Monday, March 15, 2010

Lawatan kekeluargaan dengan Guru Pak Gudip (Kampung Bogak, Jagoi Bau.)

DSC00192

(Barisan tengah- Pak Awi(anak Arwah Nek Bojeng), pakcik liew dan pak gudip.

Di atas kesempatan balik ke Kuching kami berpeluang melawat rakan sepeguruan Arwah Nek Bojeng di Kampung Bogak, Jagoi di daerah Bau. Perjalanan dari Kuching ke Kampung tersebut mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Alhamdulillah, Pak Gudip masih sihat walaupun telah berumur dalam lingkungan 80 tahun. Beliau semasa muda adalah rakan karib Arwah Nek Bojeng dan bersama-sama menuntut Ilmu persilatan dengan Arwah Nek Jeraei di kawasan kebun di Tanah Kiren (kawasan Melayu) di Jagoi.

Walaupun sudah agak berumur, saya mendapati beliau masih cergas dan mampu menunjukkan buah pukulan kepada pihak kami sebagai tunjuk ajar. Walaupun katanya buah yang diperolehinya cuma 11 manakala arwah Nek bojeng ada 12, nasihatnya janganlah kita cemburu dengan rakan karib kita. kita perlu taat kepada pilihan Guru kerana itulah pilihan dari kacamata hati dan firasat Guru tersebut. Sesunguhnya apabila sudah berusia ini baru beliau menyedari sememangnya pilihan Guru dahulu adalah tepat kerana orang dahulu bijak dan amat pandai menilai anak murid.

Di Kampung Bogak silat ini masih di ajar dan di sebarkan dengan baik sekali. Harapam saya sekeluarga agar Ilmu Persilatan ini akan terus diamalkan dan dapat menjadi riadah pada generasi muda semoga dapat menghindarkan golongan muda dari terbabit dalam aktiviti kurang sihat. Sesuatu yang menarik apabila mendengar bunyi peralatan Asli gendang Perang yang agak sukar didapati di Malaysia ketika ini.

Technorati Tags:

Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...