Wednesday, December 30, 2009

Sejarah Kampung No6

Sejarah (dpetik dari Profil Dun N8 Satok).

Baca Lanjut Profil Dun N8 Satok

Terdapat dua versi sejarah Kampung Patingan.
i. Pada zaman dahulu, ada seorang tua yang menghuni kawasan tanjung kampung ini
(yang terletak di Sungai Sarawak). Nama orang tua tersebut ialah Pak Tingan. Kerana itulah tanjung itu dinamakan sebagai Tanjung Patingan dan kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.

ii. Ketika pemberontakan pelombong Cina terhadap pemerintahan James Brooke meletus pada 14 Februari 1885, sekumpulan orang Melayu telah bertindak balas. Mereka menyerang pasukan penyerang pelombong Cina yang berperahu di tanjung ini hingga menyebabkan kepala musuh berpelantingan ke dalam sungai. Ini menyebabkan tanjung sungai ini dinamakan Tanjung Patingan dan nama kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.

Pada pemerintahan Brooke, ketua masyarakat Melayu di kawasan ini diketuai oleh Datu Petinggi Ali. Jalan utamanya dikenali sebagai Datus Road. Untuk memudahkan pentadbiran Brooke dan British kemudiannya, nama-nama kampung di kawasan ini telah ditukar dan Kampung Patingan dikenali sebagai Kampung No. 6 (Enam).

Sejarah membuktikan bahawa kampung ini telah melahirkan begitu banyak pemimpin. Antaranya termasuklah Almarhum Tan Sri Ikhwan Zaini (bekas menteri kabinet negeri serta pemangku Gabenor), Tan Sri Datuk Amar Dr Sulaiman Haji Daud (bekas menteri pusat), Almarhum Datuk Abdul Kadir Hassan (mantan mufti), Dato Sri Mortadza Haji Daud (mantan mufti) dan Almarhum Dato Sri Abang Haji Gobil (Temenggung Melayu).

Nama lain yang menetap di kampung ini ialah Dato Sri Safri Awang Zaidell (mantan Timbalan SUK Negeri), Tuan Haji Abdillah Abdul Rahim (mantan Ahli Dewan Negara) dan Haji Amin Hassan (mantan Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan). Ia juga menjadi kampung kelahiran beberapa penyanyi terkenal seperti Jamayah Lambet, Drahman Lambet dan Hashimah Hashim.

Suatu ketika dahulu, kampung ini terkenal kerana kehebatan pasukan bolasepaknya yang dikenali sebagai Slpas FC manakala dalam jagat persilatan, nama Almarhum Guru Bojeng bin Sham, gah kerana silat Spring 12.


Dari Laman ini jelas Nama Almarhum Pak Bojeng adalah di antara Guru persilatan yang di hormati di Kuching Sarawak. Ianya juga menjadi salah satu ikon kepada kampung Patingan itu sendiri.

Technorati Tags:

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...