Spring12 Pusat maka Guru Utama Cikgu Emy sendiri yang akan memantau segala aktiviti dan latihan yang akan diadakan bagi memastikan standard latihan adalah selari dengan Modul Latihan yang telah beliau keluarkan.

Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Windows Live Tags: Cawangan,Masjid,Darul,Husni,Husin,Alhamdulillah,Allah,Rasul,Nabi,Muhammad,Dengan,PSMA,Harapan,Pusat,Jika,Silat,Olahraga,Insyaallah,Guru,Muda,Waris,Kustadinata,Jurulatih,Eppy,Suparman,Oleh,Utama,Cikgu,Modul,Latihan,maka,telah,kita,akan,anak,yang,adalah,dibawah
WordPress Tags: Cawangan,Masjid,Darul,Husni,Husin,Alhamdulillah,Allah,Rasul,Nabi,Muhammad,Dengan,PSMA,Harapan,Pusat,Jika,Silat,Olahraga,Insyaallah,Guru,Muda,Waris,Kustadinata,Jurulatih,Eppy,Suparman,Oleh,Utama,Cikgu,Modul,Latihan,maka,telah,kita,akan,anak,yang,adalah,dibawah
Blogger Labels: Cawangan,Masjid,Darul,Husni,Husin,Alhamdulillah,Allah,Rasul,Nabi,Muhammad,Dengan,PSMA,Harapan,Pusat,Jika,Silat,Olahraga,Insyaallah,Guru,Muda,Waris,Kustadinata,Jurulatih,Eppy,Suparman,Oleh,Utama,Cikgu,Modul,Latihan,maka,telah,kita,akan,anak,yang,adalah,dibawah

Thursday, October 14, 2010

Konvensyen Guru-Guru Silat Sarawak 2010

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah S.W.T dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kerana konvensyen yang telah dilaksanakan telah berjaya berlangsung dengan jayanya. Semoga ianya terus diadakan pada setiap tahun yang mendatang.

 

Tahniah juga saya ucapkan kepada setiap perguruan terutama 12 perguruan utama dan perguruan-perguruan  yang lain kerana dapat bersama dalam menjayakan konvensyen pada kali ini.

 

33603_436632498756_620358756_5233171_5280144_n-crop

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 juga terlibat didalam persembahan pada Majlis tersebut dengan di pimpin oleh Guru Utama iaitu Hazemi Bin Bojeng atau Guru Emy.

Guru Muda Waris Cawangan pusat dan Guru Muda Pak Karim juga tidak ketinggalan kerana terlibat secara langsung pada Konvensyen kali ini.

M2U00239.MPG_000036640

Guru Muda Waris Kustadinata turut terlibat didalam Majlis pelancaran konvensyen. Beliau no 4 dari kiri.

KonvensyenSilat2KX-443

Guru Muda Karim telah diberi kepercayaan untuk membuka gelanggang pada hari tersebut. Persembahan yang baik dan mengikut adat istiadat PSMA Spring12.

Video persembahan pada hari tersebut boleh klik di sini

Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Windows Live Tags: Konvensyen,Guru,Silat,Sarawak,Alhamdulillah,Allah,Nabi,Muhammad,Semoga,Tahniah,Pencak,Melayu,Asli,PSMA,Majlis,Utama,Hazemi,Bojeng,Muda,Waris,Cawangan,Karim,Kustadinata,Beliau,Persembahan,kerana,yang,telah,dengan,pada,setiap,juga,perguruan,kali,terlibat,didalam,tersebut
WordPress Tags: Konvensyen,Guru,Silat,Sarawak,Alhamdulillah,Allah,Nabi,Muhammad,Semoga,Tahniah,Pencak,Melayu,Asli,PSMA,Majlis,Utama,Hazemi,Bojeng,Muda,Waris,Cawangan,Karim,Kustadinata,Beliau,Persembahan,kerana,yang,telah,dengan,pada,setiap,juga,perguruan,kali,terlibat,didalam,tersebut
Blogger Labels: Konvensyen,Guru,Silat,Sarawak,Alhamdulillah,Allah,Nabi,Muhammad,Semoga,Tahniah,Pencak,Melayu,Asli,PSMA,Majlis,Utama,Hazemi,Bojeng,Muda,Waris,Cawangan,Karim,Kustadinata,Beliau,Persembahan,kerana,yang,telah,dengan,pada,setiap,juga,perguruan,kali,terlibat,didalam,tersebut

