Showing posts with label spring12 psma. Show all posts
Showing posts with label spring12 psma. Show all posts

Monday, May 25, 2020

Allahyarham Pak Alwi bin Bojeng


Alhamdulillah, hari ini admin telah berkesempatan membuat sebuah video dan memuat naik ke akaun Youtube Spring12 PSMA berkenaan Allahyarham Pak Alwi bin Bojeng iaitu pakcik admin. Semoga dengan adanya video ini dapat memberi satu tanda sejarah dan kenangan dimasa akan datang bagi generasi pesilat Spring12 PSMA dimasa akan datang. 
 
Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamin.

Admin.

Saturday, March 14, 2020

Sekitar Konvensyen Silat Sarawak 2020



Pihak cawangan Semariang Aman turut menghantar wakil ke Konvensyen Silat 2020 melalui Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Mewakili cawangan semariang aman ialah Guru Muda Kanan Mohammad Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman.


Beberapa Foto yang sempat diambil semasa program tersebut telah divideo pendekkan seperti apa yang dipaparkan diatas. Semoga dengan adanya kovensyen sebegini akan lebih menambah ilmu, serta kematangan kepada para Guru dan Jurulatih yang terlibat. Terima kasih kepada pihak RSS atas jemputan kali ini. 

Admin


Sunday, March 8, 2020

Kursus Kejurulatihan Silat Peringkat negeri Sarawak 2020


Alhamdulillah kali ini pihak Spring12 PSMA dapat menyenaraikan calon untuk mengikuti kursus anjuran RSS. Bagi Cawangan Semariang Aman, pihak kami telah mencalonkan Jurulatih Wanita Nurnabila untuk mengikuti kursus tersebut manakala bagi Pihak Spring12 PSMA Pusat saudara Faizal telah dicalonkan. Kedua-dua calon telah mendapat keizinan dari pihak perguruan iaitu Guru Utama Hazemi bin Bojeng.

Kursus tersebut dijalankan di KBS Kuching pada 6hb hingga 8hb Mac 2020. Syukur kepada Allah s.w.t mereka berdua telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Insya Allah pihak cawangan Semariang Aman akan menghantar lagi calon-calon yang sesuai dimasa akan datang bagi menambahkan ilmu dan pengalaman kepada semua ahli pesilatnya. 

Semoga penyertaan ini akan menjadi penambah semangat untuk setiap ahli maju kehadapan didalam dunia persilatan di Malaysia.

Admin

Saturday, February 8, 2020

Latihan Pesilat Junior 7 & 8 Feb 2020


Latihan berjalan seperti biasa pada minggu ini. Latihan ini dijalankan pada 7 dan 8 Feb 2020 dan dengan diuruskan oleh Guru Muda Kanan Mohd Hata bersama-sama Guru Muda Eppy.  Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang telah dirancangkan dengan izin Allah.

Admin

Monday, January 6, 2020

Latihan Pesilat Junior


Latihan bagi pesilat Junior diteruskan setiap minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu (sebelah malam). Latihan dan pelajaran adalah diajar oleh Guru Muda Kanan Muhammad Hata dan Guru Muda Eppy pada setiap malam latihan. Manakala Guru Muda Suparman akan mengajar seni bunga pada hari sabtu (malam).

Latihan untuk persembahan dan alatan musik silat akan dijalankan pada petang jumaat selepas Sholat Asar seperti biasa dibawah seliaan Guru Muda Eppy.

Bagi yang berminat untuk belajar di Gelanggang Cawangan Semariang Aman boleh menghubungi Guru Muda Kanan Hata 0189780419 atau Guru Muda Eppy 011-4055 0553

Admin.

Monday, December 16, 2019

Persembahan Silat Pengantin 15/12/2019


Silat pengantin yang telah dipersembahkan oleh pesilat junior Spring12 PSMA cawangan Semariang Aman.


