Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia buat pengunjung dan Ahli PSMA Spring12. Agaknya semua telah maklum esok adalah harinya Ketua Menteri Sarawak akan membubarkan Dun iaitu 21 Mac 2011. Maka bermulalah kegiatan ahli-ahli politik untuk melakukan kerja masing-masing samaada dipihak BN atau pembangkang.
Namun sebagai ahli PSMA Spring12 saya memohon kita bersama-sama bagi memastikan keselamatan dan kerohanian Sarawak kekal aman damai, sesungguhnya menjadi tugas setiap kita untuk bersatu dan memastikan perkara ini.
Dikabarkan selepas tamat pilihanraya ini Ketua Menteri Kita akan meletakkan jawatan beliau, namun sekali lagi saya ingatkan disini kita tetap akan berdiri teguh dibawah parti BN dan akan kekal tanpa mengira siapa penganti Ketua Menteri Sarawak. Niat suci Rosli Dhobi akan terus bertahta disetiap kita sebab Sarawak adalah hakmilik rakyat Sarawak. Parti cebisan dari semenanjung yang hendak memikat pengundi Sarawak hanya kerana niat politik dan kekayaan akan kita tolak ketepi, cukuplah sekadar parti pembangkang asal rakyat Sarawak. Buat Parti pembangkang dari semenanjung baliklah dan tawanlah tanah semenanjung anda, sebab kedatangan anda tidak dialu-alukan.
Demi Allah perjuangan kami ahli PSMA Spring12 adalah untuk Melayu Islam dan Tanah air tercinta Sarawak tanah keramat tumpah air dan darahku rakyat Sarawak.
Malaysia
No comments:
Post a Comment