Nama: Hazemi Bin Bojeng (Cikgu Emy)
Jawatan: 1. Guru Utama PSMA SPring12
2. Timbalan Setiausaha Rumpun Silat Sarawak (RSS)
Beliau merupakan anak bongsu kepada Arwah Pak Bojeng Bin Sam.
Beliau juga didedahkan dengan alam persilatan melalui pengamatan dan penglihatan sejak berumur 10 tahun. Oleh kerana minat, beliau selalu mengikut Arwah ayahnya semasa megajar anak murid. Namun tidaklah beliau terlibat secara serius pada waktu tersebut sehinggalah apabila beliau berusia 17 tahun. Pada usia ini beliau mula menceburkan diri secara serius didalam ilmu persilatan PSMA Spring12. Namun demikian kebanyakkan ilmu diperolehi beliau sewaktu makan dimana ayahnya akan bertanya soalan jika diserang bergini bergitu apakah tindakan beliau. Pada waktu inilah banyak buah pukulan diperturunkan kepada beliau.
Setelah Arwah Pak Bojeng meninggal dunia pihak keluarga iaitu anak sulong arwah bersetuju dengan pilihan Jemaah Guru RSS melantik Cikgu Emy menjadi Guru Utama PSMA Spring12. Perlantikan ini turut disahkan oleh Ketua Menteri Sarawak di Dewan Bina.
Beliau juga pernah bertugas sebagai Technician Telekom Malaysia Berhad (Sarawak). Kini beliau berniaga di Kpg Gersik, Gerai No12.
Beliau boleh di hubungi di alamat 146 Kg Sourabaya Ulu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.
No comments:
Post a Comment