Untuk tempahan silat bagi perkahwinan atau event tertentu bolehlah berhubung dengan Guru Muda Eppy  01140550553 atau Guru Muda Kanan Mohd  Hata  0189780419.


Admin

Pakaian dan Peralatan Latihan


Syukur Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah diatas kurniaan rezekinya kepada kita, kali ini baju yang direka khas untuk persembahan bagi cawangan Semariang Aman telah siap dengan jumlah 10 helai. Baju ini akan dipakai oleh pesilat cawangan Semariang Aman dalam mana-mana persembahan yang melibatkan mereka. Insya Allah kita akan cuba menanbah dalam beberapa set lagi dengan tema design yang lebih menarik insya Allah.

 Panji panji yang ditenpah juga telah siap, dan akan dipasang batang bendera bagi membolehkannya digunapakai sebagai panji apabila diperlukan nanti.

Turut diterima kali ini adalah padding untuk kicking yang akan digunakan sebagai peralatan tambahan untuk latihan dicawangan Semariang Aman.

Semoga usaha yang dilakukan ini mendapat berkat dan rahmat Allah s.w.t. Aamin.

Admin

Saturday, November 16, 2019

Latihan Pesilat Junior 15/11/2019


Latihan pada hari jumaat telah berjalan seperti biasa dan jumlah pelatih semakin meningkat dengan positif. Namun latihan diteruskan dengan pelbagai kaedah dimana pelatih baru diasingkan dan diberi tumpuan yang lebih bagi memastikan mereka dapat mengikuti pelatih yang lama.

Semoga semangat yang positif ini berterusan. Aamin.

Admin

Saturday, November 2, 2019

Latihan Pesilat Junior 1/11/2019


Latihan untuk Pesilat Junior tetap diteruskan semalam, biarpun keadaan cuaca yang hujan rintis. Namun semangat dan kesungguhan anak-anak ini telah memberi satu momentum yang amat positif kepada tenaga pengajar.

Semoga latihan-latihan ini dapat memberi lebih banyak impak positif kepada anak-anak junior ini, semoga mereka menjadi anak-anak yang sholeh dan taat kepada orang tuanya. Insya Allah dengan keperibadian yang baik akan dapat membentuk sahsiah diri mereka menjadi seorang pesilat atau bakal tenaga pengajar yang baik pada satu masa nanti.

Admin

Saturday, October 26, 2019

Peralatan Latihan


Tayar terpakai yang diperolehi, dan digunakan sebagai alat latihan di Cawangan Semariang Aman. Insya Allah dalam beberapa tempoh ini juga, pihak admin telah mengusahakan untuk mendapat beberapa lagi peralatan yang akan ditambah dari masa ke semasa. Semoga usaha ini berterusan dan dipermudahkan Allah. Aamin.

Admin

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA 26/10/2019


Syukur Alhamdulillah, walaupun Guru Muda yang ada agak sibuk dengan pelbagai aktiviti muktahir ini, namun latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan. Latihan malam tadi lebih tertumpu kepada latihan bagi Silat Olahraga. Setiap pesilat junior yang ada, pasti akan didedahkan dengan silat olahraga bagi masa depan. Latihan awal ini, diharap dapat lebih memberikan persediaan yang secukupnya bagi pesilat-pesilat ini nanti jika sampai masanya.

Apa yang penting adalah usaha yang berterusan, positif dan kekal komitmennya dalam latihan. Jika tidak digunakan sebagai medium untuk menyertai pertandingan sekali pun, teknik-teknik yang diajar diharap dapat memberi ilmu yang sewajarnya bagi pesilat tersebut dalam bentuk pengalaman dan ilmu praktikal. Semoga ilmu tersebut bermanfaat buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman.

Admin.

