Assalamualaikum, salam sejatera buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12 saya ucapkan. Tujuan artikel ini ditulis adalah menerangkan kepada semua pihak mengenai PSMA Spring12. Kata-kata ini dipetik dari anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham iaitu Mazlan Bin Bojeng mengenai pihak yang menyatakan PSMA Spring12 telah menukar nama.
Merujuk kepada pendaftran di Rumpun Silat Sarawak PSMA Spring12 adalah didaftarkan dengan nama Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 dan tidak pernah menukarkan nama kepada nama lain sehingga kini dan akan datang insyaallah demi menjaga nama dan tradisi PSMA Spring12. Sebab perkara ini diutarakan adalah kerana ada pihak yang mengatakan PSMA Spring12 telah menukar nama, namun ditegaskan disini pihak PSMA Spring12 tidak pernah menukar namanya dan kekal dengan nama PSMA spring12.
Untuk pihak yang tidak bertanggungjawab dan demi kepentingan peribadi telah meyatakan PSMA Spring12 menukar nama. Namun perkara yang paling sedih adalah berita ini didengari di tempat kelahiran saya sendiri iaitu di Kpg No 6 sendiri. Saya tegaskan disini saya anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham, Mazlan Bin Bojeng dan merupakan waris keluarga PSMA Spring12 tidak pernah mengizinkan pengunaan buah, bunga dan segalanya berkaitan dengan PSMA Spring12 melainkan kegunaan PSMA Spring12 sahaja. Jika ada pihak yang mengunakan nama atau buah pukulan dan bunga tanpa izin saya ingatkan disini semasa belajar kita telah mandi Air Yasin semasa penerimaan Guru dan Murid maka saya harap pihak berkenaan fikirlah panjang lebar apa yang telah pihak tersebut lakukan demi kepentingan jawatan dan peribadi. Saya mewakili diri saya dan Guru Utama tidak mengizinkan perkara yang tidak bermaruah sebegini berlaku. Saya mohon pihak berkenaan tidak sesekali mengunakan buah pukulan, bunga dan tradisi PSMA Spring12 sebagai pengajaran untuk perguruan lain.