Friday, February 12, 2010

Perbezaan Spring12 dan Pukulan12

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung PSMA Spring12. Disini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga Malaysia yang meraikannya.

Oleh kerana ramai bertanya tentang perbezaan Spring12 dan Pukulan 12. Maka saya rasa eloklah saya menerangkan perbezaannya agar kita dapat lebih memahami dan mendapat ilmu untuk kebaikan kita bersama.

Terlebih dahulu disini saya ingin memaklumkan bahawa Spring12 dan Pukulan 12 adalah berbeza kerana dipelopori oleh dua Guru yang berbeza.

Pukulan 12 diterajui oleh seorang Guru yang bernama Cikgu Jeny manakala PSMA Spring12 atau Pencak Silat Melayu Asli Spring12 dipelopori oleh Arwah Tok Jeraei dan di wariskan kepada Arwah Guru Pak Bojeng Bin Sham yang berasal di Kpg No.6, Jln tanjung Selatan, Kuching Sarawak.

Saya di fahamkan pukulan dan bunga ke dua-dua perguruan ini adalah berbeza sama sekali, ditambah dengan falsafah dan perjuangan yang saya rasa juga berbeza.

Jika hendak mencari persamaan dari segi asal perguruan PSMA spring 12 ialah ianya ada mempunyai 3 cabang asal yang dibawa oleh Arwah Hj Jeraei iaitu pertama PSMA Spring12, kedua Sendeng Spring dan ketiga Pukulan 7. Tetapi cara pengajaran dan buah pukulan juga adalah berbeza tetapi ada persamaan dari beberapa segi.

Saya amat berharap agar penerangan ini dapat menjelaskan segala kemusykilan yang timbul pada setiap pengunjung laman PSMA. Kami Waris dan Ahli PSMA menegaskan dengan ini bahawa PSMA Spring12 dan Pukulan 12 adalah berbeza dan tidak tergolong dalam satu perguruan.

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...