Monday, November 8, 2010

Bertafakurlah

10092010192

Al-Fatihah buat Arwah Guru Bojeng bin Sham

Kadang-kadang walau sebagai mana baiknya manusia ianya tetap melakukan kesilapan, didalam mana-mana organisasi termasuklah perguruan silat perkara ini tetap berlaku. Adakah kerana tidak taat dan mengasihi Guru? Walaupun berjanji akan setia pada Guru, Agama, Bangsa, Negara dan perguruan? Selagi Guru tidak melakukan sebarang perkara yang diluar syariat islam seperti janji kita padanya dengan mandi pengambilan anak murid antara murid dan Guru..


Berjanji? atau niat masa itu tidak betul? maka kita menjadi insan yang gagal? Solat yang patut ditegakkan tidak dilangsungkan kah? Apakah? atau nilai melayu telah terhakis kerana tamak dan haloba?


Kenapakah perkara ini sering terjadi? Adakah setelah berlajar dan mengajar selama ini melayakkan kita derhaka pada perguruan dan mementingkan nama sendiri atau hendakkan sangat jawatan sebagai Guru? Jika jawatan itu yang dikejar, ambillah semoga berpuas hati didunia yang sementara. Ingat ilmu yang tidak direlakan tak akan kemana..


Semua mengatakan masing-masing adalah anak murid si anu ini si anu itu, tetapi adakah kubur arwah pernah dijejaki selama ini? mana doa anak murid untuk Gurunya yang diibaratkan sebagai bapa? Lilin hancur lebur dimakan api tetapi api telah lupa diri maka dengan izin Allah.. kemarakkan api akan padam jua.. yang tinggal nanti cuma sisa lilin tapi Api entah kemana..


bertafakurlah.. fikirkan apa yang telah anda lakukan untuk perguruan anda.


buka alam, buka dada dan perhalusi dengan iman. semoga perkara ini menjadi panduan buat saya dan diri kita semua.

No comments: