Admin.
ADMIN Tel: 016-8186010 (Whatapps) Email : spring12psma@gmail.com
Sunday, October 28, 2018
Mesyuarat RSS Kuching
Admin.
Sunday, October 21, 2018
Ikan Sungai (part 2)
Sebelum memasak, almarhum member tahu pak awie dan mak seliah ikan tersebut tidal boleh dimakan oleh budak, orang berkahwin terutama sekali yang ada penyakit lelah. Maka, dimasaklah ikan tersebut dengan lempah rebus (singgang).
Setibanya masa untuk makan tengahari, hidangan pun dihidangkan dan kami semua pun makan. Tiadalah yang menyentuh ikan lempah rebus, melainkan almarhum nek Bojeng seorang. Admin pula paling suka makan tauhu dicampur ikan bilis, bawang Putin, sayur lobak masin Dan digaul bersama sedikit Gula. Makanan tersebut adalah menu asli almarhum nek Bojeng kalau dikebun.
Selepas selesai makan, admin dan mak seliah pun membawa pinggan mangkuk ke tepi sungai untuk dibasuh. Tiba-tiba mak seliah mendapati ada sedikit baki isi ikan dalam periuk tadi. Maka dirasa olehnya, didepan admin.
Mak seliah menjerit.. "Yah nyaman mena juak ikan tok.. Sik pernah Ku rasa ikan nyaman gitok.. Berlemak sekali jak rasanya."
Maka didengarla oleh almarhum nek Bojeng. Beliau dengan tak semena-mena ketawa Dan berkata.
"Nyaman nak ikan ya?"
Kata make seliah "nak ikan ya sik boleh dimakan kamek orang?"
"Boleh dimakan, tapi mun kitak orang makan, nak sikit jak dimakan bapak Katanya".
Disambung ketawa oleh mak seliah dan admin..
Cerita yang dilalui admin sendiri.
Admin.
Friday, October 19, 2018
Ikan sungai
Kenangan admin bersama Almarhum nek Bojeng dikebun iaitu di Jagoi, Bau merupakan kenangan dan pengalaman yang sukar admin lupakan.
Satu ketika semasa mengikuti Almarhum nek Bojeng ke kebun untuk melihat perkembagan anak koko dan itik dikebun, kami telah bermalam dipondok kebun yang pada masa itu dihuni oleh pak awie dan isterinya mak seliah.
Maka timbullah pengalaman dan ilmu yang diperturunkan Almarhum tentang kehidupan disungai jagoi. Kata Almarhum kalau sesat dalam hutan kita mestilah cari punca sungai. Ini kerana sungai merupakan sumber kebanyakkan kehidupan yang dapat membantu kita bertahan lama jika untuk hidup dihutan.
Kali Ini, ilmu yang dikongsi Almarhum adalah cara untuk mendapatkan Sumber ikan dengan mudah. Almarhum nek Bojeng memberi tahu admin, semasa berjalan ditepi sungai, carilah tempat pohon buluh jika ada, jika tiada cari buluh yang hanyut atau lekat ditebing sungai yang redup.
Cuba lihat didalam lubang buluh yang telah hampir reput tersebut, jika bernasib baik pasti ada rezeki jika diizinkan Allah. Kebiasaannya, ikan akan menjadikan lubang pada batang buluh sebagai tempat perlindungan. Maka jika ada rezeki kita, pastinya ikan tersebut boleh menjadi hidangan pelapik perut buat sementara.
Tempat sungai yang berpokok buluh biasanya redup dan juga mudah untuk kita mencari tekoyong atau siput sebagai hidangan.
Nanti admin akan sambung cerita ikan ini jika ada masa terluang, kerana ada satu kisah lucu yang dialami admin bersama Almarhum nek Bojeng, mak seliah dan pak awie setelah Almarhum nek Bojeng berjaya mendapat seekor ikan dalam batang buluh ditepi sungai dikebun jagoi.
Admin
Jadual latihan
TARIKH/MASA LATIHAN TERBAHARU :
1.PUSAT(SK GERSIK)
Hari : Selasa & Rabu
Jam : 7:30 malam
Kehadiran : Semua ahli
2.SG.BERDAUN
Hari : Jumaat
Jam : 8:30 malam
Kehadiran : Semua ahli
posted from Bloggeroid
Wednesday, October 17, 2018
Kunjungan Ke Rumah Sarawak
Admin
Monday, October 15, 2018
Mesyuarat Persembahan Silat Bagi Pesta Warisan Melayu 2018
Persembahan sebenar akan diadakan pada 27 & 28 Oktober 2018 di Perkarangan Komplek Sukan Satok, Padang SLPAS Kpg No6.
