Friday, February 26, 2010

PENJELASAN MENGENAI PENCAK SILAT MELAYU ASLI (PSMA) Spring12 di SARAWAK

 

Assalamualaikum saudara-saudara pembaca Blog PSMA Spring12 dan ahli-ahli sekalian. Hari ini saya mengambil kesempatan untuk membuat penjelasan mengenai nama Seni Persilatan yang mengunakan perkataan “Spring”, “Spring 12” mahupun dengan nombor “12”.

Ini adalah kerana terlalu banyak pihak telah mengunakan perkataan ini yang mungkin menyamai PSMA  Spring12, tetapi setelah dikaji didapati jurus-jurus persembahan yang ditunjukkan adalah berbeza sama sekali. Di Internet saya telah mendapati Kumpulan dari Sabah telah mengunakan perkataan SILAT SPRING. Namun saya dapati tiada pergerakannya mahupun jurus persembahan yang sama, semuanya adalah berbeza. Oleh yang demikian disini kami warga PSMASpring12 menolak sebarang persamaan dengan kumpulan tersebut.

Di Kuching Sarawak juga ada kumpulan yang bergelar “12”, “hulubalang12”, “pukulan12” dan “tempur12”. Sekali lagi setelah diperhalusi saya menyatakan disini Warga PSMA menolak sebarang persamaan dan kaitan dengan kumpulan tersebut. Kami warga PSMA masih bergelar Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 yang berdaftar di bawah Rumpun Silat Sarawak (RSS). Perkara ini telah dibawa ke pengetahuan Guru Utama iaitu Hazemi Bin Bojeng (Pak Imei). Sebarang latihan mahupun gelanggang adalah dibawah kebenaran dari Guru Utama dan pihak RSS.

Merujuk kepada persamaan saya hanya boleh katakan yang PSMA Spring12, Sendeng Spring dan Pukulan 7 adalah hampir sama walaupun memang berbeza jika diamati. Jika bergitu apa yang sama? yang sama adalah Ketiga-tiga silat ini adalah dari asal Guru yang sama iaitu dari Hj jeraei dan ketiga-tiga silat ini diperturunkan pada anak saudaranya yang membuka 3 cabang silat ini.

Setelah Laman PSMA Spring12 ini diwujudkan, didapati ada pihak yang berniat tidak baik dengan menduga atau mencabar Guru atau Jurulatih yang dipaparkan di Laman ini. Kami mendapati perkara ini adalah kurang sihat dan lari dari tujuan asal penubuhan laman ni sendiri. Disini saya nyatakan Laman Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 adalah bertujuan untuk menyebarkan Ilmu Mempertahankan diri dan bukan bertujuan untuk menjadi jagoh tempatan. Harapan saya kepada pihak yang betul-betul hendak belajar bolehlah meneruskan niatnya manakala bagi yang berniat tidak baik, sebaiknya batalkanlah niat anda. Sesungguhnya Allah S.w.t adalah lebih berkuasa dari kita semua. Wallah hu allam.

Sebarang pembukaan Gelanggang silat dengan nama PSMA Spring12  perlulah mendapat kebenaran dari Pak Imei dan pihak RSS. Ini bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini. Sesungguhnya niat untuk melebarkan sayap ke serata pelusok Malaysia masih diteruskan cuma diharap berpadanan dengan gayanya dari segi prosedur dan ketetapan yang sedia ada.

Sekian terima kasih.

PSMA Spring12

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...