Friday, April 1, 2011

Latihan PSMA Spring12 RPR Bdr Baru Semariang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua ahli-ahli dan pembaca yang saya hormati. Pada malam ini iaitu sebentar tadi telah terjadi sedikit kekecohan di hadapan rumah anak sulong Arwah Guru Bojeng Bin Sham di RPR Bandar Baru Semariang di mana Pihak polis peronda telah datang kerumah memaklumkan ada jiran yang membuat aduan kerana latihan yang diadakan menggangu kententeraman jiran di lorong rumah tersebut.

Namun perkara ini telah dijelaskan dengan baik oleh Jurulatih PSMA Spring12 iaitu saudara Eppy yang  juga menunjukan sijil dan surat kebenaran latihan. Setelah berbincang dengan pihak Polis latihan tersebut dijalankan hanya selama 10 minit. Pihak PSMA spring12 juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama yang telah mereka berikan.

Untuk makluman latihan pada malam ini adalah untuk Majlis Pembukaan Gelanggang di Surau Al Hijrah iaitu di RPR Bandar Baru Semariang. Latihan dijadualkan akan dijalankan setiap pagi 0830 pagi sehingga 1030 pagi setiap sabtu dan ahad.

Saya mohon kepada pihak setempat agar perkara sebegini tidak berulang kembali ini kerana latihan dan pengajaran silat ini adalah untuk bertujuan mengajar silat dan membawa golongan muda kepada perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak berfaedah. Harapan saya adalah setelah latihan bertukar ke Padang surau Al Hijrah akan dapat menyelesaikan perkara seperti ini berulang.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan pihak AJK dan Jemaah Surau Al Hijrah terutama Encik Hussein diatas kerjasama yang telah beliau berikan.

Ninja

2 comments:

Anonymous said...

Nak tanya.. Ada pengambilan pelajar yg berusia 20 thn x??

cilired said...

boleh umur sik jadi masalah yang penting ya berminat jak. anda dialu-alukan saudara...

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...