Sunday, December 13, 2009

Latar belakang PSMA (Up-Date)

Asal-usul Spring 12(PSMA)

Mainan Spring 12 berasal dari sebuah kampung iaitu Kampung Desa Dagang Lubuk Kecamatan di daerah Sambas Kalimantan Barat Indonesia.Guru asal Spring 12 ini ialah seorang perempuan. Walaubagaimanapun,namanya tidaklah sempat diberitahu oleh arwah nenek saya, Guru Bojeng Bin Sham. Saya sebagai cucu beliau ingin berkongsi cerita tentang spring 12 ini dengan lebih lanjut lagi,Insyaallah sekiranya saya berkesempatan. Seperti yang diceritakan oleh nenek saya(Guru Bojeng Bin Sham) kepada saya memandangkan saya cucu yang paling sulung sekali.

Untuk dimulakan cerita, cerita berkaitan dengan penubuhan awal Pencak Silat Melayu Asli(spring 12) atau lebih dikenali sebagai PSMA ini sebenarnya adalah berdasarkan cerita yang telah diceritakan oleh datuk saya iaitu Datuk Jeraie,bapa saudara kepada Guru Bojeng Bin Sham. Datuk Jeraie telah bergurukan dan mempelajari seni mempertahankan diri iaitu seni silat melalui seorang guru perempuan.Datuk Jeraie telah mempejari seni silat ini sewaktu beliau masih keanak-anakkan lagi sehinggalah beliau dewasa. Sewaktu tamat perguruan, guru perempuan tersebut telah mengadakan pertandingan di antara anak muridnya dengan beliau sendiri untuk bertarung. Sewaktu itu, guru perempuan tersebut telah menguji kesemua anak muridnya dalam versi tarian ronggeng yang pada masa itu agak terkenal di Kalimantan, Indonesia.

Ketika itu,kesemua anak muridnya,telah bertungkus-lumus untuk mengalahkan guru mereka iaitu dengan menerkam buah dada guru perempuan tersebut. Apabila bermulanya tarian ronggeng,guru perempuan mereka telah mencabar anak muridnya di depan khalayak ramai.Dan dia(guru perempuan) menegaskan ,barang siapa anak muridnya yang berjaya menerkam buah dada beliau(guru perempuan) maka beliaulah yang akan menggantikan guru perempuan tersebut. Kesemua anak murid beliau menunjukkan kebolehan masing-masing.Dan kerana ketangkasan dan kecekapan Datuk Jeraie,akhirnya beliau telah dipilih menjadi pengganti guru perempuan tersebut.

Selepas beberapa ketika,sesudahnya tamat pengajian beliau(Datuk Jeraie) dalam mendalami ilmu seni silat tersebut,sekembalinya beliau ke negeri asal iaitu Kuching,Sarawak beliau terus mengajar ilmu seni silat ini kepada anak saudaranya,termasuklah Guru Bojeng Bin Sham. Beliau yang pada masa itu menetap di Kampung Jagoi telah mewariskan sepenuhnya seni silat ini kepada Guru Bojeng Bin Sham memandangkan beliau amat taat dan tekun mempelajari seni silat ini. Datuk Jeraie telah memberi 12 pukulan induk iaitu spring 12 kepada Guru Bojeng Bin Sham pada masa itu. Manakala Spring Sendeng kepada sepupu Pak Bojeng Guru Hamden dan Pukulan 7 kepada seorang lagi saudaranya yang lain yang pukulannya hampir sama tetapi berbeza sedikit jika diamati. Maka disitulah tercipta Pencak Silat Melayu Asli(PSMA) Spring 12 yang dibawa oleh Guru Bojeng Bin Sham.Oleh yang demikian bolehlah dirakumkan bahawa PSMA Spring12, Sendeng Spring dan Pukulan 7 adalah dari asal yang sama iaitu dari Hj Jeraie Kampung Tupong.

Dengan ini, saya sebagai cucu beliau, ingin memberitahu dan memperbetulkan kesemua cerita yang ditokok tambah oleh segelintir orang yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini amatlah dikesali dan berharap dapat memperkembangkan lagi seni silat ini kepada kesemua yang berminat. Wassalam….

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...