Friday, December 25, 2009

PROSES MENUNTUT ILMU PERSILATAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengunjung laman PSMA. Hari ini saya hendak berkongsi pengalaman tentang tradisi menuntut ilmu persilatan PSMA kepada semua pembaca sekalian.

 

Adakah anda biasa mendengar malam penerimaan murid? Pada malam ini murid atau penuntut ilmu persilatan akan diberi Mandi dengan bunga bagi membersihkan murid dan memudahkan murid menerima ajaran dari Guru. Saya sendiri pernah melalui upacara penerimaan ini. Disyaratkan murid hendaklah hanya berkain pelikat dan mandi dengan campuran 7 jenis bunga manakala bagi murid perempuan hendaklah berbaju dan memakai kain batik.

 

Setelah habis upacara mandi menerima murid atau penuntut maka kain pelikat atau batik tadi akan deberikan kepada Guru sebagai tanda terima kasih murid.   Setelah upacara ini barulah anak murid akan diajar Ilmu persilatan secara Praktikal, Lisan dan rohani. PSMA adalah antara Persatuan Silat yang mengunakan cara ini dari mula ditubuhkan sehinggalah sekarang.

 

Pelajaran akan diteruskan sehingga anak murid tadi dapat menguasai teknik-teknik dan jurus yang diajar. Apa yang dimaksudkan disini ialah kecepatan pemikiran murid itu tadi dalam mengasimilasikan atau menterjemahkan jurus yang diajar mengikut suasana dan masa tertentu terutama di dalam sesuatu pertarungan. Kekadang walaupun mahir dalam teknik tapi pemikiran yang lembab dan semangat yang lemah akan menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan dan gagal menangkis serangan lawan. Oleh yang demikian tindakan bukan sahaja dalam posisi menyerang yang memerlukan akal tetapi menangkis serangan pun memerlukan akal yang tajam. Selain akal tubuh yang sihat juga amatlah menyumbang kepada ketangkasan setiap murid atau persilat.

 

Selepas guru menilai dan telah memastikan anak murid menguasai teknik dan membuat keputusan barulah anak murid tersebut di kira berjaya. Untuk meraikan murid-murid yang berjaya menamatkan ilmu persilatan Suatu Majlis akan dianjurkan iaitu Majlis malam penamat (diraikan dalam satu Majlis). Pada malam ini juga Gendang Perang akan di mainkan bagi memberi semangat kepada anak-anak murid dan Ahli yang hadir.

 

Pada Malam inilah murid-murid ini akan mempersembahkan segala apa yang diajar iaitu dari jurus, ilmu pertarungan perseorangan, berdua, dan berkumpulan. Di malam ini juga anak murid akan menunjukkan bakat mengunakan keris, lembing, batang buluh(Tembong) dan sebagainya.

 

Tetapi yang paling utama macammana kita tahu anak murid kita tersebut kuat dibahagian mana? ampuhnya dimana? adakah ini rahsia?

 

Sebenarnya sebelum malam penamat, anak murid hendaklah menyediakan seekor ayam Jantan kepada guru, iaitu ayam yang terkuat atau tergagah pada pandangan murid tadi. Ayam yang dipilih oleh murid-murid tadi akan dipersembahkan kepada guru. Guru akan memilih ayam-ayam mana yang dirasakan sesuai, akan di sembelih dan dipotong kepada beberapa bahagian. Setelah itu ayam tersebut akan di balut dengan daun pisang dan diberi makan kepada anak murid setelah habis persembahan pada malam pernamat bersama-sama nasi.

 

Ayam yang didimakan oleh anak murid inilah yang menentukan kekuatannya,  setiap potongan ayam tadi adalah secara rawak dan mengikut nasib anak murid tersebut. Sebagai contohnya jika mendapat dari bahagian kepala (termasuk leher) Boleh jadi ketua yang baik, kaki dan sayap ialah tangkas dan sebagainya. Ini adalah adat lama yang masih diperaktikan sehingga kini. Manakala anak murid hendaklah menyimpan teguh didalam hati setelah tahu bahagian mana yang dia perolehi. Insyaallah itulah kekuatannya. Cuma yang penting janganlah menyombong diri sesungguhnya sombong dan takbur adalah teman syaitan. Suka diingatkan juga supaya anak murid dapat menjaga solat sebaik-baiknya. Inilah ilmu yang di ajar oleh Arwah datuk saya sejak dari dahulu sehingga kini.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Dulu saya juga pernah mempelajari PSMA Spring 12 dan juga beberapa aliran Silat Spring yang lain. Adalah sesuatu yang baik untuk kita mengingatkan kepada anak murid untuk menjaga solat dengan sebaik-baiknya, terutama dari seorang guru atau jurulatih yang beragama Islam kepada muridnya yang juga beragama Islam.

Di sini saya ingin menyatakan pendapat@kemusykilan, apakah rasional atau perlunya amalan yang dinyatakan dari sudut hukum dan pandangan Islam? Tidakkah amalan seperti menyimpan baki isi ayam di dalam tali pinggang murid yang kemudiannya ditanam mengikut kesesuaian hati murid lebih menjurus kepada amalan berbentuk tahyul dan dikhuatiri boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT.

Sekiranya dilihat dari pandangan Islam pun, amalan seperti ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang sia-sia. Cukuplah pengharapan dan doa kepada Allah SWT tanpa perantara atau amalan yang aneh. Sesungguhnya Islam itu suatu agama yang mudah, suci dan sempurna. Janganlah sesuatu adat itu kita letakkan lebih tinggi berbanding syariat Islam.

Semoga kita bersama-sama mendapat petunjuk dari Allah dan dilindungi-Nya.

cilired said...

Terima kasih saudara kerana memberi maklumbalas kepada artikel ini di PSMA Spring12.

Untuk makluman saudara, setelah hampir 60 tahun ilmu persilatan ini diwarisi, sememangnya ada perubahan yang telah dilakukan demi Islam, Melayu, Sarawak dan Malaysia amnya. Ada amalan yang telah ditinggalkan seperti juga di dalam Amalan ini dimana ianya telah tidak di amalkan lagi. Saya cuma ingin mengimbau sejarah penubuhan dan amalan PSMA suatu ketika dahulu. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

membaca seluruh blog, cukup bagus

cilired said...

terima kasih saudara Anonymous di sokongan moral yang anda berikan. Selamat datang ke PSMA Spring12.