Thursday, August 25, 2011

Selamat Menyambut Hari Merdeka & Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H

 

cats

image

Saya mewakili ahli keluarga, Guru Utama, Guru Waris, Pencak Silat Melayu Asli (PSMA) Spring12 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H kepada semua ahli-ahli PSMA Spring12, pengunjung blog ini, serta semua rakyat Sarawak dan Malaysia amnya.

Semoga sambutan ini nanti bakal menyedarkan kita bahawa kemerdekaan dan nikmat berpuasa itu amat penting dalam meningkatkan sahsiah diri serta keturunan dan iman kita disamping menjadi suatu bekalan kita dimasa mendatang dan sentiasa bersederhana dalam setiap perlakuan kita disamping menjunjung tinggi adab dan tertib melayu sebagai rakyat Malaysia dan penganut agama Islam.

Disepanjang sambutan yang bakal menjelang ini jangan pula kita lupa menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam iaitu membayar zakat Fitrah. Saya sekadar mengingatkan setiap warga PSMA Spring12 supaya dapat menjelaskan zakat Fitrah kepada yang lebih berhak atau kepada Amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Islam Sarawak sebelum Solat sunat Hari Raya nanti.

Dengan itu saya ucapkan sekali lagi, Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Hari Raya Aidilfitri!

Admin

psma logo

Saturday, August 20, 2011

Malam Lailatul Qadar

 

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia dan salam sejahtera buat semua pengunjung dan ahli-ahli PSMA Spring12. Setelah berpuasa hampir 20 hari maka tibalah pencarian malam yang setiap insan Muslimin dan Muslimah cari iaitu Malam Lailatul Qadar.

Malam yang penuh keberkatan dan pahalanya adalah seperti beribadat dan berfikir kebesaran Allah s.w.t selama 1000 bulan atau 84 tahun. Setiap Ahli PSMA juga saya galakkan untuk mencari malam ini insyaallah hanya sekali sepanjang setiap tahun. Jika diizinkan Allah s.w.t tiada yang mustahil yang penting adalah niat kita yang benar-benar ikhlas untuk beribadat kepada Allah s.w.t.

Aku Sayang Allah

Saya kongsi sedikit info untuk kita jadikan panduan buat diri kita untuk mencari malam lailatul Qadar. (Usaha kita yang penting).

1. Bilakah lailatul Qadar akan berlaku?

Jawapannya, tiada sesiapa yang tahu. Nabi Muhammad menyuruh kita melipat gandakan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.

image

image

image

Semoga kita dapat mencari Malam Lailatul Qadar.. Sesungguhnya kita sayang Allah dan mengasihi Nabi Muhammad..

Friday, August 5, 2011

Ramadhan

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia, Salam 1 PSMA Spring12.

31943028

Saya dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Ahli-Ahli PSMA Spring12, dan pengunjung blog PSMA Spring12 yang saya hormati sekalian. Diharap dibulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan ikhlas dan berjaya. Isilah setiap hari di Bulan Ramadhan ini dengan penuh pengisian keagamaan semoga dapat menambahkan lagi pahala dibulan puasa.

Perbanyakkan solat-solat, berzikir di sepetiga malam dan akhirkan lah dengan solat witir 3 rakaat sebagai penanda penutup ibadah kita pada setiap malam sebelum kita bersahur. Saya mendoakan semoga anda berjaya menikmati Ramadhan Al-Mubarak.

 

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...