Friday, October 8, 2010

Tahniah kepada Guru Muda (Waris)

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera, semalam Guru Muda (Waris) Kustadinata bin Mazlan telah dilantik secara sahnya oleh Guru Utama Iaitu Cikgu Emy sebagai Guru Muda berkuatkuasa 01 januari 2010. Perkara ini juga telah Cikgu Emy sampaikan kepada setiap cawangan PSMA Spring12, dengan perlantikan ini setiap cawangan PSMA Spring12 secara sahnya mengakui perlantikan tersebut. Surat perlantikan dan Sijil telah dikeluarkan oleh PSMA Spring12 Pusat dan diperakui oleh Cikgu Emy.

Pihak PSMA Sring12 akan menganjurkan perjumpaan untuk semua ahli setelah selesainya Konvensyen Guru-Guru Silat Sarawak pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Pihak PSMA Spring12 mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Guru Muda (Waris) Kustadinata bin Mazlan di atas perlantikan tersebut. Semoga Revolusi PSMA Spring12 menuju kearah kecermerlangan pada masa hadapan akan lebih cemerlang.

 

Wednesday, October 6, 2010

Silat Practitioners Third Line Of Nation’s Defence – Najib

n_2najib

KUALA LUMPUR, Oct 2 (Bernama) — Practitioners and members of the silat martial arts can be regarded as the third line of defence prepared to safeguard the nation’s sovereignty from enemies, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said Saturday.

He said the military and the police were the first line of defence while the Territorial Army was the second.

“Looking at you young people before me today, I feel that I am facing a force of Malay youngsters who are prepared to stand up to any challenge against the nation’s sovereignty.

“I consider silat as one of the important forces in the national defence structure,” he said at the Aidilfitri celebration of the Silat Seni Gayong Malaysia martial arts association at the Ampang Jaya Municipal Council field near here.

The prime minister called on silat practitioners and the youngsters involved in the movement to excel in the art.

Najib said he wanted them to utilise the silat knowledge and practice as a catalyst for the rise of the race in the 21st Century, adding that the success of a civilisation in this century was founded on mental strength and values.

The prime minister also said that the sharpest weapon was not the kris (dagger) but political power, and added that only political power provided a future.

“Let’s consolidate ourselves because only inherent strength will determine the continuity of our nation,” he said.

Najib said the solution to social problems undermining the strength of the Malays was the participation of Malay youngsters in silat.

“We are proud of this heritage (of silat). The Malay world and civilisation are rich in the values inherited over the centuries,” he said.

At the event, attended by thousands of silat practitioners from throughout the country, Najib was bestowed the “Sandang Mahkota Seri Bintang Pelangi Imam Khalifah Agong” award of the Silat Seni Gayong Malaysia association of martial arts.

The patron of the association, Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, was among those present at the event.

Najib said he was touched by the presentation of the award, and described it as a great honour.

The award is only bestowed on Malay rulers and national and state leaders to symbolise the loyalty of the silat members and students to the leadership and sovereignty of Malaysia.

Source : Bernama

Alhamdulillah semoga silat terus kekal sebagai tulang belakang Melayu, dan tunggak Tanahair.

    Amanat dari Guru Utama Cikgu Emy

    Logo PSMA PUSAT 1

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ahli PSMA spring12, pada hari ini saya ingin menyampaikan amanat dari Cikgu Emy yang telah dipanjangkan kepada saya untuk makluman ahli semua.

