Showing posts with label pencak silat melayu. Show all posts
Showing posts with label pencak silat melayu. Show all posts

Friday, January 26, 2024

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan BGS telah dijalankan sewajarnya. 

Oleh yang demikian, bagi tahun 2024 ini, Gelanggang Samariang Aman terus dengan latihan dibawah Guru Muda Eppy bin Mazlan. 



Bagi SK Gersik, Latihan adalah diuruselia oleh Guru Muda Cikgu Jelani dan dibantu oleh Jurulatih Remaja Niza. Latihan ini juga akan dipantau oleh Guru Muda Mohammad Hata.


Manakala, untuk gelanggang BGS, latihan akan diuruskan oleh Guru Muda Mohammad Hata dan di akan turut dibantu oleh Pengerusi BGS dan Cikgu Abu.


Cawangan Serian pula setakat ini, aktif dengan ada penambahan pelatih silat yang baru. Kita akan usahakan untuk membuat kunjungan ke Serian pada waktu yang bersesuaian dengan Guru Utama Hazemi bin Bojeng nanti.

Insya Allah, jika tiada halangan, saya akan mula berhubung semula dengan pihak Kampung Bogak bagi mengaktifkan semula Cawangan Kampung Bogak / Jagoi dalam tempoh terdekat. 


Sunday, January 26, 2020

Rangkuman Seminggu Latihan


Latihan yang telah dijalankan pada 17hb sehingga 26 Januari 2020 yang diadakan di SMK St Joseph pada setiap Jumaat dan juga di Gelanggang Utama Spring12 PSMA iaitu di Semariang Aman.

Semua latihan adalah dibawah penyeliaan Guru Muda Kanan Mohammad Hata dan Guru Muda Eppy, pada setiap sesi latihan dimana pada malam Ahad akan turut dibantu oleh Guru Muda Suparman untuk latihan bunga perguruan.

Admin

Monday, January 6, 2020

Latihan Pesilat Junior


Latihan bagi pesilat Junior diteruskan setiap minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu (sebelah malam). Latihan dan pelajaran adalah diajar oleh Guru Muda Kanan Muhammad Hata dan Guru Muda Eppy pada setiap malam latihan. Manakala Guru Muda Suparman akan mengajar seni bunga pada hari sabtu (malam).

Latihan untuk persembahan dan alatan musik silat akan dijalankan pada petang jumaat selepas Sholat Asar seperti biasa dibawah seliaan Guru Muda Eppy.

Bagi yang berminat untuk belajar di Gelanggang Cawangan Semariang Aman boleh menghubungi Guru Muda Kanan Hata 0189780419 atau Guru Muda Eppy 011-4055 0553

Admin.

Sunday, December 29, 2019

Silat Pengantin


Silat pengantin telah dipersembahkan oleh pesilat junior Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman, Kuching Sarawak.

Untuk tempahan silat bagi perkahwinan dan event boleh berhubung terus dengan Guru Muda Eppy 01140550553 untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih.

Admin

Saturday, November 2, 2019

Latihan Pesilat Junior 1/11/2019


Latihan untuk Pesilat Junior tetap diteruskan semalam, biarpun keadaan cuaca yang hujan rintis. Namun semangat dan kesungguhan anak-anak ini telah memberi satu momentum yang amat positif kepada tenaga pengajar.

Semoga latihan-latihan ini dapat memberi lebih banyak impak positif kepada anak-anak junior ini, semoga mereka menjadi anak-anak yang sholeh dan taat kepada orang tuanya. Insya Allah dengan keperibadian yang baik akan dapat membentuk sahsiah diri mereka menjadi seorang pesilat atau bakal tenaga pengajar yang baik pada satu masa nanti.

Admin

Saturday, October 26, 2019

Latihan Pesilat Junior Spring12 PSMA 26/10/2019


Syukur Alhamdulillah, walaupun Guru Muda yang ada agak sibuk dengan pelbagai aktiviti muktahir ini, namun latihan bagi pesilat junior tetap diteruskan. Latihan malam tadi lebih tertumpu kepada latihan bagi Silat Olahraga. Setiap pesilat junior yang ada, pasti akan didedahkan dengan silat olahraga bagi masa depan. Latihan awal ini, diharap dapat lebih memberikan persediaan yang secukupnya bagi pesilat-pesilat ini nanti jika sampai masanya.

Apa yang penting adalah usaha yang berterusan, positif dan kekal komitmennya dalam latihan. Jika tidak digunakan sebagai medium untuk menyertai pertandingan sekali pun, teknik-teknik yang diajar diharap dapat memberi ilmu yang sewajarnya bagi pesilat tersebut dalam bentuk pengalaman dan ilmu praktikal. Semoga ilmu tersebut bermanfaat buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman.

Admin.

Saturday, October 19, 2019

Majlis Makan Malam Kejiranan KJM BGS dan Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng


Satu Majlis makan malam bagi meraikan pasca Penganjuran Pertandingan Silat Bandarayaku 2019 telah diadakan di Anjung Damai Warisan Santubong, Jalan Sultan Tgah pada hari Jumaat bertarikh 18 Okt 2019.

Alhamdulillah, majlis ini turut disertai oleh Guru Utama, Guru Muda dan ahli jawatankuasa badan induk Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Pada Majlis tersebut juga, pihak KJM BGS telah menyerahkan sijil kepada Guru Utama bagi pihak ahli-ahli Spring12 PSMA yang terlibat didalam persembahan pada penganjuran pertandingan yang lepas.

Semoga penganjuran ini akan berterusan setiap tahun dan menjadi satu aktiviti dan tarikan bagi warga tempatan dan juga menarik minat pelancong asing yang datang melawat kawasan kejiranan terbabit.

Admin

Wednesday, October 9, 2019

Latihan bersama Guru Emy 9/10/2019


Syukur Alhamdulillah, latihan untuk Guru Muda badan induk PSMA Spring12 dan pelatih senior  Cawangan Semariang Aman diteruskan lagi kesatu tahap yang baru. Segalanya berjalan dengan lancar, disamping juga penyampaian nasihat oleh Cikgu Emy kepada semua Guru Muda yang hadir bagi menyeragamkan modul dalam melatih pelatih-pelatih baru.

Pada sesi latihan ini juga, Guru Emy menunjukkan lapisan buah dan buah mati disamping juga ada buah hidup dalam mainan yang diteruskan hingga ke anak buah yang terakhir. Pada pendangan admin, dengan adanya latihan komprehensif sebegini, para peserta latihan akan mudah menerima dan mengingati latihan yang diajarkan. Insya Allah pada masa depan, admin akan mempelbagaikan lagi menu semasa latihan agar peserta latihan lebih bersemangat dan bertenaga sepanjang latihan dijalankan.

Admin

Friday, October 4, 2019

Peralatan latihan


Alhamdulillah, penambahan peralatan untuk latihan pesilat semakin positif. Hari ini dengan penambahan barang seperti dalam gambar diatas dan juga sebilah pedang untuk latihan.


Semoga dengan penambahan ini, latihan yang dijadualkan dapat dilaksanakan dengan lancar. Minggu ini juga, pihak perguruan menerima lagi beberapa penambahan anak-anak pelatih junior yang akan mula mengikuti latihan pada malam ini, insya Allah.

Apa yang penting adalah warisan persilatan melayu Sarawak ini terus diperturunkan kepada generasi baru yang berminat. Semoga mereka menjadi pesilat yang taat kepada perguruan, menghormati orang tua, berbudi bahasa dan menjaga adap melayu sebaiknya.

Admin

Wednesday, October 2, 2019

Tanjak Pesilat Wanita


Alhamdulillah, beberapa Tanjak Pesilat Wanita telah mula admin terima bagi persediaan persembahan perkahwinan yang akan disertai oleh SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman. Beberapa aksesori lagi yang telah ditempah juga masih dalam proses penghantaran.

Semoga semua aksesori yang diperlukan sampai seperti yang telah dirancangkan dan dipermudahkan Allah s.w.t Aamin.

Admin

Friday, March 22, 2019

Latihan dengan Bapak Lan


Alhamdulillah bapa admin masih bertenaga dan bersemangat untuk mengajar pelatih pada setiap malam minggu di gelanggang Semariang Aman.

 tiba giliran bapa admin untuk mengajar cucunya mengenai silat Spring 12 PSMA


Gelanggan ini diselia oleh admin dengan dibantu oleh dua orang jurulatih keluarga iaitu JL Eppy dan JL Manja. Semoga urusan pembelajaran pelatih ini berterusan sehingga ke malam penamatnya nanti, Aamin Ya Rabbal Alamin.


Admin

Tuesday, January 8, 2019

Cawangan SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng




Alhamdulillah, selepas berbincang dengan semua induk bapak dan keluarga PSMA termasuk di PetraJaya, Semariang, Kampung Nombor, dan Seniawan, maka dengan ini disahkan SPRING12 PSMA Warisan Wa Bojeng telah menambah satu lagi cawangan. Oleh itu, cawangan latihan adalah seperti berikut :

     a) Gelanggang SK Gersik (Guru Utama Hazemi Bojeng / Jurulatih Cikgu Jelani /  Jurulatih KK Nazri )
     b) Gelanggang SG Bedaun ( Guru Muda Kus / Jurulatih Mohd Hata)
     c) Gelanggang Keluarga Semariang Aman (Jurulatih Aman Apm / Jurulatih Eppy)
     d) Gelanggang Seniawan (Guru Pak Wek) 

Semoga segalanya berjalan dengan lancar seperti yang telah dipersetujui dan dipermudahkan. Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin.

Admin

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...