Monday, October 21, 2019

Pemilihan Pesilat SukSak wilayah Kuching


Pesilat Spring12 PSMA Bengkong Biru

Syukur Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman telah menghantar wakil pesilat bagi menyertai pemilihan tersebut di RSS Kuching pada 20 Okt 2019 yang lepas. Walaupun masa untuk persediaan cuma 4 hari, namun latihan telah diberikan oleh Guru Muda Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman telah membantu persediaan yang diperlukan.

Bersyukur ke hadrat ilahi pesilat Spring12 PSMA telah dapat melayakkan diri hingga pemilihan peringkat Akhir bagi kategori E berat 65kg - 70kg. Walaupun beliau tewas pada peringkat akhir tersebut, dengan persembahan dan semangat sukan yang ditunjukkan oleh pesilat Spring12 PSMA, semoga dapat menjadi inspirasi buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman agar terus berlatih dengan lebih bersemangat untuk persediaan pertandingan masa hadapan. Semangat juang yang dipamerkan cukup memberi kebangaan kepada pihak Cawangan Semariang Aman. Tahniah admin ucapkan kepada pesilat dan semua Guru Muda yang terlibat.

Be Positive.

Admin

Saturday, October 19, 2019

Majlis Makan Malam Kejiranan KJM BGS dan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Satu Majlis makan malam bagi meraikan pasca Penganjuran Pertandingan Silat Bandarayaku 2019 telah diadakan di Anjung Damai Warisan Santubong, Jalan Sultan Tgah pada hari Jumaat bertarikh 18 Okt 2019.

Alhamdulillah, majlis ini turut disertai oleh Guru Utama, Guru Muda dan ahli jawatankuasa badan induk Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Pada Majlis tersebut juga, pihak KJM BGS telah menyerahkan sijil kepada Guru Utama bagi pihak ahli-ahli Spring12 PSMA yang terlibat didalam persembahan pada penganjuran pertandingan yang lepas.

Semoga penganjuran ini akan berterusan setiap tahun dan menjadi satu aktiviti dan tarikan bagi warga tempatan dan juga menarik minat pelancong asing yang datang melawat kawasan kejiranan terbabit.

Admin

Sunday, October 13, 2019

Pengambilan Pelajar Baru


Pengambilan Pesilat Baru

Terbuka kepada pesilat Junior (bawah 12 tahun) dan Pesilat (13 Tahun keatas)

Beragama Islam

Berminat boleh hubungi  nombor telefon yang dipaparkan.

Guru Muda Mohd Hata 013-5546145

Guru Muda Eppy 011-40550553

Guru Muda Suparman 019-8588400

Harap maklum. Sekian, terima kasih.

Admin.

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA


Latihan bagi pesilat Junior berjalan seperti biasa dengan lancar dengan pertambahan beberapa ahli pesilat baru yang turut serta. Syukur Alhamdulillah, semakin banyak pesilat Junior yang berminat mengikuti latihan di Cawangan Semariang Aman.


Latihan adalah dibawah seliaan Guru Muda Mohd Hata dan dibantu oleh Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman, segala latihan yang dijalankan adalah mengikut syllabus perguruan yang telah dibenarkan oleh Guru Utama.

Semoga latihan ini berterusan dan dapat menarik minat lebih ramai anak-anak kepada seni silat warisan melayu bagi warga Sarawak.

Admin.

Friday, October 4, 2019

Peralatan latihan


Alhamdulillah, penambahan peralatan untuk latihan pesilat semakin positif. Hari ini dengan penambahan barang seperti dalam gambar diatas dan juga sebilah pedang untuk latihan.


Semoga dengan penambahan ini, latihan yang dijadualkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Minggu ini juga, pihak perguruan menerima lagi beberapa penambahan anak-anak pelatih junior yang akan mula mengikuti latihan pada malam ini, insya Allah.

Apa yang penting adalah warisan persilatan melayu Sarawak ini terus diperturunkan kepada generasi baru yang berminat. Semoga mereka menjadi pesilat yang taat kepada perguruan, menghormati orang tua, berbudi bahasa dan menjaga adap melayu sebaiknya.

Admin

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...