Admin
Mimpi Speaking In English
Admin
Sejarah SPRING 12 PSMA WARISAN WA BOJENG
i. Pada zaman dahulu, ada seorang tua yang menghuni kawasan tanjung kampung ini
(yang terletak di Sungai Sarawak). Nama orang tua tersebut ialah Pak Tingan. Kerana itulah tanjung itu dinamakan sebagai Tanjung Patingan dan kampung ini dikenali sebagai Kampung Patingan.
Thursday, October 11, 2018
Misi Pagi ini
Wednesday, October 10, 2018
Tuesday, October 9, 2018
Badan Induk
Monday, October 8, 2018
Mesyuarat AJK Spring12 PSMA
Tempat : SK Gersik, Kuching Sarawak
Tarikh : 9 Oktober 2018
Jam : 7.30 Malam
Harap Maklum
Friday, May 6, 2016
Tuesday, May 3, 2016
Update Nombor Telefon Perguruan.
Dengan ini saya memaklumkan pengambilan untuk intake tahun ini dibuka semula. Untuk sesiapa yang berminat bolehlah memuat turun borang dan dikemukakan semasa pendaftaran.
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Ketua Jurulatih Mohd Hata bin Mazlan 013-5546145.
Sebarang pertanyaan mengenai kandungan maklumat didalam blog PSMA Spring12 juga boleh ditanya melalui aplikasi Whatapps 0137706010 dan Email cilired@gmail.com.
Sekian, harap maklum.
Admin PSMA Spring12.
Tuesday, January 22, 2013
Pengambilan Intake 01/2013
Assalamualaikum, salam satu Malaysia. Dengan ini saya memaklumkan pengambilan untuk intake pertama tahun ini bermula dari hari ini. Untuk sesiapa yang berminat bolehlah memuat turun borang dan dikemukan semasa pendaftaran.
Hubungi Guru Kustadinata untuk maklumat lanjut di talian 0105340810.
Tempat latihan adalah di rumah anak Arwah Bojeng Bin Sam.
1456 (H2), Jalan Cahya Damai 6H, Bandar Baru Semariang, Kuching Sarawak.
Email : radenpsma@gmail.com
Monday, February 13, 2012
Pengambilan Ahli Baru–SK RPR Jalan Astana
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Guru Muda Kustadinata untuk maklumat lanjut.
Friday, November 25, 2011
Selamat Menyambut Tahun Baru 1433H
Berkat Hari yang mulia dan baik ini saya kongsikan Doa Awal Akhir Tahun dan Awal Tahun. Bacalah selepas menunaikan solah Magrib.
Alhamdullilah ya Allah…
Doa Akhir Tahun
Baca selepas Asar
Doa Awal Tahun
Baca selepas Magrib
Saturday, October 15, 2011
Untuk Siaran
Salam Satu Silat untuk semua, salam 1 Malaysia.
Saya mewakili Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 menjemput semua ahli-ahli PSMA Spring12 dan semua saudara-saudara yang berminat supaya hadir untuk sesi Pengambaran Filem mengenai PSMA Spring12. Sesi pengambaran akan melibatkan beberapa pertunjukan buah pukulan, pelampas, bunga dan pengambaran untuk semua ahli-ahli PSMA Spring12 insyaallah.
Tempat: Dewan RSS Batu Kawa
Tarikh : 17 Okt 2011
Jam : 0700 malam
Semoga kita dapat menyemarakkan semangat kesetiakawanan dan semangat pendekar disamping dapat menjayakan segmen tersebut.
Sekian Terima Kasih.
Ikhlas
admin PSMA Spring12
Thursday, September 15, 2011
Preview Promo Video PSMA Spring12
Berikut adalah Video Promo untuk Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 untuk tujuan promosi.
Thursday, August 25, 2011
Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H
Saya mewakili ahli keluarga, Guru Utama, Guru Waris, Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12, pengunjung blog ini, serta semua rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.
Semoga sambutan ini nanti bakal menyedarkan kita bahawa kemerdekaan dan nikmat berpuasa itu amat penting dalam meningkatkan sahsiah diri serta keturunan dan iman kita disamping menjadi suatu bekalan kita dimasa mendatang dan sentiasa bersederhana dalam setiap perlakuan kita disamping menjunjung tinggi adab dan tertib melayu sebagai rakyat Malaysia dan penganut agama Islam.
