Assalamualaikum saudara pengunjung laman PSMA, Ahli-ahli PSMA dan semua yang mengenali asal usul Ilmu persilatan Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12. Hari ini adalah hari yang agak bertuah dimana buat kali pertamanya di Laman ini saya dapat memaparkan gambar Arwah Datuk Jeraei dan Arwak Pak Boejeng semasa mempersembahkan buah pukulan.
Gambar dari kiri: Arwah Datuk Jeraei dan Arwah Pak Bojeng
Persembahan ini dilakukan di hadapan sekolah Rakyat Tupong semasa Majlis keraian di sekolah tersebut. Diharap gambar ini dapat mengembalikan keaslian sebenar Pencak Silat Melayu Asli(PSMA) Spring12 di serata tempat ini bahawasanya kami sememangnya keturunan 2 legasi utama tokoh persilatan rakyat kuching Sarawak ini. Sesunguhnya kepada yang mengaku permainan SPRING tak kira lah berapa nombornya adalah meniru semata-mata.
Dengan adanya gambar ini diingatkan segala penglibatan pihak yang menyatakan ahli kepada PSMA Spring12 hendaklah mengetahui bahawa setelah sekian lamanya pihak PSMA sedang meningkatkan tahap pengurusanan berusaha menepis segala dakyah pihak luar yang tidak betul tentang PSMA Spring12.
Kami keturunan dan waris asal PSMA spring12 tidak mengizinkan sebarang penyalahgunaan nama, Jurus, Bunga dan sebagainya tanpa kebenaran dari pihak pengurusan PSMA SPring12. Sebarang pertanyaan boleh di ajukan di email Laman ini.
PSMA Spring12
No comments:
Post a Comment