Saturday, January 2, 2010

Silat Melayu Asli Sarawak

Baca Lanjut Sejarah PSMA di wikipedia

Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Jeraie dari Kampung Tupung Petra Jaya, Kuching, Sarawak. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kiabu, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit. Silat ini kemudian diteruskan oleh anak murid Pak Jeraie iaitu Guru Pak Bojeng Bin Sham yang menetap di Kampung Patingan, Jalan Tanjung Selatan, Kampong No 6, Kuching, Sarawak. Namun demikian ada beberapa lagi tambahan jurus yang tidak di ajar kepada semua Ahli PSMA demi Silat itu sendiri. Contohnya Guru perlu menilai tingkah laku anak murid sebelum memberi semua Ilmu dan Jurus. Ini adalah kerana kita tidak mahu Ilmu yang dia ajarkan ini di salah guna dan untuk tujuan bermegah diri.

Asas Modul Pelajaran PSMA Spring12

Peringkat Pelajaran
Pertama

Belebat-seturut, sumbang, sepak tinggi, sepak bawah, tumbuk serta sepak

Kedua Seni Bunga
Ketiga Mengenal induk pukulan (Cara Pengunaan)
Keempat

Berlapis/berlaga

Kelima Keputusan guru (Penurunan Jurus-Jurus Muktamad)

 

No comments:

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...