Saturday, January 29, 2011

Bunga PSMA Spring12

Seperti yang telah saya janjikan pada hari ini saya telah uploadkan Video Bunga PSMA spring12 sebagai rujukan dan pengenalan diri PSMA Spring12.

Persembahan Bunga-bunga ini telah dilakukan oleh Jurulatih PSMA Spring12 iaitu Jurulatih PSMA Pusat Suparman Mazlan di beberapa lokasi sekitar Petra Jaya. Alhamdulillah segala yang dirancang telah berjalan dengan baik seperti yang dirancang.

Terdapat 4 Bunga diketengahkan untuk kali ini iaitu

1. Bunga 1 Perguruan

2. Bunga 2 Tembong

3. Bunga 3 Mahkota

4. Bunga Mayang Murai Pecah 4

Semoga dengan Bunga ini didokumentasikan akan dapat menjaga keaslian dan standard Bunga didalam latihan dan persembahan agar terpelihara dari segala eksploitasi oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Walaupun pihak PSMA spring12 pusat telah bersetuju untuk menunjukkan 4 Bunga ini buat permulaannya, tetapi pengunaan bunga ini tanpa kebenaran dari pihak PSMA Spring12 pusat, Guru Utama dan Waris keluarga adalah tidak di izinkan sama sekali. Tujuan ianya dipertunjukkan adalah sebagai satu cara kita untuk mendokumentasikan Bunga dan buah pukulan ini sebagai Hak PSMA Spring12.

Penggunaan Bunga mahupun buah pukulan adalah untuk ahli PSMA spring12 sahaja dan mendapatkan keizinan dari Guru Utama atau Guru Muda Waris. Selain dari itu Latihan adalah masih tertakluk kepada silibus yang telah disahkan oleh PSMA spring12 pusat.

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...