Gambar diatas adalah gambar ayah saya iaitu Mazlan bin Bojeng
Semalam semasa saya berhubung dengan adik saya, iaitu Kustadinata (Apek). Saya telah dikejutkan dengan pengakuan di Laman Sembang bahawa ada diantara bekas anak murid Arwah Pak Bojeng mengakui beliau adalah anak sulung Arwah. Disini saya sebagai cucu Arwah Pak Bojeng menafikan segala kebenaran dari pengakuan tersebut.
Anak sulung Arwah telah meninggal Dunia kerana demam Panas semasa Arwah berada di Jagoi, dan disinilah lahirnya ayah saya iaitu Mazlan bin bojeng dan adik beradik beliau.
Disini saya nyatakan anak Arwah Pak Bojeng ialah Mazlan Bin Bojeng (Lan), Hazeran Bin Bojeng (Atot), Alwi bin Bojeng (awi) dan Hazemi bin Bojeng (Cikgu Emy).
Inilah anak-anak Arwah Pak Bojeng dan asal tempat tinggal dan penyebaran Silat PSMA (spring 12) adalah di jalan Patinggan Kampung No6, Kuching sarawak.
Sesungguhnya pada waktu muda apabila bergaduh di bandar dengan seangkatan mereka seperti Koteng dan awi lacu, pihak adik beradik ini tidak pernah membawa orang lain selain sesama mereka sahaja. Disinilah antara punca penyebaran Silat PSMA di Kuching Sarawak.
Juga disini saya suka ingatkan kepada semua bekas anak murid Pak Bojeng yang setia supaya dapat bersama-sama kita kukuhkan Ukhwah dan semangat persilatan disamping dapat menjaga syiar Islam dan mengekalkan Seni Silat yang Asli didalam diri dan masyarakat kita.
No comments:
Post a Comment