Friday, January 21, 2011

Video Bunga PSMA Spring12

Logo PSMA PUSAT 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat ahli-ahli PSMA Spring12, pengunjung Blog yang saya hormati sekalian. Insyaallah minggu hadapan saya akan uploadkan video  bunga PSMA Spring12 asal untuk rujukan dan sebagai bahan yang bakal menjadi arkib supaya persembahan bunga ini sentiasa standard dan asli tanpa sebarang ubah suai. Dimaklumkan juga sebarang pengunaan bunga PSMA Spring12 adalah dilarang sama-sekali melainkan dipersembahkan oleh ahli PSMA Spring12 sahaja.

Namun demikian video bunga-bunga yang bakal dipertontonkan adalah jarang sekali dipertontonkan kepada ahli-ahli dan rakan-rakan terdekat melainkan hanya kepada ahli keluarga. Tujuan video bunga ini dipertontonkan adalah sebagai pelontar pengenalan diri bahawa inilah dia PSMA Spring12 yang asli. Jika terdapat persamaan barang sedikit cuma kami pihak keluarga PSMA Spring12 boleh menerima jika ianya dari “pukulan 7” atau “sendeng spring” iaitu dari keluarga Tok Den dan keluarga Tok Ngah Nawi. Diulangi PSMA Spring12, Pukulan 7 dan Sendeng Spring adalah warisan dari HJ Jeraei iaitu bapa saudara Arwah Bojeng Bin Sham. Tetapi persamaan adalah kebanyakkannya dari buah-buah pukulan manakala pelampas atau drill adalah ciptaan Arwah Pak Bojeng bin Sham. Setelah video ini dipertontonkan insyaallah saya akan upload lebih banyak buah pukulan sebagai perkenalan PSMA Spring12.

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...