Disepanjang sambutan yang bakal menjelang ini jangan pula kita lupa menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam iaitu membayar zakat Fitrah. Saya sekadar mengingatkan setiap warga PSMA Spring12 supaya dapat menjelaskan zakat Fitrah kepada yang lebih berhak atau kepada Amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Islam Sarawak sebelum Solat sunat Hari Raya nanti.
Dengan itu saya ucapkan sekali lagi, Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri!
Admin
Saturday, August 20, 2011
Malam Lailatul Qadar
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan ahli-ahli PSMA Spring12. Setelah berpuasa hampir 20 hari maka tibalah pencarian malam yang setiap insan Muslimin dan Muslimah cari iaitu Malam Lailatul Qadar.
Malam yang penuh keberkatan dan pahalanya adalah seperti beribadat dan berfikir kebesaran Allah s.w.t selama 1000 bulan atau 84 tahun. Setiap Ahli PSMA juga saya galakkan untuk mencari malam ini insyaallah hanya sekali sepanjang setiap tahun. Jika diizinkan Allah s.w.t tiada yang mustahil yang penting adalah niat kita yang benar-benar ikhlas untuk beribadat kepada Allah s.w.t.
Saya kongsi sedikit info untuk kita jadikan panduan buat diri kita untuk mencari malam lailatul Qadar. (Usaha kita yang penting).
1. Bilakah lailatul Qadar akan berlaku?
Jawapannya, tiada sesiapa yang tahu. Nabi Muhammad menyuruh kita melipat gandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Semoga kita dapat mencari Malam Lailatul Qadar.. Sesungguhnya kita sayang Allah dan mengasihi Nabi Muhammad..
Friday, August 5, 2011
Ramadhan
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam 1 PSMA Spring12.
Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Ahli-Ahli PSMA Spring12, dan pengunjung blog PSMA Spring12 yang saya hormati sekalian. Diharap dibulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan ikhlas dan berjaya. Isilah setiap hari di Bulan Ramadhan ini dengan penuh pengisian keagamaan semoga dapat menambahkan lagi pahala dibulan puasa.
Perbanyakkan solat-solat, berzikir di sepetiga malam dan akhirkan lah dengan solat witir 3 rakaat sebagai penanda penutup ibadah kita pada setiap malam sebelum kita bersahur. Saya mendoakan semoga anda berjaya menikmati Ramadhan Al-Mubarak.
Sunday, July 17, 2011
UNTUK SIARAN
Assalamualaikum salam sejahtera, salam jagat pendekar dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada semua ahli-ahli dan saudara-saudara seahli PSMA Spring12.
Disini saya maklumkan, kita akan mengadakan perjumpaan buat semua ahli PSMA Spring12 pada masa yang akan dibincangkang bersama.
Saya mohon setiap ahli PSMA Spring12, boleh mencadangkan tarikh dan tempat yang sesuai untuk perjumpaan ini nanti. Saya mohon setiap Cawangan untuk mencadangkan tarikh dan mengajak kembali setiap ahli yang terlibat untuk hadir(termasuk ahli yang tak aktif). Asalkan ahli PSMA Spring12 anda adalah digalakkan mengahadirkan diri dan memberi cadangan untuk hari perjumpaan itu nanti.
Setiap cadangan boleh juga diemailkan ke radenpsma@gmail.com
Akhir kata, setiap kerjasama dari ahli amatlah saya hargai. Sekian Terima kasih.
Tuesday, June 14, 2011
Maklumat Terkini
Untuk makluman, no contact PSMA Spring12 yang baru adalah 0168762176. Insyaallah semua panggilan akan dilayan sebaik mungkin oleh Guru Muda sendiri iaitu Kustadinata bin Mazlan.
Semua urusan adalah melalui no ini, diharap semua ahli dan pengunjung blog maklum akan perkara ini. Terima Kasih.
Monday, May 30, 2011
Persembahan PSMA Spring12 di MASJA
Assalamualaikum, salam sejahtera seperti yang saya janjikan berikut adalah video dari persembahan PSMA Spring12 Pusat di MASJA, Petra Jaya Kuching Sarawak.
Untuk melihat lebih banyak video persembahan oleh PSMA Spring12 Klik disini.
