Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H

 

cats

image

Saya mewakili ahli keluarga, Guru Utama, Guru Waris, Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12, pengunjung blog ini, serta semua rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.

Semoga sambutan ini nanti bakal menyedarkan kita bahawa kemerdekaan dan nikmat berpuasa itu amat penting dalam meningkatkan sahsiah diri serta keturunan dan iman kita disamping menjadi suatu bekalan kita dimasa mendatang dan sentiasa bersederhana dalam setiap perlakuan kita disamping menjunjung tinggi adab dan tertib melayu sebagai rakyat Malaysia dan penganut agama Islam.

Disepanjang sambutan yang bakal menjelang ini jangan pula kita lupa menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam iaitu membayar zakat Fitrah. Saya sekadar mengingatkan setiap warga PSMA Spring12 supaya dapat menjelaskan zakat Fitrah kepada yang lebih berhak atau kepada Amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Islam Sarawak sebelum Solat sunat Hari Raya nanti.

Dengan itu saya ucapkan sekali lagi, Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri!

Admin

psma logo

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...