    Mulai dari PSMA spring12 ditubuhkan semenjak zaman kegemilangan PSMA Spring12 di Kampung No6 oleh Arwah Bojeng Bin Sham ketaatan pada perintah guru adalah amat diutamakan sehingga melanggar perintah atau melawan kata-kata guru dengan tindakan dan kata-kata adalah dikira menderhaka. Ini adalah selari dengan Agama Islam dimana selagi Guru itu mengarahkan sesuatu sehingga apapun selagi tidak melanggar hukum syarak maka ianya menjadi tanggujawab ahli PSMA Spring12 untuk taat pada ikatan ini dan berusaha melakukan yang terbaik sebagai ahli PSMA Spring12.

    Perkara ini ditekankan sekali lagi oleh Cikgu Emy dimana beliau mahu segala ahli PSMA Spring12, Guru Muda Waris keluarga atau Guru Muda yang lain mesti patuh pada perintah dan arahan yang disampaikan oleh Guru Utama dan Waris Utama Keluarga PSMA Spring12.

    Diharap apa yang disampaikan ini dapat menjadi suatu wadah untuk kita ahli PSMA Spring12 dan berazam untuk meningkatkan mutu dan disiplin setiap diri kita sebagai ahli PSMA Spring12.

    Friday, September 24, 2010

    Majlis Konvensyen Guru-Guru Silat Negeri Sarawak kali ke 4

    Tarikh: 9 Okt 2010

    Jam: 7.15 mlm

    Indoor_Stadium

    Tempat: Stadium Perpaduan Petra Jaya Kuching    Sarawak

    Masuk adalah percuma

    Guru Muda-Guru Muda dan Ahli-ahli PSMA Spring12 dari Cawangan-Cawangan adalah digalakkan hadir.

    Persembahan oleh Guru Emy mewakili PSMA Spring12

    Persembahan Khas oleh Perguruan Silat dari Jawa Timur dan Kalimantan Indonesia.

    Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

    Windows Live Tags: Majlis,Konvensyen,Guru,Silat,Negeri,Sarawak,Tarikh,Tempat,Stadium,Perpaduan,Petra,Jaya,Masuk,Muda,Ahli,PSMA,Cawangan,Persembahan,Khas,Perguruan,Jawa,Timur,Kalimantan,Indonesia,adalah,dari,oleh

    WordPress Tags: Majlis,Konvensyen,Guru,Silat,Negeri,Sarawak,Tarikh,Tempat,Stadium,Perpaduan,Petra,Jaya,Masuk,Muda,Ahli,PSMA,Cawangan,Persembahan,Khas,Perguruan,Jawa,Timur,Kalimantan,Indonesia,adalah,dari,oleh

    Blogger Labels: Majlis,Konvensyen,Guru,Silat,Negeri,Sarawak,Tarikh,Tempat,Stadium,Perpaduan,Petra,Jaya,Masuk,Muda,Ahli,PSMA,Cawangan,Persembahan,Khas,Perguruan,Jawa,Timur,Kalimantan,Indonesia,adalah,dari,oleh

    Untuk bacaan Ahli PSMA Spring12

    psma logo

    Assalamualaikum,

    Mungkin ada yang membaca dan mengikuti secara langsung perkembangan PENCAK SILAT MELAYU ASLI (PSMA) Spring12 oleh itu terdapat beberapa maklum balas yang diterima oleh pihak PSMA Spring12 pusat. Oleh itu saya hendak menerangkan beberapa perkara yang telah dinyatakan di Blog ini kembali bagi menerangkan situasi sebenar.

    1. Selaras dengan perkembangan semasa dan ingin membawa PSMA Spring12 ke pesada yang lebih jauh maka PSMA Spring12 PUSAT telah ditubuhkan bagi mengalas tanggungjawab menyebarkan dan menyediakan satu strategi bagi menguruskan PSMA Spring12 supaya berdaya maju.

    2. Modul Latihan PSMA Spring12 telah diwujudkan dan di persetujui oleh Guru Utama iaitu Cikgu Emy. Ianya dimantapkan dengan garis-garis panduan sebagai rujukan setiap Gelanggang Latihan PSMA Spring12 semasa menjalankan latihan secara profesional. Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan latihan dan persembahan.

    3. Sebagai salah satu dari 12 perguruan asal (silat bawah RSS)dari Sarawak maka atas persetujuan semua pihak PSMA Spring12 telah mengeluarkan Sijil untuk perakuan setiap ahli dan sah digunakan sebagai rujukan memohon kerja sebagai contohnya. Setiap Sijil adalah dengan Nombor bilangan Sijil yang dikawal oleh pihak PSMA Spring12 PUSAT. Oleh itu pihak cawangan-cawangan hendaklah menghantar borang ahli dan yuran keahlian PSMA Spring12 dan disahkan oleh Guru atau tenaga pengajar masing-masing kepada pihak PUSAT terlebih dahulu sebelum ditapis dan kemudian dikeluarkan sijil. Ini perlu dilakukan sebab PSMA Spring12 dalam proses untuk mendaftar dibawah ROS.

    4. Misi Utama PSMA Spring12 adalah untuk menghantar wakil persilat yang terlatih untuk acara-acara pertandingan dan persembahan. Sasaran kita adalah untuk mencapai tempat di dalam silat olahraga dan latihan akan dipantau sendiri oleh Cikgu Emy kerana beliau selain bergelar Guru beliau juga berpengalaman dalam Silat Olahraga dimana beliau pernah mewakili PSMA Spring12  didalam silat Olahraga di Semenanjung Malaysia pada awal tahun 80an. Diharap kita akan dapat menaikkan taraf peserta seterusnya dapat mengalahkan mana-mana persatuan yang berasaskan buah pukulan dari PSMA iaitu tunjuk ajar dari Arwah Guru Bojeng bin Sham. Tujuannya ialah untuk mengingatkan bahawa cuma PSMA Spring12 sahaja yang layak mengunakan buah pukulan tersebut secara sah dan bukan dicuri dan diubah mengikut citarasa sendiri sesuka hati. Perkara ini amat ditekankan oleh anak-anak Arwah Guru Bojeng Bin Sham.

    5. Setiap cawangan-cawangan PSMA Spring12 adalah tertakluk kepada arahan ini, oleh itu Guru Muda-Guru Muda yang sedia ada masih boleh meneruskan segala latihan seperti biasa. Untuk tujuan pengurusan atau pentadbiran segala perkara berkaitan hendaklah dimajukan kepada pihak PSMA PUSAT untuk keputusan dan penyelesaian.

    6. Setiap ahli PSMA Spring12 yang masih aktif atau hendak aktif semula bolehlah menghubungi PSMA PUSAT untuk tujuan pengesahan dan pengeluaran sijil keahlian. Pihak PSMA PUSAT bercadang untuk menyenaraikan setiap ahli yang ada sebagai rujukan dan rekod pada masa hadapan.

    7. Akhir kata dari saya selaku cucu sulong Arwah Bojeng Bin Sham , ingin menyatakan segala masalah atau perkara boleh diselesaikan secara Musyawarah dan persetujuan bersama bagi kelangsungan dan meneruskan seni silat ini hingga ke peringkat tertinggi.

    Technorati Tags: ,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

    Windows Live Tags: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif

    WordPress Tags: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif

    Blogger Labels: Untuk,Ahli,PSMA,Assalamualaikum,Mungkin,PENCAK,SILAT,MELAYU,ASLI,Oleh,Blog,Selaras,PUSAT,Modul,Latihan,Guru,Utama,Cikgu,Ianya,Gelanggang,Sebagai,Sarawak,Sijil,Setiap,Nombor,Misi,Sasaran,Olahraga,Semenanjung,Malaysia,Diharap,Arwah,Bojeng,Sham,Muda,Pihak,Akhir,Musyawarah,yang,secara,perkembangan,beberapa,saya,hendak,menerangkan,perkara,telah,bagi,dengan,semasa,ingin,maka,satu,iaitu,garis,rujukan,adalah,persembahan,dari,persetujuan,cawangan,hendaklah,menghantar,keahlian,atau,kepada,dalam,acara,kita,akan,beliau,pada,dapat,mana,masih,boleh,meneruskan,segala,tujuan,aktif

    Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

     Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...