Tahniah diucapkan kepada Jurulatih Remaja, Dayang Mas Nur Aishah kerana telah berjaya didalam menyertai Kategori Tunggal Baku Putri Kelas 1 (13&14 tahun) bagi Kejuaraan 1 Sekolah 1 Silat Peringkat Negeri Sarawak tahun 2022.
Untuk kali pertama ini, pihak PSMA Spring12 telah menghantar 3 peserta untuk kategori Tunggal Baku. Diharap, pada masa akan datang, pihak PSMA Spring12 akan dapat menambah lagi jumlah peserta untuk pertandingan ini dimasa akan datang. Tahniah kepada anak gelanggang yang berjaya, namun bagi yang kurang berjaya, teruskan usaha anda, cekalkan diri anda sebagai pesilat PSMA Spring12 dan cuba lagi sedaya upaya dimasa akan datang.
Insya Allah setiap usaha pasti ada bendera jayanya dimasa akan datang dikemuncak istana kebahgiaan. Ingat, kejayaan yang paling tinggi adalah kejayaan diri kita apabila kita kekal taat kepada Allah s.w.t disepanjang kita bernafas didunia ini.
Majlis Malam Busana telah berjaya dijayakan hasil kerjasama semua pesilat dan pihak pengurusan Spring12 PSMA cawangan Samariang Aman semalam. Ini adalah event pertama yang dilakukan sejak Covid-19 melanda negara. Semoga kita semua dilindungi dari penyakit yang merebak ini, semoga juga Allah menghapuskan penyakit ini dari terus merebak. Aamin.
Admin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis ringkas ini termasuk para hadirin yang turut hadir bagi memeriahkannya. Insya Allah, cawangan ini akan menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti di masa akan datang.
Alhamdulillah kali ini pihak Spring12 PSMA dapat menyenaraikan calon untuk mengikuti kursus anjuran RSS. Bagi Cawangan Semariang Aman, pihak kami telah mencalonkan Jurulatih Wanita Nurnabila untuk mengikuti kursus tersebut manakala bagi Pihak Spring12 PSMA Pusat saudara Faizal telah dicalonkan. Kedua-dua calon telah mendapat keizinan dari pihak perguruan iaitu Guru Utama Hazemi bin Bojeng.
Kursus tersebut dijalankan di KBS Kuching pada 6hb hingga 8hb Mac 2020. Syukur kepada Allah s.w.t mereka berdua telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Insya Allah pihak cawangan Semariang Aman akan menghantar lagi calon-calon yang sesuai dimasa akan datang bagi menambahkan ilmu dan pengalaman kepada semua ahli pesilatnya.
Semoga penyertaan ini akan menjadi penambah semangat untuk setiap ahli maju kehadapan didalam dunia persilatan di Malaysia.
Persediaan peralatan untuk latihan telah disiapkan bagi latihan malam ini, ditambah dengan senjata seperti tombak juga pastinya akan dapat membantu didalam latihan mengikut syllabus yang telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman.
Penambahan peralatan akan dilakukan dengan berperingkat sesuai dengan kehendak semasa. Semoga segala usaha dan perancangan yang dirancang akan dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan pada mesyuarat yang lepas.
Assalamualaikum, lama admin tidak update mengenai perkembangan terkini PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng, terutamanya bagi aktiviti cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman.Sejak dari 3 minggu yang lalu, pihak cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman telah melakukan latihan yang dikhususkan bagi "Persembahan Buka Gelanggang" yang dijadualkan pada 24hb Ogos 2019.
Arahan untuk melakukan pembukaan gelanggang datang dari Guru Utama sendiri iaitu Pak Emy kepada Instructor cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman. Oleh itu latihan dijalankan dengan agak kerap dan diikuti dengan irama Gendang Perang PSMA Spring12.
Atucara lainnya pula akan dilaksanakan oleh cawangan PSMA Spring12 BGS dan PSMA Spring12 Sungei Bedaun.
Cawangan PSMA Spring12 akan lebih menitikberatkan instrumen atau alatan musik klasik asal melayu Sarawak dalam latihan dan mainannya berbanding hanya bergantung kepada irama dari MP3. Tujuan utamanya adalah agar teknik ini dapat diperturunkan dari generasi ke generasi. Alhamdulillah kemahiran ini telah diperturunkan sehingga generasi ke empat.
Latihan Bunga Satu - Instructor cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman
Suparman bin Mazlan
Alhamdulillah, program yang dirancang telah berjalan dengan lancar, tugas yang diberikan kepada cawangan PSMA Spring12 Semariang Aman turut selesai dengan baik atas izin Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah.
Instructor Silat, PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman - Suparman bin Mazlan
Berikut adalah beberapa rakaman video persembahan PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng dan rakaman pertandingan disepanjang program Silat Bandarayaku 2019.
Persembahan PSMA Spring12 Warisan Wa Bojeng
Persembahan Penutup Gelanggang - Guru Muda Kustadinata Mazlan
Semoga anjuran ini dapat diteruskan bagi tahun-tahun yang mendatang, pastinya dengan lebih baik lagi, Insya Allah.