Friday, April 1, 2011
Latihan PSMA Spring12 RPR Bdr Baru Semariang
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua ahli-ahli dan pembaca yang saya hormati. Pada malam ini iaitu sebentar tadi telah terjadi sedikit kekecohan di hadapan rumah anak sulong Arwah Guru Bojeng Bin Sham di RPR Bandar Baru Semariang di mana Pihak polis peronda telah datang kerumah memaklumkan ada jiran yang membuat aduan kerana latihan yang diadakan menggangu kententeraman jiran di lorong rumah tersebut.
Namun perkara ini telah dijelaskan dengan baik oleh Jurulatih PSMA Spring12 iaitu saudara Eppy yang juga menunjukan sijil dan surat kebenaran latihan. Setelah berbincang dengan pihak Polis latihan tersebut dijalankan hanya selama 10 minit. Pihak PSMA spring12 juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana kerjasama yang telah mereka berikan.
Untuk makluman latihan pada malam ini adalah untuk Majlis Pembukaan Gelanggang di Surau Al Hijrah iaitu di RPR Bandar Baru Semariang. Latihan dijadualkan akan dijalankan setiap pagi 0830 pagi sehingga 1030 pagi setiap sabtu dan ahad.
Saya mohon kepada pihak setempat agar perkara sebegini tidak berulang kembali ini kerana latihan dan pengajaran silat ini adalah untuk bertujuan mengajar silat dan membawa golongan muda kepada perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak berfaedah. Harapan saya adalah setelah latihan bertukar ke Padang surau Al Hijrah akan dapat menyelesaikan perkara seperti ini berulang.
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan pihak AJK dan Jemaah Surau Al Hijrah terutama Encik Hussein diatas kerjasama yang telah beliau berikan.
Monday, March 28, 2011
Cawangan baru Surau
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12. Kita bertuah kerana dengan izin Allah s.w.t kita kemungkinan akan membuka satu lagi gelanggang latihan di Surau. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana secara tidak langsung kita juga dapat mengimarahkan Masjid dan Surau dengan kegiatan belia yang bermanfaat juteru dapat membendung kegiatan yang tidak bermoral.
JIka tiada halangan insyaallah cawangan baru ini akan dibuka Gelanggang oleh Guru Utama pada awal April ini. Kertas kerja yang berkaitan telah dikeluarkan dan menunggu pengesahan dari pihak Waris keluarga. Semoga hasrat kita ini akan diberkati dan dirahmati Allah s.w.t. Amin.
Sunday, March 20, 2011
Untuk Siaran PSMA Spring12
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pengunjung dan Ahli PSMA Spring12. Agaknya semua telah maklum esok adalah harinya Ketua Menteri Sarawak akan membubarkan Dun iaitu 21 Mac 2011. Maka bermulalah kegiatan ahli-ahli politik untuk melakukan kerja masing-masing samaada dipihak BN atau pembangkang.
Namun sebagai ahli PSMA Spring12 saya memohon kita bersama-sama bagi memastikan keselamatan dan kerohanian Sarawak kekal aman damai, sesungguhnya menjadi tugas setiap kita untuk bersatu dan memastikan perkara ini.
Dikabarkan selepas tamat pilihanraya ini Ketua Menteri Kita akan meletakkan jawatan beliau, namun sekali lagi saya ingatkan disini kita tetap akan berdiri teguh dibawah parti BN dan akan kekal tanpa mengira siapa penganti Ketua Menteri Sarawak. Niat suci Rosli Dhobi akan terus bertahta disetiap kita sebab Sarawak adalah hakmilik rakyat Sarawak. Parti cebisan dari semenanjung yang hendak memikat pengundi Sarawak hanya kerana niat politik dan kekayaan akan kita tolak ketepi, cukuplah sekadar parti pembangkang asal rakyat Sarawak. Buat Parti pembangkang dari semenanjung baliklah dan tawanlah tanah semenanjung anda, sebab kedatangan anda tidak dialu-alukan.
Demi Allah perjuangan kami ahli PSMA Spring12 adalah untuk Melayu Islam dan Tanah air tercinta Sarawak tanah keramat tumpah air dan darahku rakyat Sarawak.
Malaysia
Sunday, March 6, 2011
Untuk Siaran- Selamat Datang…
Assalamualaikum dan salam sejahtera salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada semua pengunjung dan pembaca Blog PSMA Spring12. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat datang kepada Ahli baru kita dari Sekolah R.P.R dan Sek Men Abd Ghafur kerana mengunjungi laman blog ini.
