Thursday, March 18, 2010

Aktiviti Luar di Pantai Puteri, Santubong bersama Cikgu Emy

Pada pagi Khamis jam 0800pagi sehingga jam 1245 tengahari, pihak PSMA Sprng12 telah menganjurkan aktiviti Luar di Pantai Puteri, Santubong Sarawak.

DSCN1240

Pada program tersebut Cikgu Emy turut menunjukkan tunjuk ajar disamping turut mempersembakan bunga seni kepada semua penuntut.

DSCN1246

Cikgu Emy turut menyatakan selari dengan tekad menyebarkan Pncak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 keserata dunia, setiap pengajaran dan latihan adalah bedasarkan Modul latihan PSMA Spring12 yang telah disahkan oleh beliau dan pihak waris keluarga.

Sebagai contohnya, Jurulatih perlu mempebaharui Lesen Kelayakkan mengajar setiap setahun sekali, jika gagal berbuat demikian jurulatih tersebut dikira telah kehilangan kelayakkan untuk mengajar PSMA Spring12. Ini adalah bagi memastikan tahap Profesionalisma, dan tahap latihan sentiasa di peingkat yang tinggi.

Beliau menyatakan jika ada anak muda yang hendak belajar bolehlah terus berhubung dengan pihak PSMA Spring12 pusat di Lot 5, Lrg Field Force, Jln Astana, Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Beliau menyatakan sebarang maklumat atau info hanya boleh di keluarkan oleh pihak PSMA Spring12 pusat sahaja.

DSCN1261

Mengikut Modul latihan tekini setiap anak murid atau penuntut akan dibei Sijil Latihan mengikut tahap yang telah dicapai oleh seseorang penuntut tersebut.

Semoga pembaharuan yang dibawa ini akan lebih meninggkatkan tahap profesionalisma persilat-pesilat  PSMA Spring12.

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...