Latihan diteruskan seperti dijadualkan dengan latihan secara intensif. Prestasi Jurulatih dicatatkan didalam rekod kejurulatihan dan selari dengan kehendak syllabus yang telah dibangunkan bagi program khas di Cawangan Semariang Aman.
Admin
Latihan untuk pelatih PSMA Spring12 Cawangan Semariang Aman adalah pada malam Ahad selepas Isyak setiap minggu. Alhamdulillah setakat ini segala latihan diteruskan dengan jayanya.
Pada 28 Mac 2019 yang lepas, Pak Emy telah memberi mandi perguruan kepada beberapa pelatih bagi cawangan Semariang Aman secara berperingkat.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, Admin telah merekodkan tatacara Memberi Mandi ini dan imasukkan kedalam Syllabus pengajaran PSMA Spring12.
Petang tadi admin menemani Guru Emy, Jordan (Setiausaha) dan Mohd Hata (Bendahari) ke Rumah Sarawak bagi bersua muka dengan Tuan Sharkawi bin Hj Amit, Pengarah Majlis Seni Sarawak.
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan masing-masing menyumbang lontaran idea bagi kedua belah pihak. Secara amnya, admin amat berpuas hati atas perjumpaan ini kerana ianya dapat membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada SPRING 12 PSMA WA BOJENG dalam mengetengahkan lagi kesenian dan budaya melayu terutamanya silat.
Almarhum Nek Bojeng suka berkongsi cerita pengalaman dan kenangan kepada admin, dan cerita ini admin dengar sendiri dari mulut Almarhum dibilik beliau. (Cerita ini sebelum ini ada dikongsi oleh Almarhum bersama-sama anak beliau semasa anak beliau meningkat remaja).
Cerita ini bermula bergini,
Ada satu malam sedang tidur setelah penat bekerja disiang hari (Almarhum bekerja di WaterBoard ketika itu), beliau telah bermimpi dan tanpa sedar telah bercakap didalam mimpinya.
Almarhum Nek Bojeng " What? You wanna speak english with me?"
Maka didengarlah ucapan tersebut oleh Almarhumah Nek Siti dan beliau pun menjawab dengan yakinnya, kerana diingatkannya suaminya masih belum tidur.
Almarhumah Nek Siti "Yes, licence for ever you know".
Maka terjagalah Almarhum Nek Bojeng setelah mendengar ucapan tersebut dan bertanya, kenapa bercakap english cerita bab lesen malam-malam? Maka tertawalah kedua mereka kerana Almarhum Nek Bojeng terkejut akan isterinya boleh berbicara dalam bahasa English.
Masa cerita in diceritakan semula oleh Almarhum Nek Bojeng kepada admin, Almarhumah Nek Siti ada dialam bilik (kerana uzur susah nak bergerak akibat penyakit bonkok yang dialaminya) turut tersenyum.
Ya Allah, engkau ampunilah dosa Nek Bojeng dan Nek Sitiku, jauhkanlah mereka dari siksa kubur, berilah ketenangan kepada roh keduanya, tempatkanlah mereka dikalangan orang-orang yang beriman. Masukkanlah mereka kedalam syurga mu Ya Allah. Aamin Ya Rabbal Allamin.
Pagi ini admin sekali lagi membantu AJK iaitu saudara Jordan, setiausaha SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG untuk satu lagi misi bagi meneruskan usaha yang telah datuk admin perjuangkan satu masa dahulu. Usaha yang telah beliau curahkan sejak 1930an dengan menyebarkan dan memperkenalkan mainan Spring 12 PSMA ke serata tanah Sarawak, bersama-sama dengan moyang ku Nek Jeraie, iaitu sekitar era 1840an.
Tarikh hari ini 12 Oktober 2018 akan kekal menjadi satu sejarah baru buat SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG dengan satu lembaran baru kearah yang lebih baik.
Insya Allah akan admin bantu usaha ini semampu admin dengan izin Allah, semoga menemui kejayaan sekali lagi seperti zaman kegemilangannya.
Lahaula Wala Quwata illa Billahil Aliyil Adzim
..Admin tidak mengharapkan balasan, cuma harapan admin Silat ini terpelihara dan tegaklah warisan keluarga.. demi bangsa dan Sarawak tercinta. Itu sahaja harapan admin.
Assalamualaikum Salam Sejahtera Salam Satu Persilatan,
Dengan ini saya dengan rendah diri mewakili pihak keluarga PSMA Spring12 mengemukakan Lambang atau Logo baru bagi Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 berkuatkuasa bermula dari hari ini. Insya Allah dengan segalanya atas kehendak dan izin Allah s.w.t kita akan mengunakan lambang ini dalam semua pakaian dan segala urusan rasmi.
Untuk makluman tuan-tuan yang saya hormati perkara ini telah dibincangkan bersama pihak keluarga dan bersama Guru Utama Hazemi bin Bojeng (Cikgu Emy).
Segala pertanyaan atau maklumbalas lanjut boleh berhubung dengan Guru Muda Kustadinata bin Mazlan di talian 0105340810.