Saya berharap semoga saudara-saudara dan adik-adik sekalian dapat menjadi seorang ahli yang cemerlang dan berjaya bukan saja didalam dunia persilatan tetapi juga didalam pelajaran semoga ada dikalangan saudara yang akan diangkat sebagai wakil untuk pSMA Spring12 didalam pertandingan yang bakal mendatang samaada diperingkat sekolah mahupun diperingkat nasional.
Disini juga saya maklumkan jika memerlukan surat akuan atau pengeluaran sijil ahli bolehlah berhubung dengan Jurulatih dan Guru saudara sekalian. Senarai keahlian dan sijil akan saya keluarkan insyaallah.
Sekali lagi saya ucapkan selamat datang saudara dan adik-adik sekalian.
Saturday, February 19, 2011
Pencak Silat Melayu Asli Sarawak(PSMA) Spring12 tetap PSMA Spring12
Assalamualaikum, salam sejatera buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12 saya ucapkan. Tujuan artikel ini ditulis adalah menerangkan kepada semua pihak mengenai PSMA Spring12. Kata-kata ini dipetik dari anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham iaitu Mazlan Bin Bojeng mengenai pihak yang menyatakan PSMA Spring12 telah menukar nama.
Merujuk kepada pendaftran di Rumpun Silat Sarawak PSMA Spring12 adalah didaftarkan dengan nama Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 dan tidak pernah menukarkan nama kepada nama lain sehingga kini dan akan datang insyaallah demi menjaga nama dan tradisi PSMA Spring12. Sebab perkara ini diutarakan adalah kerana ada pihak yang mengatakan PSMA Spring12 telah menukar nama, namun ditegaskan disini pihak PSMA Spring12 tidak pernah menukar namanya dan kekal dengan nama PSMA spring12.
Untuk pihak yang tidak bertanggungjawab dan demi kepentingan peribadi telah meyatakan PSMA Spring12 menukar nama. Namun perkara yang paling sedih adalah berita ini didengari di tempat kelahiran saya sendiri iaitu di Kpg No 6 sendiri. Saya tegaskan disini saya anak sulong Arwah Bojeng Bin Sham, Mazlan Bin Bojeng dan merupakan waris keluarga PSMA Spring12 tidak pernah mengizinkan pengunaan buah, bunga dan segalanya berkaitan dengan PSMA Spring12 melainkan kegunaan PSMA Spring12 sahaja. Jika ada pihak yang mengunakan nama atau buah pukulan dan bunga tanpa izin saya ingatkan disini semasa belajar kita telah mandi Air Yasin semasa penerimaan Guru dan Murid maka saya harap pihak berkenaan fikirlah panjang lebar apa yang telah pihak tersebut lakukan demi kepentingan jawatan dan peribadi. Saya mewakili diri saya dan Guru Utama tidak mengizinkan perkara yang tidak bermaruah sebegini berlaku. Saya mohon pihak berkenaan tidak sesekali mengunakan buah pukulan, bunga dan tradisi PSMA Spring12 sebagai pengajaran untuk perguruan lain.
Monday, February 14, 2011
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1432H
Semoga pada hari yang baik ini kita dapat mengingati kelebihan Nabi Muhammad S.A.W dan saya ucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua Ahli, Waris, Guru Utama, Guru Waris dan pengunjung Blog PSMA Spring12.
Pada hari baik ini ingatlah:
KELEBIHAN NABI MUHAMMAD S.A.W:
Dari Jabir katanya : Berkata Rasulullah yang ertinya :
Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelum ku diberikan :
1. Aku ditolong dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini ,dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci .Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang,hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelum ku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja,tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim.
Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
1) Merahasiakan ibadahnya.
2) Merahasiakan sedekahnya.
3) Merahasiakan ujian yang menimpanya.
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi itu ada 3 tanda-tanda AHLI IBADAH itu ada 3 tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024
Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...
-
Arwah Pak Bojeng Bin Sham mula menuntut ilmu persilatan dengan bapa saudaranya Arwah Hj Jeraei pada tahun 1930. Disini saya senaraikan...
-
Assalamualaikum, salam sejatera buat ahli-ahli dan pengunjung Blog PSMA Spring12 saya ucapkan. Tujuan artikel ini ditulis adalah menerangk...












