Saturday, February 19, 2011

Pencak Silat Melayu Asli Sarawak(PSMA) Spring12 tetap PSMA Spring12

psma logo (2)

Assalamualaikum, salam sejatera buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12 saya ucapkan. Tujuan artikel ini ditulis adalah menerangkan kepada semua pihak mengenai PSMA Spring12. Kata-kata ini dipetik dari anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham iaitu Mazlan Bin Bojeng mengenai pihak yang menyatakan PSMA Spring12 telah menukar nama.

Merujuk kepada pendaftran di Rumpun Silat Sarawak PSMA Spring12 adalah didaftarkan dengan nama Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 dan tidak pernah menukarkan nama kepada nama lain sehingga kini dan akan datang insyaallah demi menjaga nama dan tradisi PSMA Spring12. Sebab perkara ini diutarakan adalah kerana ada pihak yang mengatakan PSMA Spring12 telah menukar nama, namun ditegaskan disini pihak PSMA Spring12 tidak pernah menukar namanya dan kekal dengan nama PSMA spring12.

Untuk pihak yang tidak bertanggungjawab dan demi kepentingan peribadi telah meyatakan PSMA Spring12 menukar nama. Namun perkara yang paling sedih adalah berita ini didengari di tempat kelahiran saya sendiri iaitu di Kpg No 6 sendiri. Saya tegaskan disini saya anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham, Mazlan Bin Bojeng dan merupakan waris keluarga PSMA Spring12 tidak pernah mengizinkan pengunaan buah, bunga dan segalanya berkaitan dengan PSMA Spring12 melainkan kegunaan PSMA Spring12 sahaja. Jika ada pihak yang mengunakan nama atau buah pukulan dan bunga tanpa izin saya ingatkan disini semasa belajar kita telah mandi Air Yasin semasa penerimaan Guru dan Murid maka saya harap pihak berkenaan fikirlah panjang lebar apa yang telah pihak tersebut lakukan demi kepentingan jawatan dan peribadi. Saya mewakili diri saya dan Guru Utama tidak mengizinkan perkara yang tidak bermaruah sebegini berlaku. Saya mohon pihak berkenaan tidak sesekali mengunakan buah pukulan, bunga dan tradisi PSMA Spring12 sebagai pengajaran untuk perguruan lain.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya telah mengikuti blog PSMA ini buat beberapa bulan. Secara jujurnya sebagai seorang umat Islam, pencinta dan penggiat seni silat saya agak terkejut dan terkilan dengan entry blog ini. Maaf jika agak kasar tapi nyata ianya menunjukkan kecetakan pemikiran pentadbiran perguruan PSMA Spring 12 yang tidak memahami hakikat sebenar perjuangan ilmu.

Tidakkah amalan dan syarat mandi air yasin bagi menghalang seseorang penuntut PSMA Spring 12 itu menyampaikan ilmu persilatan nya jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Mengapa harus bongkak dan sombong mengatakan hanya anda yang boleh mengamalkan ilmu itu.

Sedarlah setiap ilmu yang ada di dunia ini bukan hak mutlak kita sebagai Hamba Allah. Ilmu itu diberikan oleh Allah sebagai bekalan kita di dunia dan juga untuk dikongsi dan disampaikan. Pemikiran cetek sebegini akan menyebabkan sesuatu ilmu persilatan itu tidak berkembang.

Adakah sekiranya seseorang yang belajar PSMA Spring 12 akan mendapat mudarat sekiranya dia mengakar ilmu kepada insan lain kerana mandi air yasin tersebut? Sekiranya itu lah tujuan anda ternyata ianya suatu perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Fikir2kan lah. Jangan kesombongan anda sampai mengundang kemurkaan Allah. Ikhlaskanlah hati menyampaikan ilmu agar ianya berkembang. Nabi pernah berpesan, jangan kedekut menyampaikan ilmu kerana boleh saja insan yang kita sampaikan ilmu itu akan lebih faham dan baik dari kita.

cilired said...

Waalaikumusalam, tidak apa saudara tiada sebarang kekasaran maupun mungkarnya kata-kata saudara. Namun saudara perlu tahu itulah kata-kata anak sulong Arwah Bojeng bin Sham. saudara mengatakan yang saudara telah menjadi ahli pSMA Spring12 tetapi adakah saudara mengenali siapa anak sulong arwah ini?

Jika kata saudara mandi yasin ini salah? macam mana dengan mandi perguruan lain? mandi minyak? sumpah setia? Ini semua adalah ajaran adat budaya Islam Melayu supaya taat pada perintah guru dan orang tua. Adakah keluaraga Arwah telah mengajar sesuatu yang keluar dari akidah? jika sesuatu yang keluar dari akidah saya sendiri yang akan menyanggah.

Pemikiran cetek yang saudara lontarkan kepada saya kerana memasukkan kata-kata amanat waris? Ilmu memang didunia ilmu Allah.. Baru setitik ilmu dilautan itupun tak cukup jika dibandingkan dengan ilmu Allah S.w>t. Adakah saudara pernah terfikir yang silat ini hadirnya semenjak pemerintahan Brooke? kenal sejarah kah Saudara? Tahukah sejarah Spring12? Hanya mengagung-agungkan seorang Jurulatih yang diangkat sebagai guru maka saudara sanggup menyerang waris perguruan? Tahukah saudara dalam Perguruan di Dunia Waris perguruan ini amat dihormati? kalau tak mahu hormati anggaplah menghormati orang yang lebih tua.

Jika saudara merasakan mandi yassin ini salah silalah saudara pergi ke Pejabat agama Sarawak. Saya sedia menerima Akibat sebab saya adalah cucu sulon Arwah. Maka jadi tanggungjawab saya menegak yang benar. Yang Benar tetap benar yang batil tetap batil. Ingatkah saudara kepada Rukun 15 yang dianggakat sumpah oleh Rosli Dhobi? Adakah itu juga salah dari hukum Islam? Nasihat saya saudara dalamilah Islam Melayu yang sebenar Islam Nusantara dan bukan hanya mendengar kata-kata Ustaz.Selidiki dan belajarlah.

Sebagai jagat pendekar saya harap saudara letakkan nama dan jangan sesekali memakai gelaran anon sebab kita perjuang bangsa, pejuang bangsa dan Islam mempunyai nama sekurang-kurangnya gelaran.

Sekian terima kasih.

Anonymous said...

salamualaikum sapa yg pengasas sebelum nek jeraie

cilired said...

pengasas Sebelum Nek jeraei di Sarawak, tiada sebab dia satu-satunya yang membawa maianan ini dari sambas kalimantan ke Sarawak.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...