Wednesday, October 6, 2010

Amanat dari Guru Utama Cikgu Emy

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ahli PSMA spring12, pada hari ini saya ingin menyampaikan amanat dari Cikgu Emy yang telah dipanjangkan kepada saya untuk makluman ahli semua.

Mulai dari PSMA spring12 ditubuhkan semenjak zaman kegemilangan PSMA Spring12 di Kampung No6 oleh Arwah Bojeng Bin Sham ketaatan pada perintah guru adalah amat diutamakan sehingga melanggar perintah atau melawan kata-kata guru dengan tindakan dan kata-kata adalah dikira menderhaka. Ini adalah selari dengan Agama Islam dimana selagi Guru itu mengarahkan sesuatu sehingga apapun selagi tidak melanggar hukum syarak maka ianya menjadi tanggujawab ahli PSMA Spring12 untuk taat pada ikatan ini dan berusaha melakukan yang terbaik sebagai ahli PSMA Spring12.

Perkara ini ditekankan sekali lagi oleh Cikgu Emy dimana beliau mahu segala ahli PSMA Spring12, Guru Muda Waris keluarga atau Guru Muda yang lain mesti patuh pada perintah dan arahan yang disampaikan oleh Guru Utama dan Waris Utama Keluarga PSMA Spring12.

Diharap apa yang disampaikan ini dapat menjadi suatu wadah untuk kita ahli PSMA Spring12 dan berazam untuk meningkatkan mutu dan disiplin setiap diri kita sebagai ahli PSMA Spring12.

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...