Thursday, June 4, 2009

Latar Belakang Keluarga

Pak Bojeng Bin Sham atau Bojeng Bin Sham dilahirkan di Kampung Melayu jagoi (sekitar sempadan sarawak - indonesia), sebab waktu tersebut indonesia dan sarawak masih dianggap satu tanah(borneo). Manakala orang tua arwah adalah petani dan pekebun kecil. Pak bojeng adalah anak yang pertama dari 5 adik beradik beliau.

Tidak diketahui banyak mengenai latar belakang adik beradik arwah, cuma adik bongsunya dikenali sebagai arwah Su Jimot bermastautin di Kampung Tupong dan anak-anak adik arwah juga menetap di sekitar kampung tupung, kampng tanjung, sungei bedil dan arwah Pak Bojeng sendiri menetap di Kampung No 6 Patinggan Kuching Sarawak.


Diceritakan juga adalah Ibu Pak Bojeng bernama Subem, dan semasa berkahwin dengan bapanya iaitu Sham mereka telah menetap di kawasan Jagoi, di daerah Bau sarawak. Untuk pengetahuan umum, kawasan Bau, Sinyawan adalah kawasan bekas pentadbiran Datuk Bandar kecil dibawah naungan Al marhum Sultan Tgah (nanti saya akan coretkan tentang perkara ini). kawasan-kawasan ini adalah penempatan awal penduduk melayu sarawak. Kawasan kampung seberang sungai dekat Tebingan Kuching(kpg Tupung, Sinjan, Astana dan sebagainya adalah dibuka setelah ketibaan Sultan Tgah di Mentawak (Bintawak)pada suatu masa dahulu.

Setelah merdeka Pak Bojeng kerap merantau termasuk ke kawasan atau daerah Kuching, maka disinilah bermulanya kisah cinta Pak Bojeng dengan Arwah isterinya iaitu Nek Siti atau Siti. Siti ni pulak adalah anak kepada adik Pemancar Daerah Kuching pada waktu itu. oleh karana diyatakan yang kedua orang tua Siti telah meninggal dunia sebab kemalangan (Lemas di Sungai Sarawak) maka Siti dijaga oleh keluarga Datuk Pemancar.

Kerana diketahui umum kekayaan keluarga tersebut maka perkenalan arwah Pak Bojeng dan arwah nek Siti mendapat halangan pada awalnya. seperti yang diceritakan oleh arwah Pak Bojeng pada saya sewaktu saya di darjah 5, keluarga pihak perempuan sampai sanggup untuk memberi wang pada arwah Pak Bojeng supaya beliau menghilangkan diri dari Kuching (Kampong Petingan atau sekarang dikenali sebagai kampung No 6 Jln Tanjung Selatan). Tetapi sebab arwah Pak Bojeng seorang yang baik dan tak mudah lupa diri dan taat pada prinsipnya maka beliau telah menolak tawaran tersebut.

Namun terdapat juga ahli keluarga (anak Pemancar) yang tidak suka akan Pak Bojeng, tetapi memikirkan dirinya anak dagang maka beliau sabar dan tabah dalam melalui hidup di kampung tersebut.

setelah sekian waktu barulah arwah Pak Bojeng mendirikan rumahtangga dengan Nek siti dan menetap di Kampung no 6 iaitu di alamat no 485 jln tanjung selatan.

No comments: