Sunday, March 6, 2011

Untuk Siaran- Selamat Datang…

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Blog PSMA Spring12. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Ahli baru kita dari Sekolah R.P.R dan Sek Men Abd Ghafur kerana mengunjungi laman blog ini.

Saya berharap semoga saudara-saudara dan adik-adik sekalian dapat menjadi seorang ahli yang cemerlang dan berjaya bukan saja didalam dunia persilatan tetapi juga didalam pelajaran semoga ada dikalangan saudara yang akan diangkat sebagai wakil untuk pSMA Spring12 didalam pertandingan yang bakal mendatang samaada diperingkat sekolah mahupun diperingkat nasional.

Disini juga saya maklumkan jika memerlukan surat akuan atau pengeluaran sijil ahli bolehlah berhubung dengan Jurulatih dan Guru saudara sekalian. Senarai keahlian dan sijil akan saya keluarkan insyaallah.

Sekali lagi saya ucapkan selamat datang saudara dan adik-adik sekalian. Ninja

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...