Saturday, November 28, 2009

Berebut Warisan



Gambar diatas adalah gambar ayah saya iaitu Mazlan bin Bojeng

Semalam semasa saya berhubung dengan adik saya, iaitu Kustadinata (Apek). Saya telah dikejutkan dengan pengakuan di Laman Sembang bahawa ada diantara bekas anak murid Arwah Pak Bojeng mengakui beliau adalah anak sulung Arwah. Disini saya sebagai cucu Arwah Pak Bojeng menafikan segala kebenaran dari pengakuan tersebut.

Anak sulung Arwah telah meninggal Dunia kerana demam Panas semasa Arwah berada di Jagoi, dan disinilah lahirnya ayah saya iaitu Mazlan bin bojeng dan adik beradik beliau.

Disini saya nyatakan anak Arwah Pak Bojeng ialah Mazlan Bin Bojeng (Lan), Hazeran Bin Bojeng (Atot), Alwi bin Bojeng (awi) dan Hazemi bin Bojeng (Cikgu Emy).

Inilah anak-anak Arwah Pak Bojeng dan asal tempat tinggal dan penyebaran Silat PSMA (spring 12) adalah di jalan Patinggan Kampung No6, Kuching sarawak.

Sesungguhnya pada waktu muda apabila bergaduh di bandar dengan seangkatan mereka seperti Koteng dan awi lacu, pihak adik beradik ini tidak pernah membawa orang lain selain sesama mereka sahaja. Disinilah antara punca penyebaran Silat PSMA di Kuching Sarawak.

Juga disini saya suka ingatkan kepada semua bekas anak murid Pak Bojeng yang setia supaya dapat bersama-sama kita kukuhkan Ukhwah dan semangat persilatan disamping dapat menjaga syiar Islam dan mengekalkan Seni Silat yang Asli didalam diri dan masyarakat kita.

Pertandingan Pertama disertai PSMA di semenanjung malaysia.



Gambar Arwah Datuk Bojeng Bin Sham adalah 2 dari kanan
Assalamualaikum, hari ini saya paparkan gambar Arwah datuk saya bersama-sama dengan anak muridnya semasa meneyertai pertandingan Silat di semenanjung. Pada waktu ini pertandingan dijalankan tanpa sebarang pakaian pelindung. Arwah Pak Su saya walaupun menang dalam pertandingan ini, namun akhirnya beliau meninggal dunia kerana kecederaan dalaman dengan ditambah pula dengan penyakit yang dialaminya. Beliau meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang. Namun penglibatan inilah yang memaparkan kebolehan anak sarawak dimata pesilat-pesilat di semenanjung.

Mesyuarat dan aktiviti PSMA S12 bagi Tahun Januari 2024

 Syukur Alhamdulillah, Mesyuarat bagi peringkat Cawangan PSMA Spring12 bagi Cawangan Samariang Aman / BBS, Cawangan SK Gersik dan Cawangan B...