Monday, March 28, 2011

Cawangan baru Surau

 

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12. Kita bertuah kerana dengan izin Allah s.w.t kita kemungkinan akan membuka satu lagi gelanggang latihan di Surau. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana secara tidak langsung kita juga dapat mengimarahkan Masjid dan Surau dengan kegiatan belia yang bermanfaat juteru dapat membendung kegiatan yang tidak bermoral.

JIka tiada halangan insyaallah cawangan baru ini akan dibuka Gelanggang oleh Guru Utama pada awal April ini. Kertas kerja yang berkaitan telah dikeluarkan dan menunggu pengesahan dari pihak Waris keluarga. Semoga hasrat kita ini akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Amin.

Sunday, March 20, 2011

Untuk Siaran PSMA Spring12

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pengunjung dan Ahli PSMA Spring12. Agaknya semua telah maklum esok adalah harinya Ketua Menteri Sarawak akan membubarkan Dun  iaitu 21 Mac 2011. Maka bermulalah kegiatan ahli-ahli politik untuk melakukan kerja masing-masing samaada dipihak BN atau pembangkang.

Namun sebagai ahli PSMA Spring12 saya memohon kita bersama-sama bagi memastikan keselamatan dan kerohanian Sarawak kekal aman damai, sesungguhnya menjadi tugas setiap kita untuk bersatu dan memastikan perkara ini.

Dikabarkan selepas tamat pilihanraya ini Ketua Menteri Kita akan meletakkan jawatan beliau, namun sekali lagi saya ingatkan disini kita tetap akan berdiri teguh dibawah parti BN dan akan kekal tanpa mengira siapa penganti Ketua Menteri Sarawak. Niat suci Rosli Dhobi akan terus bertahta disetiap kita sebab Sarawak adalah hakmilik rakyat Sarawak. Parti cebisan dari semenanjung yang hendak memikat pengundi Sarawak hanya kerana niat politik dan kekayaan akan kita tolak ketepi, cukuplah sekadar parti pembangkang asal rakyat Sarawak. Buat Parti pembangkang dari semenanjung baliklah dan tawanlah tanah semenanjung anda, sebab kedatangan anda tidak dialu-alukan.

Demi Allah perjuangan kami ahli PSMA Spring12 adalah untuk Melayu Islam dan Tanah air tercinta Sarawak tanah keramat tumpah air dan darahku rakyat Sarawak.

NinjaPointing upMalaysia

Sunday, March 6, 2011

Untuk Siaran- Selamat Datang…

Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Blog PSMA Spring12. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Ahli baru kita dari Sekolah R.P.R dan Sek Men Abd Ghafur kerana mengunjungi laman blog ini.

Saya berharap semoga saudara-saudara dan adik-adik sekalian dapat menjadi seorang ahli yang cemerlang dan berjaya bukan saja didalam dunia persilatan tetapi juga didalam pelajaran semoga ada dikalangan saudara yang akan diangkat sebagai wakil untuk pSMA Spring12 didalam pertandingan yang bakal mendatang samaada diperingkat sekolah mahupun diperingkat nasional.

Disini juga saya maklumkan jika memerlukan surat akuan atau pengeluaran sijil ahli bolehlah berhubung dengan Jurulatih dan Guru saudara sekalian. Senarai keahlian dan sijil akan saya keluarkan insyaallah.

Sekali lagi saya ucapkan selamat datang saudara dan adik-adik sekalian. Ninja

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...