Silat pengantin yang telah dipersembahkan oleh pesilat junior Spring12 PSMA cawangan Semariang Aman.
Untuk tempahan silat bagi perkahwinan atau event tertentu bolehlah
berhubung dengan Guru Muda Eppy 01140550553 atau Guru Muda Kanan Mohd
Hata 0189780419.
Syukur Alhamdulillah, Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng Cawangan Semariang Aman telah menghantar wakil pesilat bagi menyertai pemilihan tersebut di RSS Kuching pada 20 Okt 2019 yang lepas. Walaupun masa untuk persediaan cuma 4 hari, namun latihan telah diberikan oleh Guru Muda Hata, Guru Muda Eppy dan Guru Muda Suparman telah membantu persediaan yang diperlukan.
Bersyukur ke hadrat ilahi pesilat Spring12 PSMA telah dapat melayakkan diri hingga pemilihan peringkat Akhir bagi kategori E berat 65kg - 70kg. Walaupun beliau tewas pada peringkat akhir tersebut, dengan persembahan dan semangat sukan yang ditunjukkan oleh pesilat Spring12 PSMA, semoga dapat menjadi inspirasi buat pesilat-pesilat junior di Cawangan Semariang Aman agar terus berlatih dengan lebih bersemangat untuk persediaan pertandingan masa hadapan. Semangat juang yang dipamerkan cukup memberi kebangaan kepada pihak Cawangan Semariang Aman. Tahniah admin ucapkan kepada pesilat dan semua Guru Muda yang terlibat.
Satu Majlis makan malam bagi meraikan pasca Penganjuran Pertandingan Silat Bandarayaku 2019 telah diadakan di Anjung Damai Warisan Santubong, Jalan Sultan Tgah pada hari Jumaat bertarikh 18 Okt 2019.
Alhamdulillah, majlis ini turut disertai oleh Guru Utama, Guru Muda dan ahli jawatankuasa badan induk Spring12 PSMA Warisan Wa Bojeng. Pada Majlis tersebut juga, pihak KJM BGS telah menyerahkan sijil kepada Guru Utama bagi pihak ahli-ahli Spring12 PSMA yang terlibat didalam persembahan pada penganjuran pertandingan yang lepas.
Semoga penganjuran ini akan berterusan setiap tahun dan menjadi satu aktiviti dan tarikan bagi warga tempatan dan juga menarik minat pelancong asing yang datang melawat kawasan kejiranan terbabit.